Resepi Bebola Ubi Kopong Yang Sedap Dan Mudah


Masa seminggu duduk di kampung bulan lepas kakak saya sempat la buat Bebola Ubi Kopong ni. Resepinya diambil di Facebook. Saya sendiri pun tak pernah makan kuih ni.

Bebola Ubi Kopong ni dibuat menggunakan ubi keledek. Hari tu kakak saya pergi pasar dibawa balik satu plastik besar Ubi Kledek. Ingat kan nak buat apa la Ubi Keledek Banyak-banyak ni. Rupanya nak buat Bebola Ubi Kopong.



Yang selebihnya dia buat Kuih Keria. Kuih Keria tu nanti saya kongsikan resepinya dalam entry lain. Rajion betul la dia ni memasak. Tapi yang bestnya selepas dia buat Bebola Ubi Kopong ni baru lah saya tahu yang Mikhail suka betul makan kuih-kuih yang dibuat dari ubi Keledek.

Nampaknya lepas ni nak beli Ubi Kledek banyak-banyak la. Jamu ubi keledek hari-hari biar semua kadi kaut kentut. Hahha. Makan ubi Keledek ni nanti kuat kentut tau.

Bebola Ubi Kopong ni ada teknik tertentu untuk membuatnya. Selepas digoreng, bila kita koyak bebola ni akan ada ruang besar dalam bebola ubi ni.Sebab tu namanya kopong. Kalau buat tak de kopong tu maknanya tak jadi lah bebola Ubi ni.




Saya pun tak sempat nak ambik gambar kuih ni bila di koyak bahagian dalam nya. Biasalah..bila nampak benda makan tak de dah ingat nak ambik gambar ke apa. Menurut dari sumber asal resepi ini, kuih ni sangat popular di Thailand dan Indonesia.

Rasanya tawar dan agak kenyal.Sebab tu ianya sangat sesuai dimakan dengan taburan gula icing dan serbuk milo. Nak makan dengan nutella pun sesuai sangat.

Untuk mendapatkan kopong pada bahagian dalam kuih ni teknik menggoreng perlu lah betul.Selepas bebola sudah kekuningan gunakan belakang sudip atau senduk untuk menekan-nekan bebola. Tekan dan semua bebola sambil melayang-layangkan belakang sudip atau senduk. Jangan buat macam masak nasi goreng pulak ye.

Dihujung resepi  ni saya sertakan video dari pemilik asal resepi lebih mudah nanti untuk korang cuba.

Jom tengok resepi Bebola Ubi Kopong.



Bahan-bahan:

500g Ubi Keledek yang warna oren
1 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar gula halus

Minyak untuk menggoreng

topping:
serbuk milo
gula icing
nutella.

Cara-Caranya:

1. Rebus ubi keledek sampai lembut. Kemudian lenyek ubi sampai tak de ketulan.kalau boleh dapatkan Ubi tu sampai jadi 2 cawan.

2. Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati dan lembut.

3. Bulat-bulatkan adunan jadi bebola kecil.

4. Masuk kan minyak dalam kuali dan tak payah tunggu minyak panas terus masuk kan bebola ke dalam kuali. Guna api sederhana.


ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

5. Bila minyak dah panas dan menggoreng, gunakan belakang sudip atau senduk dengan cara melayang-layangkan nya.

6. Bila bebola ubi dah kekuningan , kita tekan-tekan bebola ubi dengan belakang sudip tu. Boleh teklan kuat2 sebab nanti beola ubi tu akan bulat kembali.

7.Teruskan tekan dan melayang-layangkan belakang sudip sampai la bebola ubi masak dan warnanya garing. Kemudian boleh la diangkat dan dihinagkan dengan serbuk milo atau pun gula Icing. nak makan dengan coklat ganache atau nutela pun boleh..

Dibawah ni saya kongsikan video dari pemilik asal resepi ni. Selamat Mencuba.



