After Sales Atau Servicing
Hari ni saya nak share tentang after sales atau dipanggil servicing. After sales ini merupakan satu aktiviti yang penting dalam perniagaan.
Selepas pelanggan beli dari kita, ada lagi task yang perlu kita buat iaitu after sales atau servicing. After sales ini sangat penting untuk memastikan pelanggan terus membeli dari kita.
Aktiviti kita tidak terhenti setakat pelanggan membeli sahaja. Tetapi ianya berterusan sepanjang kita berniaga.
Setiap kali kita buat jualan, kita bukan jual produk. Tetapi kita beli pelanggan. Jika kita jaga betul-betul pelanggan kita, apa saja tawaran kita akan mudah diterima oleh pelanggan.
Okay jadi saya kongsikan step yang perlu dibuat selepas pelanggan beli dari kita
#1 Beri no tracking
Sangat penting beri no tracking supaya pelanggan tak tertanya-tanya status penghantaran.
#2 Semak penghantaran
Selepas 2-3 hari semak adakah penghantaran telah berjaya. Tanya bakal pelanggan tentang kualiti dan kuantiti produk yang diterima.
#3 Minta testimoni
Selepas seminggu mints testimoni selepas pelanggan menggunakan produk kita. Apakah kepuasan pelanggan terhadap produk kita.
#4 Bina hubungan
Follow FB atau apa sahaja media sosial pelanggan. Sebulan sekali engage dengan pelanggan. Cukup dengan buat engagement seperti like atau komen ringkas.
#5 Beri content
Kongsi content menarik dengan pelanggan berkaitan dengan produk kita. Contoh jika jual makanan, boleh share resepi di e-mail atau FB page.
Penutup
Ok itu 5 step yang boleh kita buat after sales. Mungkin ada banyak lagi, boleh tambah di komen?
Jika kita jaga betul-betul pelanggan, bisnes kita akan terus berkembang. Sebab pelanggan dah kenal dan percaya kepada kita.
Walaupun produk kita adalah produk yang bukan repeat sales seperti sofa atau katil, jika kita ada hubungan baik dengan pelanggan, kita boleh tawarkan produk lain yang bersesuaian dengan keperluan atau kehendak mereka.
Baik itu je sharing kali ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rafiqhasrudin.com/after-sales-atau-servicing/