Umno Mula Tindakan Undang Undang Saman Tiga Ahli Parlimen Sertai Ppbm



KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengemukakan saman terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Saman itu difailkan berikutan dakwaan mereka melanggar kontrak, melanggar kepercayaan, mendapat kekayaan yang tidak sepatutnya berikutan sumber kewangan dan sokongan yang diberikan selain memberikan harapan yang tidak adil kepada parti.
UMNO dan BN memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan semalam, dengan menamakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sebagai defendan.
Saman terhadap Hamzah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur manakala terhadap Mustapa dan Ikmal Hisham di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Saman itu menamakan Setiausaha Eksekutif UMNO, Mohd Sumali Reduan, yang bertindak bagi pihak parti dan Setiausaha Kerja BN, Datuk Seri Abu Khamis, sebagai plaintif.
Dalam saman itu, UMNO dan BN berkata sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), parti memberikan bantuan kewangan dan pelbagai bentuk bantuan lain kepada semua defendan.
Parti itu berkata, ia membiayai segala perbelanjaan sebelum hari penamaan calon dan memberikan sokongan kepada defendan bagi memastikan sokongan pengundi kepada mereka.
Selain itu, menurut UMNO, defendan turut dibenarkan menggunakan jentera pilihan raya milik plaintif.
Berikutan itu, UMNO berkata terdapat satu terma tersirat yang termaktub di antara kedua-dua belah pihak di mana defendan akan kekal sebagai ahli parti jika memenangi kerusi Parlimen bagi memajukan agenda parti untuk keperluan pengundi.
“Tindakan defendan untuk bersetuju bertanding bagi pihak parti mewujudkan ikatan kontrak antara defendan dan plaintif.
“Jika defendan memenangi kerusi Parlimen itu, terma dalam ikatan kontrak adalah defendan akan kekal untuk memajukan agenda parti dan keperluan pengundi.
“Namun, selepas beberapa bulan PRU-14, defendan melalui media mengumumkan keluar parti, yang melanggar kontrak dan menyebabkan kerugian kepada parti,” kata plaintif.
Melalui tindakan bertanding dalam PRU-14 dengan mewakili parti, plaintif berkata defendan memberikan satu janji tersirat dan ia (UMNO) secara adil dan munasabah menaruh harapan terhadap defendan.
Plaintif seterusnya berkata ia mempunyai hak untuk mengharapkan supaya defendan terus kekal di dalam parti.
Dengan menerima pelbagai bentuk perbelanjaan dan sokongan sehingga berjaya dipilih menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya mendapat pelbagai ganjaran, plaintif berkata defendan menerima kekayaan yang tidak sepatutnya.
Kata plaintif, defendan juga bertindak pecah amanah dengan mengumumkan keluar parti tanpa menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
“Disebabkan itu, UMNO yang juga parti terkenal dan berpengaruh mengalami kecederaan dan kerosakan melalui keperibadian, kredibiliti dan reputasi.
“Ia juga menyebabkan pengundi hilang keyakinan berikutan tindakan defendan yang keluar daripada parti.
“Kami berhak mendapat ganti rugi dan pampasan berikutan tindakan defendan bagi dijadikan pengajaran kepada wakil rakyat lain untuk mencegah mereka daripada keluar daripada UMNO/BN dengan sewenang-wenangnya dan memperlekehkan parti,” kata plaintif.
UMNO dan BN sehubungan itu memohon perisytiharan, antaranya, terdapat kontrak di antara plaintif pertama dan kedua dengan defendan dan kontrak itu dimungkiri oleh defendan.
Ia juga menuntut defendan membayar ganti rugi khas RM200,000 kepada UMNO dan ganti rugi am dibayar kepada parti itu dan BN serta ganti rugi teruk, teladan dan relif lain.
Pada 12 Februari lalu, Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan penyertaan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu.
Mereka ialah Hamzah, Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham.
Sementara itu, Mustapa mengumumkan keluar UMNO pada 18 September tahun lalu dan menyertai BERSATU pada 26 Oktober tahun sama. – BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/08/umno-mula-tindakan-undang-undang-saman-tiga-ahli-parlimen-sertai-ppbm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terpengaruh Pelawaan Dr M Sertai Ppbm Ku Li Nasihat Ahli Umno

Jangan Terpengaruh Pelawaan Dr M Sertai Ppbm Ku Li Nasihat Ahli Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 346 hits
Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan ahli Umno tidak terpengaruh dengan pelawaan Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai parti itu atas alasan menguatkan kedudukan orang Melayu kerana Pakatan Harapan sedang berpecah belah Jangan ...
Anda Harap Dr M Jadi Boneka Pemimpin Ppbm Tanya Ahli Parlimen Dap

Anda Harap Dr M Jadi Boneka Pemimpin Ppbm Tanya Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 305 hits
Tariq Ismail ialah ahli Majlis Pimpinan tertinggi PPBM PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini mengkritik seorang ahli Parlimen DAP yang menggesa kajian semula ke atas proses membuat keputusan oleh Majlis Presiden...
Semangat Ahli Umno Tetap Membara Tidak Luntur Walau Diasak Ir Hasni Mohammad

Semangat Ahli Umno Tetap Membara Tidak Luntur Walau Diasak Ir Hasni Mohammad

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 352 hits
PONTIAN 3 Ogos Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata semangat ahli UMNO Johor sama sekali tidak luntur malah tambah membara bagi membantu parti menang pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Jelas b
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 501 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Ahli Parlimen Dap Kepong Yang Biadap

Ahli Parlimen Dap Kepong Yang Biadap

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 395 hits
Roslan SMSPosting beliau Lim Lip Eng ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kit...
Tiga Pemimpin Umno Lompat Parti Disaman

Tiga Pemimpin Umno Lompat Parti Disaman

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 424 hits
SHAH ALAM UMNO telah memulakan langkah untuk menyaman tiga bekas pemimpinnya
Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 296 hits
Astro Awani Ogos 02 2019 21 23 MYTKaedah yang terbaik untuk menentukan tempoh khidmat Perdana Menteri masa kini sama ada harus berkhidmat separuh atau sepenuh penggal sepatutnya diserahkan kepada proses pengundian di Parlimen Gambar Sinar H...
Pemimpin Umno Pekan Gagal Selesai Saman Pelucuthakkan 1mdb Buat Cubaan Kedua

Pemimpin Umno Pekan Gagal Selesai Saman Pelucuthakkan 1mdb Buat Cubaan Kedua

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 236 hits
Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pekan Ibrahim Awang Ismail gagal dalam cubaannya untuk menyelesaikan saman pelucuthakkan 1MDB terhadapnya dengan membayar separuh daripada jumlah RM100 000 yang dituntut SPRM Peguam responden Nurshafi...
Apakah Rasional Lantik Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Dari Kalangan Ahli Ppbm

Apakah Rasional Lantik Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Dari Kalangan Ahli Ppbm

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 118 hits
Apakah rasional lantik Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Pelantikan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan di negeri negeri menimbulkan persoalan pelbagai pihak mengapakah kementerian itu berbuat demikian Exco P...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant