Agenda Perundangan Syariah Kekal Jadi Harapan Pas


HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan langkah ke arah memartabatkan Undang-undang Islam melibatkan hudud, qisas dan takzir yang telahpun berjaya melalui beberapa proses berkaitan sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, sebelum dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, rantau Nusantara ini telah berdaulat melaksanakan sepenuhnya Undang-undang Islam.

Beliau memberi pencerahan tersebut pada pada Bicara Harakah 3.0 membincangkan tajuk “100 Hari Perikatan Nasional” yang bersiaran langsung atas talian di Facebook HarakahTV, malam tadi.

“Untuk melaksanakan agenda ini memerlukan satu platform yang benar-benar stabil supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik. Salah satu daripada proses untuk melaksanakan undang-undang ini ialah melalui kefahaman yang baik oleh rakyat.

“Jadi kita mulakan kerjasama ini, kita telah laksanakan di Kelantan dan Terengganu dengan kita menggubal Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang melibatkan di dalamnya pelaksanaan, percubaan untuk melaksanakan.
“Undang-undang Islam di Kelantan dan Terengganu yang diluluskan dah pun kan, dah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Kelantan dan juga Sultan Terengganu.

“Kemudian kita ada sedikit kekangan di peringkat undang-undang Kerajaan Pusat yang mana ianya mengekang pelaksanaan Undang-undang Islam ini.
“Contohnya ialah dari sudut undang-undang sebatan 100 sebatan, undang-undang yang untuk memotong tangan dan sebagainya yang tiada, yang tidak diberikan ruang dalam ruang dalam Undang-undang Persekutuan Perlembagaan.

“Jadi, untuk membolehkan ianya dilaksanakan, ianya berjalan serentak di antara proses memberikan pendidikan kepada rakyat dan juga menyediakan infrastruktur untuk melaksanakan undang-undang ini,” terangnya.

Imbas beliau, PAS pernah membawa bil persendirian ke Parlimen oleh Tuan Guru Presiden iaitu RUU355 di mana ia satu usaha bersepadu dengan Kerajaan BN pada masa itu sebagai dimensi baru untuk melaksanakan Undang-undang Syariah.
Di mana jelasnya, usaha itu untuk meningkatkan tahap hukuman yang dibenarkan di Mahkamah Syariah di mana selama ini Enakmen Jenayah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya di akibat kekangan berkenaan.

“Maka bil persendirian telah dibawa, telah dibentangkan, cuma belum dibahaskan. Jadi insya-Allah, saya yakin RUU355 ini akan menjadi satu agenda di dalam Sidang Parlimen apabila sampai masanya.

“Dan insya-Allah sebenarnya RUU355 inilah yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan Undang-undang Syariah. So, kita nantikan, dan akan ada berita baik kepada umat Islam yang saya yakin mereka sangat menantikan.
“(Umat Islam mahu) upaya Undang-undang Syariah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin di bumi Malaysia ini,” ujarnya optimis.
Beliau mengemukakan contoh perundangan berkaitan kemalangan jalan raya di mana pelaku dikenakan denda, manakala keluarga mangsa tidak mendapat apa-apa, sedangkan dalam konsep Islam adanya diyat iaitu ganti rugi.
Begitu juga terangnya mengenai kuasa memberi pengampunan yang hak tersebut turut melayakkan kepada keluarga mangsa pembunuhan. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/agenda-perundangan-syariah-kekal-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Kata Ruu355 Akan Jadi Agenda Apabila Sampai Masa Masa Mana Pulak Tak Tau La

Pas Kata Ruu355 Akan Jadi Agenda Apabila Sampai Masa Masa Mana Pulak Tak Tau La

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 259 hits
Pas yakin Rang Undang undang 355 akan menjadi agenda dalam sidang parlimen apabila sampai masanya Menurut Ketua Penerangan Pas Kamaruzaman Mohamad agenda memartabatkan undang undang Islam melibatkan hudud qisas dan takzir memerlukan platfor...
Tiada Campurtangan Pn Agenda Reformasi Kekal Kata Pengerusi Spr

Tiada Campurtangan Pn Agenda Reformasi Kekal Kata Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 222 hits
PUTRAJAYA Bagi Azhar Harun beliau menggalas jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sahaja sebagai ketua penimbang tara proses pilihan raya tetapi juga dengan agenda reformasi Meskipun kerajaan berubah berita baik bagi Azhar atau l...
Subky Latif Pas Terhutang Jasa Dengannya

Subky Latif Pas Terhutang Jasa Dengannya

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 233 hits
BELASUNGKAWASemasa menghadiri forum Hari Falsafah Dunia di Kuala Lumpur 14 November 2018 PAGI semalam saya menerima WhatsApp daripada dua orang kawan memberi tahu pesanan jemaah masjid Bilal yang memaklumkan Subky Latif yang juga jemaah mas...
Kematian Adib Pas Berkata Rakyat Lega Penjelasan Menteri

Kematian Adib Pas Berkata Rakyat Lega Penjelasan Menteri

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 285 hits
Kematian Adib PAS Berkata Rakyat Lega Penjelasan Menteri PAS berkata rakyat Malaysia kini berasa lega dengan penjelasan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan mengenai status siasatan ke Allahyarham Muhammad Adib Mohd K...
6 Peluang Bisnis Rumahan Selama Pandemi Modal Pas Pasan Tetap Bisa Kasih Hasil Lumayan

6 Peluang Bisnis Rumahan Selama Pandemi Modal Pas Pasan Tetap Bisa Kasih Hasil Lumayan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 214 hits
Kalau sudah seperti sekarang ini harus pintar pintar memutar otak demi bisa terus bertahan
Muafakat Nasional Pas Umno Bakal Muncul Kuasa Politik Digeruni Dan Disegani

Muafakat Nasional Pas Umno Bakal Muncul Kuasa Politik Digeruni Dan Disegani

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 224 hits
June 25 2020KUALA LUMPUR Muafakat Nasional PAS UMNO bukan semata mata untuk memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu tetapi akan menjadi kuasa politik yang digeruni dan disegani Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata visi alternati...
Mca Mic Berebut Kerusi Majoriti Melayu Sebelum Umno Bersatu Dan Pas Berunding

Mca Mic Berebut Kerusi Majoriti Melayu Sebelum Umno Bersatu Dan Pas Berunding

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 458 hits
MALAYSIA DATELINE Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan antara Umno dengan Bersatu dan Pas Presiden Ikatan Muslimin Mal...
Pas Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap Pm Di Parlimen Julai Ini Takiyuddin

Pas Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap Pm Di Parlimen Julai Ini Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 328 hits
PAS telah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini Loading Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday