Agong Boleh Pecat Pm Enggan Letak Jawatan Ikut Draf Asal Perlembagaan



Keengganan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletak jawatan meskipun telah hilang majoriti merosakkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Perlembagaan negara tidak memperincikan dengan jelas manual bertindak dalam situasi PM enggan melepas jawatan seperti sekarang ini.
Bagaimanapun, katanya draf asal Perlembagaan Persekutuan pada 1956 ada memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memecat PM.
“Saya sebut sebelum ini kalau ikut draf asal Perlembagaan tahun 1956 – 57 dahulu Agong boleh pecat PM yang hilang majoriti dan enggan meletak jawatan.
“Pada saya 8 Ahli Parlimen Umno (tarik sokongan) pun sudah cukup, sudah senget (PN jatuh). Maknanya ini (kerajaan PN) kerajaan yang hilang legitimasi,” kata Dr Aziz dalam forum maya anjuran Angkatan Muda KEADILAN Johor, bertajuk “Sidang Parlimen : Keabsahan Kerajaan Muhyiddin Bakal Teruji?”, malam tadi.
Menurut beliau lagi, hujah Peguam Negara bahawa kerajaan tidak tumbang merujuk Perkara 43 (2), 3 fasal 2.a Perlembagaan Persekutuan, menyatakan penentuan majoriti terhadap PM mesti dilakukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan bukannya melalui kenyataan presiden mana-mana parti tidak berbangkit kerana rujukan yang lebih tepat adalah fasal 4.
“Soal hujah Peguam Negara ini, sebenarnya peruntukan disebut beliau itu tidak berapa tepat. Yang lebih tepat dalam isu sekarang adalah fasal 4 mengatakan bahawa apabila seseorang PM itu telah hilang majoriti maka dia hendaklah meletak jawatan. Jadi memang sudah tidak ada keabsahan.
“Ada yang kata bila saya sebut ini (pengumuman Presiden Umno tarik sokongan ianya) hear say. Hear say macam mana kalau wartawan tunggu malam tu lepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di luar PWTC? Dalam video (Zahid Hamidi) pun ada, hear say macam mana?
“(Dalam hal ini) Peguam Negara berlindung di balik lalang sehelai. Dia dah tak boleh buat apa lagi. Orang nak tenggelam ni telinga pun dia paut. Jadi dia tak ada hujah lagi,” katanya.
Tegas Aziz yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak, keabsahan amat perlu ditunjukkan dalam pentadbiran PM Mahiaddin kerana ianya merujuk hak atau syarat bagi pentadbiran untuk wujud, atau kekal dengan pentadbiran itu.
Katanya, tanpa keabsahan sesebuah kerajaan menghadapi kesulitan dari segi keberadaannya dan mungkin membawa kepada jalan buntu, keruntuhan atau hilang autoriti.
“Dalam kerajaan demokrasi ini keabsahan berdasarkan mandat rakyat. Berbeza dengan zaman sebelumnya, di mana kuasa memerintah didasarkan mandat dari Tuhan.
“Maknanya rakyat kena beri persetujuan. Ini menjadi masalah kepada pentadbrian Mahiaddin. Seorang ahli falsafah Robert A Dahl mengatakan keabsahan itu boleh naik turun. Ia mungkin boleh kering, boleh penuh dan sebagainya.
“Saya berasa yang tepat dengan pentadbiran Mahiaddin sekarang ialah sumber atau pun tahap legitimasi atau keabsahan itu sudah kering atau tidak pernah wujud,” katanya.
Menjawab soalan moderator mengenai isu lompat parti atau beralih sokongan, ADUN Tebing Tinggi itu tidak bersetuju konsep beralih sokongan dianggap keji secara keseluruhan.
Katanya, dalam keadaan sekarang, melihat pentadbiran Mahiaddin yang cara marba maka sekiranya Ahli Parlimen mahu mengalih sokongan untuk membentuk kerajaan yang lebih baik, maka hal itu tidak menyalahi moral.
“Pada saya yang jadi masalah melihat perpindahan itu ada unsur jenayah atau tidak, rasuah, ugutan dan pelbagai perkara salah di sisi undang-undang.
“Kalau Ahli Parlimen berasa secara moral perlu menyokong kerajaan baharu atau pun menyokong sebuah kerajaan ada legitimasi. Itu bukan ‘katak’ namanya .
“Orang tak suka lihat MP melompat tapi kita harus ingat dalam keadaan tertentu melompat itu perlu. Saya tidak katakan baik tetapi dalam keadaan sekarang…. mungkin dulu dia dalam parti yang lain, bila tengok pentadbiran PN teruk, dia nak ubah dan balik bincang dengan pengundi dia. Pengundi kata pindahlah. Kalau begitu halnya saya melihat itu keadaan yang boleh diterima,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32591

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dedah 11 Mp Sedia Tarik Diri Jika Diarahkan 8 Lagi Enggan Letak Jawatan

Umno Dedah 11 Mp Sedia Tarik Diri Jika Diarahkan 8 Lagi Enggan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 184 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPemimpin Umno mendakwa 11 Ahli Parlimen parti itu yang kini menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri di dalam Kabinet Perikatan Nasional bersetuju untuk meletakkan jawatan sekiranya ada arahan dikeluarkan oleh p...
Muhyiddin Hilang Sokongan Parti Komponen Perlu Letak Jawatan Anwar

Muhyiddin Hilang Sokongan Parti Komponen Perlu Letak Jawatan Anwar

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 188 hits
Anwar IbrahimBy KUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Harapan mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Idris Harun bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua ketua parti politik yang menyokongnya Peng...
Desakan Muhyiddin Letak Jawatan Apa Kesudahannya

Desakan Muhyiddin Letak Jawatan Apa Kesudahannya

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 238 hits
Nasser AnfaniPETALING JAYA Pagi ini beberapa menteri dan Peguam Negara Idrus Harun dilaporkan bermesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di kediaman Perdana Menteri itu Hasil perbincangan tidak diketahui lagi tetapi tentunya selamat untuk diramal...
Apa Agaknya Zahid Bincangkan Masa Jumpa Tpm Suruh Letak Jawatan

Apa Agaknya Zahid Bincangkan Masa Jumpa Tpm Suruh Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 242 hits
agendadaily com9 7 2021Apa agaknya yang diceritakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Adakah beliau memaklumkan keadaannya yang s...
Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 183 hits
Rakan rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sebaliknya mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Peri...
Kenyataan Muhyiddin Zahid Letak Jawatan Palsu Kata Pembantu

Kenyataan Muhyiddin Zahid Letak Jawatan Palsu Kata Pembantu

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 209 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Jul 2021 7 14 pmDikemaskini 7 26 pmDua kenyataan berasingan yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan adalah palsu menurut pembantu kedua dua pemimpin it...
Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 228 hits
FAZLI RADZIPerutusan Hari Raya Aidiladha oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam ini hanya mengundang deretan kecaman dan sindiran warganet Orang ramai dilihat terus menempelak Ahli Parlimen Gom...
Doktor Letak Jawatan Beri Notis 24 Jam Kata Kumpulan

Doktor Letak Jawatan Beri Notis 24 Jam Kata Kumpulan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 256 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata doktor memberi notis 24 jam kerana kepenatan dan kecewa dengan kekurangan peluang kerjaya Dalam satu kempen media sosial Hartal Doktor Kontrak menggesa doktor kontrak bermogo...
Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah