Ahli Parlimen Kuantan Kecewa Lesen Lynas Dilanjut Salahkan Bn



(FMT) – Ahli Parlimen Kuantan yang lantang mengkritik Lynas, Fuziah Salleh kesal dengan keputusan Putrajaya melanjutkan lesen operasi syarikat nadir bumi itu selama 6 bulan kerana rakyat akan terdedah kepada sisa radioaktif dikeluarkan lojinya di Gebeng, Kuantan selama 4 tahun lagi.
“Lynaslah yang menjadi pemenang dengan syarat baru ini. Syarikat pembekal Lynas juga akan mendapat keuntungan, sedangkan rakyat dan alam sekitar yang akan terus menanggung risiko kesihatan dan pencemaran,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini mengumumkan lesen operasi Lynas disambung 6 bulan berbanding kebiasaan 3 tahun, tetapi dengan 3 syarat.
Syarat pertama ialah membina kemudahan “Cracking and Leaching” di luar negara dalam masa 4 tahun daripada tarikh lesen diperbaharui dan ia tidak boleh menghasilkan sisa radioaktif melebihi 1 becquerel per gram di Gebeng selepas itu.
Syarat kedua ialah mengenal pasti tapak pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) dengan kebenaran bertulis daripada kerajaan negeri, serta mengemukakan kebenaran rasmi bertulis daripada pihak berkuasa negara lain untuk membawa keluar sisa Water Leached Purification (WLP) ke negara terbabit.
Syarat ketiga ialah menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan penggunaan semula sisa WLP sebagai “Condisoil” dalam bidang pertanian serta 0.5% hasil jualan kasar setiap tahun yang digunakan untuk R&D diserahkan kepada Putrajaya sebagai cagaran tambahan sehingga kemudahan “Cracking and Leaching” di luar negara mula beroperasi.
Fuziah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa kerajaan terdahulu bersekongkol dengan kerajaan negeri untuk membenarkan Lynas beroperasi di Malaysia.
“Saya kesal kerana kesilapan kerajaan terdahulu yang ‘tertipu’ dengan Lynas dan percaya industri nadir bumi membawa keuntungan kepada negara tanpa memahami ada sisa radioaktif yang akan dijana kilang tersebut.
“Lynas tidak seharusnya dibenarkan beroperasi pada 2012 tanpa pelan pengurusan sisa radioaktif WLP yang kekal. ‘Kegilaan’ apakah yang telah kerajaan terdahulu lakukan apabila mempercayai sisa radioaktif WLP boleh dibenarkan untuk dikitar semula dalam bentuk ‘Condisoil’.”
Beliau turut menyalahkan kerajaan terdahulu yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan terpaksa menanggung akibatnya sekarang.
“Dalam keadaan sekarang ini mungkin hanya inilah ‘option’ yang kerajaan ada untuk menguruskan sisa radioaktif dari Lynas. Dalam hal ini saya bersolidariti bersama warga Kuantan di dalam menanggung risiko kesihatan dan pencemaran kepada alam sekitar akibat daripada keadaan ini.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/08/16/ahli-parlimen-kuantan-kecewa-lesen-lynas-dilanjut-salahkan-bn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mula Tindakan Undang Undang Saman Tiga Ahli Parlimen Sertai Ppbm

Umno Mula Tindakan Undang Undang Saman Tiga Ahli Parlimen Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional mengemukakan saman terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Saman itu difailkan berikutan dakwaan mereka melanggar kontrak melanggar kepercayaan mendapa...
Penduduk Kuantan Gesa Cukuplah Mempolitikkan Isu Lynas

Penduduk Kuantan Gesa Cukuplah Mempolitikkan Isu Lynas

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 289 hits
KUANTAN Kewujudan Lynas membawa kebaikan sosioekonomi di kawasan berdekatan kata pendudukPenduduk di sekitar kawasan Gebeng memohon supaya isu berkaitan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd ditamatkan dan tidak lagi dijadikan ...
Once Anti Lynas Darlings Kuantan And Bentong Mps Now Face Barrage Of Insults Online

Once Anti Lynas Darlings Kuantan And Bentong Mps Now Face Barrage Of Insults Online

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 328 hits
Malaysians on Facebook are mercilessly mocking Pakatan Harapan lawmakers Fuziah Salleh and Wong Tack over the government s decision on Lynas Malaysia dredging up the duo s claims against the Australian mining firm from before Among others t...
Dr M Perlu Berundur Kerana Gagal Kata Ahli Parlimen Pkr Pasir Gudang

Dr M Perlu Berundur Kerana Gagal Kata Ahli Parlimen Pkr Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 404 hits
Dr M perlu berundur kata ahli Parlimen PKR Seorang wakil rakyat PKR menyeru Dr Mahathir Mohamad berundur dan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim kerana beliau jelas tidak dapat menangani banyak isu sekarang antaranya bantahan kumpulan pe...
Anda Harap Dr M Jadi Boneka Pemimpin Ppbm Tanya Ahli Parlimen Dap

Anda Harap Dr M Jadi Boneka Pemimpin Ppbm Tanya Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 353 hits
Tariq Ismail ialah ahli Majlis Pimpinan tertinggi PPBM PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini mengkritik seorang ahli Parlimen DAP yang menggesa kajian semula ke atas proses membuat keputusan oleh Majlis Presiden...
Ahli Parlimen Dap Kepong Yang Biadap

Ahli Parlimen Dap Kepong Yang Biadap

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 429 hits
Roslan SMSPosting beliau Lim Lip Eng ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kit...
Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 336 hits
Astro Awani Ogos 02 2019 21 23 MYTKaedah yang terbaik untuk menentukan tempoh khidmat Perdana Menteri masa kini sama ada harus berkhidmat separuh atau sepenuh penggal sepatutnya diserahkan kepada proses pengundian di Parlimen Gambar Sinar H...
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 557 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Sokongan Bagi Dap Pkr Mungkin Merosot Jika Lesen Lynas Diperbaharui Kata Penganalisis

Sokongan Bagi Dap Pkr Mungkin Merosot Jika Lesen Lynas Diperbaharui Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 367 hits
Kerajaan akan membuat keputusan selewat lewatnya 15 Ogos ini sama ada ia akan memperbaharui lesen operasi Lynas di Gebeng Kuantan yang akan tamat pada 2 September ini PETALING JAYA Seorang penganalisis politik memberi amaran sokongan terhad...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu