Dakwa Noor Hisham Takut Mati Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen  Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas  keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat  baru-baru ini.
King Sing yang juga Duta  Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat  dan terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan hadapan termasuk  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, para doktor  dan jururawat
"Bagi  memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain  kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf  sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021
"Langsung  tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor,  jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan
"Saya  tidak mahu kerana saya, selurh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini  terganggu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad
Baru-baru  ini, King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progesif (PDP) telah  mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai individu  'takut mati' kerana dianggap tidak serius dan turun padang dalam  menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara terutama Sabah ketika  ini
Susulan kenyataan itu, beberapa Ahli Parlimen terutama pembangkang menuntut permohonan maaf susulan kenyataannya itu	
Bukan  hanya pembangkang, salah seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS)  yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk  Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan itu yang disifatkan satu  yang tidak wajar, mengejutkan dan memalukan.
Presiden  Cuepacs, Adnan Mat turut menyifatkan kenyataan mempersoalkan Dr Noor  Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi COVID-19 dibuat  King Sing sangat keterlaluan dan dilihat merendahkan pengorbanan  penjawat awam yang bertungkus-lumus menyekat penularan COVID-19
MR : Kalau awal-awal minta maaf lama selesai. Yang pembangkang macam tak ada isu lain besar perkara ini sedangkan ada banyak isu belanjawan rakyat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/dakwa-noor-hisham-takut-mati-ahli.html