Muhyiddin Hilang Sokongan Parti Komponen Perlu Letak Jawatan Anwar


 

                            Anwar Ibrahim



By

 Manzaidi Mohd Amin


KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) mengingatkan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokongnya.

Pengerusi MPPH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turut memberi sokongan kepada Muhyiddin ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.

Jelas beliau, apabila Ahmad Zahid mengumumkan menarik sokongan seperti berlaku sekarang, maka Perdana Menteri telah hilang sokongan asas parti UMNO dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik Perikatan Nasional (PN) daripada mempertahankan Keluhuran Undang-Undang.

“Oleh itu, Muhyiddin perlu meletakkan jawatan secara terhormat kerana telah hilang sokongan dan keabsahan sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan bersama kepada media, hari ini.

Idrus dalam kenyataannya hari ini menyatakan, buat masa ini kerajaan PN tidak mempunyai apa-apa fakta jelas menunjukkan Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Kata beliau, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti hendaklah ditentukan Ahli Dewan rakyat sendiri, bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik atau mana-mana pemimpin parti politik.

Oleh itu, menurut Idrus, daripada segi undang-undang, Muhyiddin dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, Pakatan Harapan (PH) akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas.

“Di samping itu, mengambil langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa PH.

“Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat berikutan krisis Covid-19 yang kian meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Presiden turut berpendirian waktu ini bukan masa sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) memandangkan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam semakin tertekan.

Kenyataan MPPH itu turut ditandatangani Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. MG

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/muhyiddin-hilang-sokongan-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teliti Dulu Penarikan Sokongan Umno Sebelum Desak Letak Jawatan

Teliti Dulu Penarikan Sokongan Umno Sebelum Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 244 hits
bharian comOleh Julai 8 2021 11 16amSituasi politik semasa menjadikan penentuan tahap sokongan kepercayaan kepada Perdana Menteri sukar dilakukan di luar Dewan Rakyat Foto hiasanKUALA LUMPUR Beberapa faktor perlu diteliti terlebih dahulu de...
Itu Kenyataan Palsu Pmo Nafi Muhyiddin Letak Jawatan

Itu Kenyataan Palsu Pmo Nafi Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 345 hits
Kenyataan palsu itu turut mendakwa Kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan meminta beliau menasihatkan Yang di Pertuan Agong melantik perdana menteri baharu PETALING JAYA Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwa...
Umno Tidak Lagi Sokong Muhyiddin Desak Letak Jawatan

Umno Tidak Lagi Sokong Muhyiddin Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 487 hits
UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat berikutan kegagalan k...
Ahli Parlimen Pnbbc Tidak Letak Jawatan Kekal Sokong Muhyiddin

Ahli Parlimen Pnbbc Tidak Letak Jawatan Kekal Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 503 hits
agendadaily com8 7 2021Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasio...
Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Desak Ph

Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Desak Ph

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 183 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan selepas kehilangan sokongan Umno susulan penamatan sokongan serta merta parti berkenaan malam tadi Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataannya berkata ...
Desakan Muhyiddin Letak Jawatan Apa Kesudahannya

Desakan Muhyiddin Letak Jawatan Apa Kesudahannya

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 270 hits
Nasser AnfaniPETALING JAYA Pagi ini beberapa menteri dan Peguam Negara Idrus Harun dilaporkan bermesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di kediaman Perdana Menteri itu Hasil perbincangan tidak diketahui lagi tetapi tentunya selamat untuk diramal...
Kenyataan Media Bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Adalah Tidak Benar

Kenyataan Media Bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 267 hits
SEBENARNYA Pejabat Perdana Menteri menegaskan kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adala
Kenyataan Muhyiddin Zahid Letak Jawatan Palsu Kata Pembantu

Kenyataan Muhyiddin Zahid Letak Jawatan Palsu Kata Pembantu

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 244 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Jul 2021 7 14 pmDikemaskini 7 26 pmDua kenyataan berasingan yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan adalah palsu menurut pembantu kedua dua pemimpin it...
Kempen Lawan Selama 3 Hari Bermula Esok Gesa Muhyiddin Letak Jawatan

Kempen Lawan Selama 3 Hari Bermula Esok Gesa Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 284 hits
Malaysiakini Kempen secara fizikal dan dalam talian selama tiga hari yang dinamakan Lawan bakal bermula esok sebagai protes terhadap cara kerajaan menangani wabak Covid 19 Penganjur kempen Sekretariat Solidariti Rakyat menyenaraikan tiga tu...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Aliff Aziz Ajak Berselawat 1 000 Kali Sehari Tak Perlu Tunggu Jadi Baik Sebarkan Kebaikan

Saya Takkan Tinggalkan Anak Dengan Pembantu Rumah Saya Tak Percaya Mereka Walau Baik Macam Mana Anzalna Nasir

Khutbah Jumat 6 Adab Menghadiri Shalat Jumat

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile