Ahli Mkt Minta Mp Umno Usah Overdose Kerumun Pm


Ahli MKT minta MP UMNO usah 'overdose' kerumun PM


Pemimpin politik khususnya dari Umno digesa supaya menjaga imej Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dengan tidak melakukan tindakan berlebihan sehingga mendatangkan kemarahan rakyat.

Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Alwi Che Ahmad, susulan beberapa gambar dan video tular menyaksikan Ismail Sabri diiringi dengan meriah ketika melawat lokasi bencana kepala air di Yan, Kedah, semalam.

Selain itu gambar anggota Parlimen Bera itu menaiki kapal terbang kerajaan Malaysia diiringi ramai ahli parlimen Umno juga mengundang kecaman ramai, terutama apabila perjalanan itu sebenarnya mengunjungi rakyat yang ditimpa bencana serta kesedihan.

"Saya nak sebut tadi supaya ahli-ahli parlimen kita, semua pemimpin politik terutama Umno membantu menjaga imej perdana menteri.

"Macam semalam viral di Kedah itu sampai berpuluh buah kereta ikut. Guna kapal terbang perdana menteri, tak apalah nak naik itu, baguslah, tapi ini imej lama.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Alwi Che Ahmad "Imej ini yang menyebabkan orang marah dengan kita. Jadi berpada-padalah. Boleh pergi tapi tak payahlah tunjuk," katanya ketika ditemui media selepas sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Anggota dewan undangan negeri Kok Lanas itu berkata demikian sebagai mengulas rombongan yang yang dilihat mengiringi Ismail Sabri pada lawatan tersebut yang tular di media sosial sejak semalam. Nak bertahan lama Terdahulu Ismail Sabri menerima kritikan selepas tersebar gambar memaparkan rombongan ahli-ahli parlimen turut serta dalam lawatan rasmi tersebut.

Sebagai rekod Ismail Sabri terbang ke Kedah semalam menaiki pesawat kerajaan.

Kritikan turut mempertikaikan papan iklan besar di Kuala Muda - salah satu kawasan dilanda banjir - yang mengalu-alukan lawatan perdana menteri itu. Antara ahli parlimen Umno yang dikatakan turut berada dalam perjalanan itu - seperti dalam gambar tular - ialah Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Hasan Arifin (Rompin) dan Mohd Salim Sharif (Jempol).

Sementara itu Mohd Alwi berkata, jika imej sedemikian kembali kepada Umno orang ramai akan membuat tanggapan keadaan itu seolah-olah berlaku apabila Umno berkuasa.

"Itu yang saya tegur sikit, bukan saya dengki, kita semua kena rai perdana menteri tapi bukan itu caranya. Ini kerumun sampai begitu sekali, ramai viral tak payahlah.

"Jagalah imej perdana menteri Umno ini kita nak bertahan lama. Perdana menteri tak salah, takkan dia nak halau dan marah, tapi kita kenalah tahu, tolong jaga imej parti. Imej perdana menteri adalah imej kita.

"Jadi kalau kita sayang perdana menteri jangan kita rosakkan imej dia. Ini maksud saya jangan salah faham pula. Rakyat tengok sakyat tak suka, tengok komen di media sosial tak bagus.

"Saya tak seronoklah dalam beberapa hari kita dah macam itu. Jangan overdose (berlebih-lebihan)," tegasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ahli-mkt-minta-mp-umno-usah-overdose.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkt Umno Ahli Parlimen Bn Mesyuarat Tentukan Calon Pm

Mkt Umno Ahli Parlimen Bn Mesyuarat Tentukan Calon Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 373 hits
MKT Umno Ahli Parlimen BN mesyuarat tentukan calon PM Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat malam ini bagi menentukan calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Mesy...
Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini

Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 357 hits
August 27 2021 Selepas dua kali ditangguhkan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Preside...
Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 415 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yng terlibat secara langsung dalam mesyuarat ya...
Tumbang Lagi Mkt Umno Tidak Mahu Azmin Tpm Muhyiddin Bakal Tarik S

Tumbang Lagi Mkt Umno Tidak Mahu Azmin Tpm Muhyiddin Bakal Tarik S

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 361 hits
Cabaran besar pembentukan kabinet Ismail sabri sedang menanti MKT UMNO menolak perlantikan Azmin ali sebagai Timbalan perdan menteri Azmin dan Muhyiddin bakal menarik sokongan jika ismail sabri tidak turuti Kerajaan baru UMNO bakal tumbang ...
Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 332 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno dan PAS tidak merestui cubaan Ismail Sabri Yaakob untuk dicalonkan sebagai perdana menteri caretaker dan timbalan perdana menteri itu dikatakan bermasalah mengekalkan sokongan Ahli Parlimen Umno yang sebelum ...
Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 484 hits
ADAKAH JET EKSEKUTIF PERDANA MENTERI SUDAH JADI BAS EKSPRESS Shahbudin HusinHari ini adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah pada Sabtu lalu Selepas masuk ke pejabatnya pagi...
Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber

Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 411 hits
Firdaus AzilOgos 17 2021 19 29 MYTDifahamkan Ahmad Zahid turut akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9 30 malam di sebuah hotel di ibu negara Gambar failBACA Media sebelum ini melapor...
Tiada Calon Muktamad Dari Mkt Umno

Tiada Calon Muktamad Dari Mkt Umno

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 241 hits
Tiada calon muktamad dari MKT UMNO MKT Umno beri mandat kepada 42 Ahli Parlimen BN pilih calon PM Majlis Kerja Tertinggi Umno menyerahkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk memuktamadkan seorang calon dari parti itu bagi diangkat s...
Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan