Ahli Parlimen Bintulu Perlu Mohon Maaf




Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen (MP) Bintulu, YB Tiong Kang Sing ketika perbahasan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat semalam, yang menyifatkan Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sebagai “takut mati” adalah satu kenyataan yang dangkal dan tidak bertanggungjawab.
Saya menggesa agar satu permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh YB Tiong Kang Sing bagi memperbetulkan kesilapannya, yang telah mengundang pelbagai reaksi serta kemarahan daripada orang ramai.
Ketika perbahasan semalam, MP Bintulu telah mengeluarkan kenyataan tersebut atas alasan kerana Dr Noor Hisham tidak turun sendiri ke Sabah bagi menangani penularan Covid-19 yang terus mencatatkan bilangan kes yang tinggi dari hari ke hari.
Umum mengetahui bahawa Dr Noor Hisham adalah watak utama yang telah bekerja keras, siang dan malam bersama para ‘frontliners’ bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan jayanya di Malaysia.
Beliau telah mempamerkan etika kerja dan tahap profesionalisme yang sangat baik sepanjang negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 sejak bulan Mac yang lalu.
Sebaliknya, MP Bintulu seharusnya mempersoalkan apakah peranan yang dimainkan oleh Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menterinya yang mana setakat ini tidak menunjukkan sebarang gerak kerja dan sumbangan yang signifikan bagi membantu menangani pandemik Covid-19.
MP Bintulu juga harus sedar bahawa penularan gelombang ketiga Covid-19 yang bermula dari Sabah adalah disebabkan kerakusan kerajaan Perikatan Nasional berpolitik sehingga menyebabkan Pilihanraya Negeri terpaksa diadakan, seterusnya membawa kepada situasi yang sedang kita lihat pada hari ini.
Oleh yang demikian, saya berharap MP Bintulu dapat segera membuat permohonan maaf dan mengambil pengajaran daripada kejadian ini.
Menangani pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama seluruh anggota masyarakat, dan tidak wajar diletakkan kepada seseorang individu semata-mata. Saya berdoa agar seluruh jentera ‘frontliners’ terus diberikan kekuatan bagi menangani wabak Covid-19 di Malaysia.
Sama-samalah kita patuhi SOP dan sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri yang baik.
12.11.2020
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/ahli-parlimen-bintulu-perlu-mohon-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Noor Hisham Takut Mati Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf

Dakwa Noor Hisham Takut Mati Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru baru ini King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu be...
Ahli Parlimen Bintulu Bangang

Ahli Parlimen Bintulu Bangang

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 436 hits
BACAApa keperluan untuk KP Kesihatan lawat Sabah Kenapa tidak kau bantai Muhyiddin Ismail Sabri dan Dr Adham Baba Mereka ada dalam parlimen untuk berhujah Mereka juga setakat baca yang boleh dibuat oleh office boy Ahli Parlimen dan Wakil Ra...
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan

Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 381 hits
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing menghina Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di tengah tengah usaha dan kerja keras beliau menangani wabak Covid19 dengan gambaran takut mati dan hanya mahu publisiti adalah tinda...
Speaker Akur Benarkan Semua Ahli Parlimen Masuk Dengar Belanjawan 2021

Speaker Akur Benarkan Semua Ahli Parlimen Masuk Dengar Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 287 hits
Azhar berkata SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu satu masa akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini KUALA LUMPUR Pembentangan Rang Undang undang Pembekalan 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terh...
Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 383 hits
PETALING JAYA Pejuang membantah langkah mengehadkan hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen menghadiri sidang Dewan Rakyat pada satu satu masa mulai esok dan mendakwa kerajaan mengambil jalan mudah tanpa mengadakan prosiding dalam talian Tun Dr...
Isu Jasa Dan Belanjawan 2021 Masih Bebas Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang

Isu Jasa Dan Belanjawan 2021 Masih Bebas Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 342 hits
ALOR SETAR Isu menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas dan Belanjawan 2021 masih bebas untuk dibahaskan oleh Ahli Parlimen pembangkang mahupun kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat sehingga 15 Disember depan Menteri di Jabatan Perdana M...
Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu...
Najib Bawa Suara Hati Rakyat Ahli Ahli Parlimen Perlu Sokong Kata Pemuda Ikatan

Najib Bawa Suara Hati Rakyat Ahli Ahli Parlimen Perlu Sokong Kata Pemuda Ikatan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 272 hits
Cadangan Datuk Seri Najib Razak agar rakyat diberikan pilihan mengeluarkan caruman simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tanpa syarat bersasar dan lanjutan moratorium secara automatik merupakan suara hati rakyat Oleh itu Tan Sri M...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya