Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan


 
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menghina Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah di tengah-tengah usaha dan kerja keras beliau menangani wabak Covid19 dengan gambaran takut mati dan hanya mahu publisiti adalah tindakan yang seharusnya dikecam dan dikutuk.
Tiong ternyata telah membuat dakwaan tidak berasas dengan menuduh Dr. Noor Hisham tidak pernah turun ke Sabah untuk melihat sendiri keadaan di lapangan, walhal Ketua Pengarah Kesihatan itu sudah pun ke Sabah sebelum PRN baru-baru ini.
Berkenaan kemunculan Dr. Noor Hisham setiap hari memberi laporan berkenaan Covid19, itu adalah tugasnya untuk memberi maklumat kepada orangramai dan bukan kerana mengejar publisiti.
Sebagai pegawai tetap kerajaan, Dr. Noor Hisam tidak memerlukan publisiti untuk kerjaya dan hidupnya, bukan seperti orang politik yang sentiasa kemaruk liputan media.
Kemunculannya di TV sama seperti yang dilakukan oleh Ismail Sabri yang juga muncul setiap hati bercakap mengenai aspek keselamatan atau SOP dan Hishammuddin Hussein sebelum ini juga muncul setiap hari sewaktu berlakunya tragedi nahas kapalterbang MAS.
Jadi, apa yang peliknya?


Apakah Tiong tidak puas hati kerana yang muncul setiap hari di kaca TV itu adalah Dr. Noor Hisham, dan bukan Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba?
Kalau sudah Dr. Adham tidak berwibawa, cakap pun banyak merapu, memberi pula petua palsu kononnya air suam boleh mencegah Covid19, apakah menteri seperti itu yang boleh diharapkan untuk muncul setiap hari di kaca TV menyampaikan maklumat kepada orangramai?
Lebih menyedihkan, walaupun perbuatan Tiong itu jelas salah, bukan saja kerana mengecam Dr. Noor Hisham yang sentiasa bertungkus lumus setiap hari, bahkan juga seperti menghina keseluruhan petugas barisan hadapan Covid19, tetapi tidak diambil apa-apa tindakan pun oleh Timbalan Speaker, Azalina Othman Said.
Keengganan Tiong menarik balik kata-kata dan dakwaannya hanya didiamkan saja oleh pihak berkuasa Parlimen, sebaliknya Ahli Parlimen DAP yang mempertahankan Dr. Noor Hisham pula yang dihalau keluar Dewan Parlimen.
Kegilaan apakah ini?
Tidak cukup dengan itu, Shahidan Kassim selaku Pengerusi PNBNC turut sama mempertahankan perbuatan Tiong dengan alasan dia hanya menyampaikan maklumat yang disampaikan kepadanya.
Lagi gila?

Ehh…PN ini kerajaan apa sebenarnya, senang-senang boleh menghina pegawai kerajaan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa rakyat?
Di mana suara pemimpin Melayu dan Islam dalam PN, terutama daripada Pas dan Bersatu dalam membela pegawai kerajaan sendiri?
Bolehkah kita bayangkan bagaimana riuhnya mereka jika yang membuat dakwaan terhadap Dr. Hisham itu adalah pemimpin daripada DAP?
Di mana juga Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan dalam mempertahankan pegawai di kementeriannya diperlakukan sebegini rupa?
Apakah Tiong seorang itu lebih besar kedudukannya daripada keseluruhan pegawai kerajaan, khususnya petugas barisan hadapan Covid19 sehingga semua pemimpin PN, temasuk Menteri Kesihatan, Pengerusi PNBNC dan Timbalan Speaker takut kepadanya?
Yang paling memalukan sekali, Tiong juga adalah Duta Khas Perdana Menteri ke China dan perbuatannya ini tidak langsung menggambarkan kelayakannya memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Jika Muhyiddin benar-benar ikhlas dalam perjuangannya untuk rakyat dan mempertahankan pegawai kerajaan, beliau bukan saja patut menegur Tiong, bahkan wajar memecatnya sama sebagai Duta Khas ke China.
Gaya dan cakap Tiong dalam menuduh Dr. Noor Hisham tidak langsung menggambarkan beliau seorang yang faham apa itu diplomasi, tetapi lebih seperti seorang samseng jalanan.
Orang seperti beliau tidak layak diundi lagi sebagai pemimpin selepas ini. 
(Shahbudindotcom 12/11/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/perbuatan-ahli-parlimen-bintulu-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Noor Hisham Takut Mati Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf

Dakwa Noor Hisham Takut Mati Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru baru ini King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu be...
Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parlimen BN berjanji untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini Ahli ahli parlimen Barisan N...
Mana Maruah Melayu 80 Gelandangan Islam Makan Di Gereja

Mana Maruah Melayu 80 Gelandangan Islam Makan Di Gereja

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 219 hits
Lebih 80 peratus daripada kira kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal keti...
Ahli Parlimen Bintulu Perlu Mohon Maaf

Ahli Parlimen Bintulu Perlu Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 192 hits
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bintulu YB Tiong Kang Sing ketika perbahasan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat semalam yang menyifatkan Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham sebagai takut mati adalah satu kenyataan...
Ahli Parlimen Bintulu Bangang

Ahli Parlimen Bintulu Bangang

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 436 hits
BACAApa keperluan untuk KP Kesihatan lawat Sabah Kenapa tidak kau bantai Muhyiddin Ismail Sabri dan Dr Adham Baba Mereka ada dalam parlimen untuk berhujah Mereka juga setakat baca yang boleh dibuat oleh office boy Ahli Parlimen dan Wakil Ra...
Najib Bawa Suara Hati Rakyat Ahli Ahli Parlimen Perlu Sokong Kata Pemuda Ikatan

Najib Bawa Suara Hati Rakyat Ahli Ahli Parlimen Perlu Sokong Kata Pemuda Ikatan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 272 hits
Cadangan Datuk Seri Najib Razak agar rakyat diberikan pilihan mengeluarkan caruman simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tanpa syarat bersasar dan lanjutan moratorium secara automatik merupakan suara hati rakyat Oleh itu Tan Sri M...
Isu Hadkan 80 Orang Sebelum Ini Pun Bukan Semua Ahli Parlimen Yang Ada Dalam Dewan

Isu Hadkan 80 Orang Sebelum Ini Pun Bukan Semua Ahli Parlimen Yang Ada Dalam Dewan

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pelik apabila keputusan membenarkan 80 Ahli Parlimen memasuki dewan pada satu satu masa bermula dengan waktu persidangan dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang bermula hari ini ti...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids