Aircond Menitis Air Ketahui 10 Punca Utama Dan Cara Atasinya


“Aircond” Menitis Air? Ketahui 10 Punca Utama dan Cara Atasinya
Aircond merupakan antara peralatan elektrik yang paling penting di rumah terutama di negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia.
Namun, keselesaan yang diberi boleh terganggu apabila tiba-tiba aircond mula menitis air tanpa henti. Masalah ini nampak kecil tetapi kesannya boleh menjadi besar.
Lantai menjadi licin dan berbahaya, perabot kayu boleh rosak akibat lembapan malah kos pembaikan akan meningkat jika dibiarkan berlarutan.
Lebih membimbangkan, titisan air ini adalah petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sistem aircond anda.
Ramai pemilik rumah atau pejabat menganggap aircond bocor air hanyalah masalah biasa yang boleh diabaikan.
Hakikatnya, ia boleh menjadi tanda awal kepada kerosakan serius pada komponen dalaman. Jika dibiarkan tanpa tindakan, ia bukan sahaja menjejaskan prestasi penyejukan malah mengurangkan jangka hayat aircond dan membazir tenaga elektrik.
Dalam artikel ini, kita akan mengupas dengan terperinci apakah punca utama air aircond kerap menitis serta cara terbaik untuk mengatasinya.
Dengan memahami setiap faktor, anda akan lebih bersedia mengambil langkah pencegahan malah boleh menjimatkan kos daripada kerap memanggil juruteknik.
1. Penapis udara tersumbat
Penapis udara adalah lapisan pertama yang menyaring habuk, debu, asap, bulu haiwan peliharaan dan kotoran lain sebelum udara sejuk dialirkan ke dalam ruang.
Jika penapis tidak dicuci atau diganti secara berkala, ia akan menjadi tebal dengan kotoran hingga menghalang aliran udara.
Apabila udara tidak dapat melalui gegelung penyejuk (evaporator coil), suhu di dalamnya menjadi terlalu rendah dan menyebabkan pembekuan ais.
Ais yang terbentuk ini akhirnya akan cair dan menghasilkan lebihan air yang menitis keluar dari unit.
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan mencuci penapis udara sekurang-kurangnya sekali sebulan. Lebih-lebih lagi jika aircond digunakan setiap hari.
Sekiranya anda tinggal bersama haiwan peliharaan atau tinggal di kawasan berdebu, mungkin anda perlu membersihkannya lebih kerap.
Menjaga penapis bukan sahaja mengelakkan aircond bocor air malah memastikan udara yang anda hirup lebih bersih dan segar.
2. Paip saliran tersumbat Aircond juga menghasilkan air kondensasi yang sepatutnya dialirkan keluar melalui paip saliran. Namun dari masa ke semasa paip ini boleh tersumbat dengan habuk halus, lumpur, lumut, kulat atau serangga kecil yang bersarang di dalamnya.
Apabila laluan tersekat, air akan terkumpul dalam tangki sehingga melimpah keluar melalui unit dalaman. Inilah punca klasik kenapa aircond kerap menitis air.
Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membersihkan paip saliran secara berkala. Anda boleh menggunakan vakum basah-kering untuk menyedut kotoran atau menuangkan larutan khas yang boleh membunuh kulat dan bakteria.
Panggilan servis aircond berkala juga  dapat memastikan paip saliran dibersihkan dengan betul. Langkah mudah ini dapat mencegah kebocoran yang boleh mengganggu keselesaan rumah anda.
3. Kekurangan gas penyejuk (Refrigerant)
Gas penyejuk adalah elemen utama yang membolehkan aircond menghasilkan udara dingin. Apabila gas ini berkurangan sama ada kerana kebocoran halus pada paip atau penggunaan jangka panjang, tekanan dalam sistem akan menurun.
Gegelung penyejuk menjadi terlalu sejuk lalu membeku. Apabila ais mencair, air berlebihan akan menitis keluar dan menyebabkan lantai basah.
Masalah kekurangan gas penyejuk tidak boleh ditangani sendiri kerana ia memerlukan alat khas untuk mengukur tekanan serta mengesan kebocoran.
Selain itu, pengisian gas yang tidak tepat boleh merosakkan sistem. Oleh itu, satu-satunya cara ialah mendapatkan bantuan juruteknik bertauliah untuk memeriksa, menambah gas pada paras betul dan menutup sebarang kebocoran yang dikesan.
4. Pemasangan tidak rata Selain itu, ramai orang tidak menyedari bahawa kedudukan aircond yang tidak dipasang rata juga boleh menjadi punca air menitis.
Jika unit condong walaupun sedikit, aliran air kondensasi tidak dapat berjalan lancar ke arah saluran keluar. Sebaliknya air akan berkumpul di satu bahagian lalu menitik ke bawah.
Masalah ini sering berlaku apabila pemasangan dilakukan secara tergesa-gesa atau oleh tukang yang kurang mahir.
Untuk mengatasinya, anda hanya perlu memastikan unit dipasang dengan betul pada sudut yang sesuai. Panggil juruteknik untuk melaras semula kedudukan unit agar ia seimbang.
Walaupun nampak remeh, pemasangan yang betul akan memastikan sistem aliran air berjalan lancar dan mengelakkan masalah kebocoran berulang.
5. Tangki kondensasi rosak atau pecah
Setiap aircond dilengkapi dengan tangki kondensasi yang bertugas untuk menampung air sementara sebelum ia dialirkan keluar.
Namun, jika tangki ini retak, pecah atau bocor akibat usia, air tidak lagi terkumpul dengan baik dan mula menitis ke lantai.
Kadangkala masalah ini sukar dikesan kerana keretakan kecil tidak nampak dengan mata kasar tetapi kesannya jelas apabila air tetap bocor walaupun paip saliran bersih.
Penyelesaian terbaik ialah menggantikan tangki yang rosak dengan yang baharu. Menggunakan tampalan atau gam hanya akan bertahan sekejap dan akhirnya menyebabkan masalah yang sama berulang.
Dengan mengganti tangki, sistem aliran air akan kembali lancar dan aircond dapat berfungsi seperti biasa.
BACA : Gempa Bumi: Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan 
6. Gegelung evaporator kotor Gegelung evaporator ialah bahagian yang menyerap haba untuk menyejukkan udara. Namun dari masa ke semasa, permukaannya boleh dilitupi lapisan debu, kotoran dan minyak halus.
Lapisan ini menyukarkan penyerapan haba dan menyebabkan gegelung menjadi terlalu sejuk hingga ais terbentuk. Bila ais mencair, air berlebihan akan menitis ke luar.
Untuk mengatasinya, anda boleh membersihkan gegelung menggunakan semburan pembersih khas yang dijual di kedai perkakasan.
Jika tidak yakin melakukannya sendiri, biarkan juruteknik melakukannya semasa servis berkala. Membersihkan gegelung bukan sahaja menghalang kebocoran tetapi juga meningkatkan kecekapan penyejukan dan menjimatkan elektrik.
7. Kipas tidak berfungsi sempurna
Di samping itu juga, kipas dalam unit aircond berfungsi untuk membantu mengalirkan udara melalui gegelung supaya suhu kekal seimbang.
Jika kipas rosak, longgar atau motor tidak berfungsi, aliran udara menjadi lemah dan menyebabkan pembekuan. Apabila ais cair, lebihan air tidak dapat ditampung sepenuhnya lalu menitis keluar.
Anda boleh mengesan masalah ini jika kipas berbunyi pelik, bergetar kuat atau aliran angin terasa lemah walaupun suhu ditetapkan rendah.
Dalam kes sebegini, pemeriksaan lanjut diperlukan dan jika perlu, kipas atau motor perlu diganti. Walaupun kosnya sedikit tinggi, ia lebih baik daripada membiarkan masalah berlarutan hingga merosakkan komponen lain.
8. Tekanan udara tidak seimbang Aircond juga memerlukan aliran udara yang stabil untuk berfungsi dengan baik. Dalam ruang tertutup tanpa ventilasi yang mencukupi, tekanan negatif boleh terbentuk.
Keadaan ini menyebabkan air kondensasi yang sepatutnya mengalir keluar ditarik semula masuk ke dalam unit, lalu terkumpul dan menitis.
Masalah ini sering berlaku di bilik kecil atau pejabat yang menggunakan aircond berjam-jam tanpa ada bukaan tingkap atau sistem ventilasi.
Solusinya ialah menambah ventilasi dengan membuka sedikit tingkap, menggunakan kipas ekzos atau memastikan pintu tidak sentiasa tertutup rapat.
Dengan aliran udara yang seimbang, tekanan dalam bilik lebih stabil dan risiko kebocoran dapat dikurangkan.
9. Penggunaan ducting yang tidak sesuai
Bagi sistem aircond centralised, masalah kebocoran air sering berpunca daripada ducting yang tidak berpenebat baik.
Tanpa lapisan penebat yang sesuai, pemeluwapan akan berlaku pada permukaan luar paip, menghasilkan titisan air yang akhirnya menitis ke siling atau lantai.
Masalah ini kerap disalah sangka sebagai kebocoran aircond padahal puncanya ialah ducting yang tidak berkualiti.
Penyelesaian terbaik ialah menambah penebat yang lebih tebal dan menggunakan bahan yang tahan lama. Walaupun melibatkan sedikit kos tambahan, ia mampu menghalang masalah kebocoran serta meningkatkan keberkesanan sistem centralised.
10. Usia aircond yang sudah lama Seperti peralatan elektrik lain, aircond juga mempunyai jangka hayat. Unit yang telah digunakan lebih 8 hingga 10 tahun akan lebih mudah mengalami masalah kebocoran kerana komponen dalaman seperti paip, tangki dan gegelung mula haus atau berkarat.
Walaupun diservis berkala, masalah tetap berulang kerana kerosakan berpunca daripada usia peralatan.
Jika aircond anda sering bocor walaupun selepas dibaiki, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan membeli unit baharu.
Model moden kini lebih cekap tenaga, mesra alam dan tahan lama. Walaupun memerlukan pelaburan awal, ia lebih menjimatkan dalam jangka panjang berbanding membayar kos pembaikan berulang kali.
Secara keseluruhannya, masalah aircond bocor air memang boleh mengganggu rutin harian dan menjejaskan keselesaan rumah.
Namun, dengan memahami punca-punca yang dinyatakan, anda boleh mengambil langkah awal untuk mencegah kerosakan lebih serius.
Penjagaan asas seperti membersihkan penapis, memastikan paip saliran lancar dan membuat servis berkala mampu memanjangkan jangka hayat aircond.
Jika masalah berterusan, jangan tunggu lama. Dapatkan bantuan juruteknik yang bertauliah supaya masalah dapat diselesaikan dengan cara yang betul.
Ingat, aircond yang dijaga rapi bukan sahaja menjanjikan kesejukan berpanjangan malah membantu anda berjimat dari segi tenaga dan kos pembaikan.
Sumber : ACexpert, selleys.com
BACA : Ini Yang Terjadi Dalam Badan Anda Bila Stress Tak Terkawal
The post “Aircond” Menitis Air? Ketahui 10 Punca Utama dan Cara Atasinya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/22/aircond-menitis-air-ketahui-10-punca-utama-dan-cara-atasinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaki Bengkak Waktu Hamil Doktor Jelaskan Punca Cara Atasinya

Kaki Bengkak Waktu Hamil Doktor Jelaskan Punca Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 7910 hits
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukark...
Cara Mudah Hilangkan Kesan Tompokan Air Di Siling Rumah

Cara Mudah Hilangkan Kesan Tompokan Air Di Siling Rumah

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 554 hits
Cara Mudah Hilangkan Kesan Tompokan Air Di Siling Rumah Siling rumah yang bersih dan teratur sememangnya membuatkan ruang kediaman kelihatan lebih selesa dan menarik Namun masalah tompokan air pada siling sering menghantui ramai pemilik rum...
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4932 hits
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan penting dalam setiap rumah Lebih lebih lagi ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian Denga...
Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 5604 hits
YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025 Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 untuk manfaat rakyat Kerajaan MADA...
Cara Apply Visa Taiwan Untuk Orang Indonesia

Cara Apply Visa Taiwan Untuk Orang Indonesia

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1899 hits
Mau ke Taiwan untuk liburan bekerja atau studi Kamu wajib mengetahui cara apply Visa Taiwan Khususnya jika menyangkut dokumen dan biaya pengurusan visa yang harus dipersiapkan mulai dari sekarang
Cara Mohon Pinjaman Peribadi Tanpa Slip Gaji Panduan 2025

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Tanpa Slip Gaji Panduan 2025

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1598 hits
Cara Mohon Pinjaman Peribadi Tanpa Slip Gaji Panduan 2025 Mencari pinjaman peribadi tanpa slip gaji bukan lagi mustahil pada tahun 2025 Dengan kemajuan teknologi kewangan dan pelbagai platform alternatif kini lebih ramai rakyat Malaysia ter...
Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 3574 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraHarga minyak memang topik yang tak pernah sunyi di Malaysia Hampir setiap hari kita dengar orang sembang pasal kos isi minyak sama ada di kedai kopi atau ketika menunggu giliran di stesen petrol Baru baru ...
Cara Nak Lajukan Internet Dengan Hack Ip Address

Cara Nak Lajukan Internet Dengan Hack Ip Address

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1136 hits
Sebelum ni aku dah tulis entri pasal So sekarang aku nak share pulak cara nak lajukan speed internet korang tak kisah la guna wifi streamix unifi ke hape ada masa masa tertentu slow jugak kelajuan internet tu Aku rasa internet rumah aku jad...
Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 4177 hits
Sahkan akaun Setel anda sekarang untuk dapatkan subsidi Petrol BUDI MADANI RON95 Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti Ya betul tu anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025 Ikut panduan di atas un...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Drama Satu Dua Dia

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Adik Cakap Mak Suruh Pergi Kedai Be Like

Where Is My Husband Raye Lyric

Kerusi Bukan Biasa Biasa

Amway Multivitamin Rahsia Badan Lebih Cerdas Dan Tak Lemau Lagi Ramai Tak Tahu Kesan Sebenar

Hati Hati Sekolah

Anak Kecil Di Tengah Runtuhan Kisah Kekuatan Dan Harapan