Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap


Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap.
Assalamualaikum wbt,
Seminggu yang lepas, adik mommy teringin nak makan ikan siakap masak 3 rasa yang paling sedap. Kemudian, adik mommy tadi pergi ke pasar dan membeli beberapa ekor ikan siakap untuk dimasak 3 rasa. Katanya, dia nak masak sendiri jadi mommy membiarkan sahaja. Tiba-tiba, mak panggil mommy suruh masak ikan siakap 3 rasa sebab katanya dia nak bersiap-siap nak balik Johor

Aduh, mommy terus ke dapur dan dalam masa yang sama capai telefon dan terus menggooglekan diri mencari resepi ikan siakap masak 3 rasa yang sangat mudah, sedap dan bahan tak banyak. Sekali cari, terus keluar resepi kak azie di sini, simple sahaja resepinya dan bahan-bahan pun tak guna banyak sangat. Semuanya dah ada dalam peti ais, maklumlah si pembeli ikan hanya beli ikan semata sahaja

Masak sendiri lebih puas hati, kerana kita boleh makan banyak dan berkali-kali. Betul kan?Jika dikedai seekor ikan siakap yang besar di masak 3 rasa, harganya pasti mencecah rm50 dan ke atas. Walhal, jika dimasak sendiri ikan siakap seekor baru sahaja berharga rm18-rm20. Masak sendiri pastinya lebih jimat dan puas hati

Ok, jom kita teruskan ke bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ikan siakap masak 3 rasa yang sangat mudah dan sedap. Memandangkan ada beberapa bahan yang kak azie guna, mommy tidak ada jadi kita masak apa yang ada sahaja. Alhamdulillah, rasanya sedap dan habis ikan diratah kami sekeluarga. Cuma, presentation mommy kurang sikit la. hihi
Bahagian ekor ikan siakap masak 3 rasa mudah dan sedap
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Oleh Mommy Wawa

Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - dikelar atau dipotong 2 macam mommy buat dan lumur dengan garam kunyit
Tepung jagung / tepung gandum - dilumur pada ikan
Minyak - digunakan untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - diketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil (mommy kurangkan 2 sebab tak mahu pedas)
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - diketuk

Bahan Sos:
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
sedikit minyak bijan - optional
2 sudu besar Jus limau nipis

Bahan-bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu1 biji tomato - dipotong dadu (mommy buang biji)1/2 biji cili benggala - dipotong dadu (mommy tak letak)Kiub nenas dalam tin - optional (mommy tak letak)3-4 helai daun limau purut - buang tulang (mommy tak letak)Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumisGaram secukup rasaGula secukup rasaSecukup rasa
Cara-cara Memasak Ikan Siakap Masak 3 Rasa:Ikan dibersihkan dan ditoskan sebentar. Lumurkan garam dan kunyit. Lumurkan pula ikan dengan tepung gandum (mommy guna tepung gandum sebab tepung jagung tak ada), lumurkan sekali ke dalam bahagian dalam perut. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Pastikan ikan digoreng menggunakan minyak yang banyak

Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan penumis iaitu bawang putih, cili, halia dan serai. Tumis sehingga bawang kekuningan

Setelah bawang kekuningan, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan jus limau. Kacau sebentar
Akhir sekali, dimasukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu. Masukkan garam, gula dan secukup rasa, sesuaikan rasa mengikut selera anda. Mommy masukkan 1 sudu garam kecil dan 1 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil secukup rasa. Masukkan sedikit air, jika ingin kuah yang banjir masukkan air yang lebih supaya ia lebih nampak berkuah

Hidangkan dan taburkan daun bawang dan sup diatas ikan sebagai hiasan
Bahagian kepala ikan siakap masak 3 rasa
Selamat Mencuba Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa yang sangat mudah dan sedap walaupun bahan dirumah anda tidak cukup


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2019/11/resepi-ikan-siakap-masak-3-rasa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 1420 hits
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya Cubalah Anda pasti suka akan rasanya CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAM...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 1601 hits
Hi semua Saya nak share satu resepi mudah senang nak masak which is ikan tenggiri masak lemak cili api Ok basically ikan apa pun boleh je guna ikut citarasa masing masing kan Tenggiri block ni mak saya belikan 2 block sebab nampak segar san...
Resepi Apam Sedap Dan Mudah

Resepi Apam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 522 hits
RESEPI APAM SEDAP DAN MUDAH Tak pernah buat lagi resepi apam yang ni kalau yang guna nasi tu TB dah pernah buat Apam nasi Menjadi nak tengok resepi tengok kat sini Haaa lepas ni nak try resepi ni pulak nak kumpul resepi banyak banyak untuk ...
Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 541 hits
RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP TB pernah makan Kek Cheese ni MasyaAllahhh sedapnya alahai lembut gebusss lemak berkrim tapi nak buat sendiri peralatan pulak tak cukup TB takde oven huhu takpe tepek resepi sini dulu ek KEK CHEESEBAHAN BAH...
Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1067 hits
RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan bahan pun tak cukup TB tak buat pun lagi banyaknya alasan kan hahahha ok suatu hari pasti TB buat sebab dah ada...
Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 593 hits
RESEPI BROWNIES KEDUT SEDAP DAN MUDAH BROWNIES KEDUT MUDAHBahan bahan 400gm coklat masakan 150gm butter 100gm tepung naik sendiri 100gm gula castor 100gm gula perang 30gm serbuk koko 1 sudu kecil esen vanila 4 biji telur gred ACara membuat ...
Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Paling Mudah

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Paling Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 906 hits
Jarang jarang sungguh dapat membelai blog kesayangan ni Bukan tak ada cerita nak update cuma masa sangat jeles Almaklum la bila ada baby ni sangat sangat terhad masa terluang Cuma sempat membawang holand kat FB jer katanya hahahaha Di kesem...
Ardell Masak Sedap Sangat Nadzmi Tak Dapat Nak Tahan Lagi

Ardell Masak Sedap Sangat Nadzmi Tak Dapat Nak Tahan Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 358 hits
Wow Banyak ya naik baru 2 bulan weh Ohmedia cakap pasal berat badan pelakon Nadzmi Adhwa yang menceritakan yang berat badannya telah naik 15kg gara gara isteri hebat memasak Walaupun baru 2 bulan bersama Ardell Aryana dah naik seberat tu Be...
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 938 hits
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit RambaiHari ni masak sayur lemak kulit buah rambai sapa tahu ni suka kita geng memang rezeki betul pegi mall jumpa buah rambai ni terus beli tak fikir apa dah suke sangat2sis makan kulit ta...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik