Agar Agar Santan Sirap Ros Sedap Mudah Disediakan


Cara buat agar-agar santan sirap ros

Agar-agar sirap ros sangat terkenal dalam dunia seangkatannya kerana mudah disediakan. Ia sering menjadi pilihan untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut dalam pelbagai acara. Teringat pula waktu kecil dulu, emak selalu buat agar-agar merah ini dan masukkannya dalam pelbagai acuan comel. Berebut-rebut makan hehe. Tapi agar-agar santan sirap ros lagi sedap.

Agar-agar santan sirap ros
Baru-baru ini, kenduri doa selamat telah diadakan di rumah Mai. Sehari sebelum majlis, beberapa pencuci mulut telah disenaraikan. Akhirnya, agar-agar sirap ros dipilih. Tapi jemu juga asyik rasa jenis yang biasa je, nak juga merasa kelainan sedikit daripadanya. Mai terfikir... sedap juga kalau buat agar-agar santan sirap ros

Apa lagi, Mai terus buat carian resepi agar-agar santan sirap ros di Google. Alhamdulillah dapat satu resepi ini beserta tips membuatnya sekali. Mudah sangat. Bahan-bahan yang diperlukan juga memang sedia ada di rumah. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan agar-agar santan gula merah yang Mai pernah buat sebelum ini

Mai suka buat agar-agar santan ini sebab rasanya yang unik, menarik dan mudah disediakan. Satu adunan boleh terbentuk dua lapisan. Kiranya tak perlu bancuh adunan lain untuk dapatkan dua lapisan berbeza. Lapisan santan akan naik apabila disejukkan dan lapisan agar-agar kosong berada di bawah.

Jom mula buat agar-agar santan sirap ros..


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSBY: Naz @ ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) *
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap ros atau beberapa titis pewarna pink dan perisa ros
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


* Boleh guna santan kotak

* Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, boleh kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.


Cara-cara membuatnya:

1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut

2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap ros. Masukkan juga simpulan daun pandan.



3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

TIPS PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Kemudian tutup api.

Kelihatan adunan santan naik putih-putihnya
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. Nanti akan terbentuk dua lapisan, lapisan atas santan dan lapisan bawah agar-agar merah


Mudah saja kan cara membuat agar-agar santan sirap ros. Kalau nak dapatkan dua lapisan cantik, memang kena ikut tips yang diberikan. Mai memilih cara dengan membiarkan adunan menggelegak seketika lebih kurang 1-2 minit atas api sederhana. Memang menjadi.



Ikut saja resepi dan tips penting yang dikongsikan. Tapi jangan risau, kalau tidak menjadi dua lapisan pun.. tetap masih boleh dimakan kan hehe. 
Selamat mencuba ;)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/11/agar-agar-santan-sirap-ros-sedap-mudah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Resipi Roti Ringkas Sedap Boleh Buat Sendiri Sedap Mudah

3 Resipi Roti Ringkas Sedap Boleh Buat Sendiri Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 412 hits
Kalau anak anak korang suka sarapan dengan roti korang mesti cuba resipi yang ringkas dan senang ni kalau ada mesin pembuat roti lagi senang Pejam je mata gerenti jadi ye Apapun tiga menu roti yang dikongsikan ini sangat sedap dan shat Ia b...
Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan

Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 4158 hits
Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan Aku memang suka air yang bersifat masam manis buah Minuman yang bersusu kurang sikit Kalau pergi pasar malam dan nampak air soda gembira mesti rasa tertarik Atau ...
Resepi Bebola Ubi Kopong Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Bebola Ubi Kopong Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1735 hits
Masa seminggu duduk di kampung bulan lepas kakak saya sempat la buat Bebola Ubi Kopong ni Resepinya diambil di Facebook Saya sendiri pun tak pernah makan kuih ni Bebola Ubi Kopong ni dibuat menggunakan ubi keledek Hari tu kakak saya pergi p...
Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 398 hits
Allow selamat pagi sesi kali ini akan membahas tentang cara agar efektif belajar Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis simak selengkapnya Cara belajar berhasil dengan Quipper Video andaikata di rumah rutin belajar tapi s...
4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah Sedap

4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 475 hits
Seafood Frozen atau makanan lauk sejuk beku semakin mendapat permintaan tinggi kerana ia terjamin bersih dan mudah disediakan Sesuai sangat untuk suami isteri yang sibuk dikejar masa Dengan menyimpan stok produk seafood frozen anda tidak pe...
Cara Buat Tuna Eggroll Wanpaku Wraps Yang Mudah Sedap

Cara Buat Tuna Eggroll Wanpaku Wraps Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 1013 hits
Sedapnya Wanpaku Wraps ni Maklumlah sekarang kan sedang hangat viral mengenai Wanpaku Sando Ia merupakan sejenis sandwic stail terbaru dari Jepun yang sedang jadi kegilaan ramai di seluruh dunia Bagi anda yang dah cuba buat Wanpaku Sando bo...
Cara Mudah Buat Sos Kerabu Maggi Thai Paling Sedap

Cara Mudah Buat Sos Kerabu Maggi Thai Paling Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1048 hits
CARA MUDAH BUAT SOS KERABU MAGGI THAI PALING SEDAP Kerabu maggi ni dah sinonim dekat kedai kedai tomyam yang ada di serata Malaysia ni Sedap atau tidak bergantung kepada cara pembuatannya Jika pembuatannya bagus maka kerabu yang dihasilkan ...
Parpu Telur Bebola Daging Sos Dhal Sedap Mudah Murah

Parpu Telur Bebola Daging Sos Dhal Sedap Mudah Murah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 511 hits
Kacang dhal mempunyai pelbagai khasiat kesihatan apa kata korang cuba dua menu yang menggunakan kacang dhal ini Parpu Telur dan Bebola Dahing Sos Dhal dua duanya senang disediakan sedap dan boleh dimakan dengan nasi roti canai capati mahupu...
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 480 hits
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt Seminggu yang lepas adik mommy teringin nak makan ikan siakap masak 3 rasa yang paling sedap Kemudian adik mommy tadi pergi ke pasar dan membeli beberapa ekor i...
Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

Kelebihan Mewarna Terapi Kreatif Untuk Kepuasan Dan Kesejahteraan Emosi

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote

Enam Cara Untuk Mencegah Ketagihan Vape Dan Dadah Dikalangan Murid Sekolah

Hafiz Suip Biodata Kerjaya Keluarga Kes Penceraian

Inventory And Supply Chain Matters


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Kepentingan Pembungkusan Yang Efektif Untuk Makanan Beku

Kenapa Manusia Susah Nak Berubah

Pasar Tani Baling

Keputihan Normal Ke Tak Kaum Wanita Kena Faham Betul Betul Ni

Kes Bunuh Remaja Polis Tumpu Aspek Selisih Faham Ambil Dadah Berlebihan

Ganggu Jemaah Pengurusan Masjid Santuni Ibu Bapa Lelaki Alami Masalah Mental Esok