Sumber resepi: Fb Adikfoods




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2019/11/resepi-bebola-ubi-kopong-yang-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Bubur Cha Cha Yang Mudah Sedap Jom Buat

Resepi Bubur Cha Cha Yang Mudah Sedap Jom Buat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 556 hits
Resepi Bubur Cha Cha Yang Mudah Sedap Jom Buat Resepi bubur cha cha memang menjadi kegemaran selain bubur kacang hijau Paling best makan semasa bulan puasa sebab waktu tu je ramai orang jual Hari biasa agak susah sikit nak jumpa Sebab itu j...
Cara Mudah Memilih Buah Kelapa Yang Air Dan Isinya Sedap

Cara Mudah Memilih Buah Kelapa Yang Air Dan Isinya Sedap

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 2051 hits
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan Dapat pulak hirup isinya sekali memang puas rasanya Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga Cara Mudah Memilih Buah Kelapa Yang Air Dan Isinya SedapCredit Pic SUMBERTapi ...
Resepi Serawa Ubi Bersagu

Resepi Serawa Ubi Bersagu

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 304 hits
Assalamualaikum hai semua Hari tu tetiba teringin pula Kak Sue nak makan Serawa Ubi Bersagu Rasanya belum pernah lagi Kak Sue cuba resepi Serawa Ubi Bersagu nie jadi Kak Sue masak main ikut cara Kak Sue aja lah Nasib lah menjadi Abang Man p...
9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka Pasti Menggiurkan Tekak

9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka Pasti Menggiurkan Tekak

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 947 hits
Kuih talam adalah antara resepi turun temurun orang Melayu yang sentiasa mendapat perhatian orang ramai dengan citarasanya yang sedap Di sini aku nak simpan resepi aneka kuaih talam yang sedap untuk lebih senang aku mencarinya apabila di pe...
Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Lembut Bergedik Paling Mudah

Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Lembut Bergedik Paling Mudah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 568 hits
Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Kuih kaswi atau kuih kasui ni kegemaran saya sekeluarga Nak beli banyak kos boleh tahan Beli sikit tak puas makan So belajar buat sendiri Saya jenis tak berapa rajin nak timbang timbang Kalau boleh semua nak ...
Resepi Dimsum Ekspres Simple Amp Sedap Confirm Jadi Confirm Halal

Resepi Dimsum Ekspres Simple Amp Sedap Confirm Jadi Confirm Halal

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 564 hits
Bagi yang suka masakan Cina mesti dimsum ni salah satu favourite anda Ia sebenarnya merupakan sejenis kuih muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayuran atau makanan laut Biasanya kita boleh tengok dekat kedai ianya dikukus dalam b...
Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan

Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 4158 hits
Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan Aku memang suka air yang bersifat masam manis buah Minuman yang bersusu kurang sikit Kalau pergi pasar malam dan nampak air soda gembira mesti rasa tertarik Atau ...
4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah Sedap

4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 475 hits
Seafood Frozen atau makanan lauk sejuk beku semakin mendapat permintaan tinggi kerana ia terjamin bersih dan mudah disediakan Sesuai sangat untuk suami isteri yang sibuk dikejar masa Dengan menyimpan stok produk seafood frozen anda tidak pe...
Resepi Bubur Nasi Bersantan Simple Dan Sedap

Resepi Bubur Nasi Bersantan Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 4731 hits
Resepi Bubur Nasi Bersantan Simple Dan Sedap Senang je nak masak bubur nasi bersantan ni sama je macam masak bubur nasi yg biasa tu Meh kita tengok tgk step step nak membuatnya Bahan bahan 1 cawan beras kiub pati ayam 1 cawan santan santan ...
Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

Kelebihan Mewarna Terapi Kreatif Untuk Kepuasan Dan Kesejahteraan Emosi

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote

Enam Cara Untuk Mencegah Ketagihan Vape Dan Dadah Dikalangan Murid Sekolah

Hafiz Suip Biodata Kerjaya Keluarga Kes Penceraian

Inventory And Supply Chain Matters


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Kepentingan Pembungkusan Yang Efektif Untuk Makanan Beku

Kenapa Manusia Susah Nak Berubah

Pasar Tani Baling

Keputihan Normal Ke Tak Kaum Wanita Kena Faham Betul Betul Ni

Kes Bunuh Remaja Polis Tumpu Aspek Selisih Faham Ambil Dadah Berlebihan

Ganggu Jemaah Pengurusan Masjid Santuni Ibu Bapa Lelaki Alami Masalah Mental Esok