Agihan Daging Korban Kepada Bukan Islam Apa Kata Mufti


Agihan daging korban kepada bukan Islam: Apa kata mufti?
Hari Raya Aidiladha, umat Islam di seluruh dunia akan menyambutnya dengan mengadakan solat sunat Aidiladha, dan kemudiannya diikuti dengan ibadah korban.
Ibadah korban ini cukup besar pahalanya dan merupakan salah satu sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan bagi umat Islam.
Mudah-mudahan dengan melaksanakan ibadat ini, dapat membersihkan jiwa kita dan dapat kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Seperti yang kita ketahui, hukum korban menetapkan sebahagian besar daripada daging yang kita korbankan adalah untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan, yang termasuk di dalam golongan asnaf.
Namun sejak kebelakangan ini, satu persoalan yang sering timbul menjelang kedatangan hari yang penuh barakah ini ialah soalan sama ada daging korban hanya boleh diberikan kepada umat Islam sahaja atau pun boleh juga diberikan kepada mereka yang bukan beragama Islam.
Ramai yang menyoal apakah hukumnya jika kita agihkan daging korban kepada orang bukan Islam yang termasuk di dalam golongan yang memerlukan?
Malah tidak kurang juga yang berbahas dan memberi pelbagai pendapat mereka sendiri tentang persoalan ini, terutamanya di media sosial.
Namun dalam menentukan hukum, kita tidak boleh membuat fatwa sendiri tetapi kita mesti merujuk kepada mereka yang alim dan ditauliahkan untuk mengeluarkan fatwa, jika di Malaysia kita perlu merujuk kepada mufti-mufti negeri.
Mufti bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Harussani Zakaria yang merupakan seorang mufti kanan dan sangat dihormati telah mengeluarkan kenyataan bahawa daging korban tidak harus diberi kepada orang bukan Islam kerana ibadat korban adalah perkara `ta’abbudiy’ iaitu hal ehwal ibadat bagi umat Islam.
Menurut beliau, fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira pandangan yang masyhur dalam Mazhab Syafi’e, pandangan ulama semasa, maslahah umum serta keperluan semasa.
Mufti bagi Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi pandangan yang sama seperti Tan Sri Harussani Zakaria tentang perkara ini.
Merujuk kenyataan Datuk Dr. Zulkifli di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan; untuk soalan, “Apakah hukum memberi makan orang yang bukan Islam daripada daging korban?”, jawapan yang diberi ialah, “Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah SWT”.
Jelas kedua-dua tokoh ilmuan Islam yang sangat alim tentang hukum-hukum Islam ini berpendapat bahawa berdasarkan Mazhab Syafi’e, yang masyhur daging korban tidak dibolehkan diberi kepada orang bukan Islam kerana ibadah korban ialah hal ehwal ibadat bagi umat Islam.
Perkara ini patut diambil berat oleh umat Islam di Malaysia memandangkan Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandukan Mazhab Syafi’e.
Umat Islam mesti berhati-hati akan soal ini kerana ianya melibatkan soal kesempurnaan ibadah kita.
Sumber : utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/08/agihan-daging-korban-kepada-bukan-islam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Semua Daging Korban Buat Kenduri

Masak Semua Daging Korban Buat Kenduri

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 419 hits
Soalan Apakah sah korban jika tuan korban memasak semua daging korbannya dan diajak orang datang memakannya atau dimasak semua daging korbannya untuk kenduri pernikahan anaknya Jawapan Tujuan ibadah korban ialah bersedekah dagingnya kepada ...
6 Cara Simpan Daging Korban Tahan Lama Kekal Segar Ye

6 Cara Simpan Daging Korban Tahan Lama Kekal Segar Ye

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 551 hits
Banyak dapat daging korban kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama Eh salah tu Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah Mak mak atau akan akak kena baca tip yang RASA kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan l...
Tak Dapat Daging Korban Janda Miskin Ini Terlepas Pandang

Tak Dapat Daging Korban Janda Miskin Ini Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 416 hits
3X Bermakna 3 tahun daging korban tidak pernah singgah di rumahnya Rumah itu dalam kompleks sederhana namun keadaan fizikal janda dua anak itu adalah antara yang paling rapuh dan tidak pernah dipoles kerana dana yang terhad Ia berbeza dari ...
Kata Tetangga Soal Keluarga Korban Pembunuhan Di Serang

Kata Tetangga Soal Keluarga Korban Pembunuhan Di Serang

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 202 hits
Saat ini Rustadi yang berprofesi sebagai tukang bangunan sedang melakukan pengerjaan pembangunan pondasi rumah di depan kediamannya
Majlis Presiden Ph Akan Bincang Agihan Kerusi Bagi Prn Sarawak Kata Muhyiddin

Majlis Presiden Ph Akan Bincang Agihan Kerusi Bagi Prn Sarawak Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 317 hits
Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media di Kuching hari ini sambil ditemani Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor KUCHING Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri Sarawak ke 12 kata ...
Dr Zakir Naik Terangkan Kebenaran Islam Bukan Perpecahan Mufti Pahang

Dr Zakir Naik Terangkan Kebenaran Islam Bukan Perpecahan Mufti Pahang

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 260 hits
TIDAK sempurna iman seseorang itu sekiranya tidak mengasihi umat Islam lain kerana dalam agama kita diseru membuat kebaikan demi keamanan dan perpaduan Sebagai negara Islam kenapa kita tidak boleh menyampaikan ajaran Islam sedangkan ia dipe...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 546 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Masak Daging Korban Dengan 3 Menu Ni Susah Basi Sangat Berbaloi

Masak Daging Korban Dengan 3 Menu Ni Susah Basi Sangat Berbaloi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 324 hits
Kata orang resipi orang dulu dulu memang sedap dan tak pernah rasa jemu Apa salahnya korang buat masak daging korban dengan tiga menu yang min kongikan ini memang sedap dan berbaloi masaklah sebab susah basi dan tahan lama DAGING DENDENG KE...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel