Husam Musa Loji Mini Kutip Komisyen Atau Selesai Masalah Air
LOJI MINI : Kutip Komisyen atau Selesai Masalah Air?
LOJI MINI pula.1. Mula-mula kita lihat jumlah belanja bina LOJI MINI Aksb. Projek baru ni.Laporan media pada 6 Mei 2020, Pengurus Besar AKSB, Dato’ Dr Ir Azuhan Mohamed memberitahu - sebanyak RM 40 juta diuntukkan untuk membina TUJUH LOJI MINI."Menurutnya loji mini tersebut akan dibina di Teluk Mesira, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Kedai Buloh, Meranti Baru dan Ketereh". "Kita ada 18 loji rawatan air mini, tujuh daripadanya akan dibina melibatkan peruntukan RM30 juta dan kerajaan negeri tambah RM10 juta menjadi jumlah keseluruhan RM40 juta". (Ini petikan langsung dari berita dengan link di bawah. Takut-takut SUP MB tak faham apa saya tulis, seperti terbayang dari respon beliau kelmarin, pada tulisan saya terdahulu).harakahdaily.net › 2020/05/06 › aksb-bina-18-loji-air-miniAKSB bina 18 loji air mini - HarakahDailyTidak dinyatakan berapakah tiap satu kos LOJI MINI itu.Pada 7 Mac 2022 pula, YB Datuk Azami, Exco Air dan Pengerusi Aksb memberitahu media : sebanyak RM 49 juta diuntukkan untuk membina LAPAN LOJI MINI."Lapan lokasi loji mini tersebut adalah di Teluk Mesira, Ketereh, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Meranti, Kedai Buloh dan Telong". (Ini adalah petikan dari kata-kata YB Azami, dalam berita dengan link di bawah).www.manis.fm › bina-8-loji-mini-baik-pulih-proses-rawatan-airBina 8 Loji Mini, Baik Pulih Proses Rawatan Air – ManisfmBerdasarkan dua kenyataan media oleh dua Orang Besar Aksb ini, senarai LOJI MINI ini adalah sama untuk TUJUH BUAH.Sebuah LOJI MINI baru yg diumum oleh YB Exco Air yg tak ada dalam senarai diumum Pengurus Besar Aksb hanya LOJI MINI TELONG.Bilangan LOJI MINI bertambah satu dan peruntukan bertambah RM 9 juta.ADAKAH KOSNYA NAIK ATAU DINAIKKAN?Kalau naik, apa sebab naik?Kalau dinaikkan, kita faham la sebabnya.Salahkah kalau Aksb bersikap telus memberitahu Rakyat Kelantan kenapa berlaku perbezaan harga itu?2. Tapi itu bukan tujuan utama posting saya kali ini.Tujuan utama hari ini ada tiga. Satu, adakah pelantikan kontraktor dibuat secara tender terbuka? Atau TENDER RUNDING?Kedua, apa syarat kelayakan bagi kontraktor yg nak dilantik?Ketiga, apa hasil pembinaan LOJI MINI itu?Jangan LOJI SIAP, AIR TAK ADA - macam Loji Kg Telok menelan belanja RM 48.3 juta.3. Bila dilakukan secara tender runding, apa jaminan kontraktor paling layak yg dipilih?Nepotisma boleh berlaku. Macam-macam boleh berlaku, termasuk pengaturan rasuah.Saya difahamkan salah satu LOJI MINI ini diberikan kepada sebuah syarikat yg tidak ada pengalaman membina LOJI RAWATAN AIR sebelum ini.Bidang perniagaan utamanya adalah membuat alat pencuci.Ikut syarat kontrak, kontaktor ini sepatutnya siapkan LOJI MINI ini pada April 2021, iaitu setahun yg lalu.Ikut laporan, sehingga sekarang ia belum disiapkan.Sedangkan satu lagi LOJI MINI di Ketereh yg diberikan pada kontraktor lain dan patut disiapkan pada September 2021, telah pun siap.Eloklah Aksb keluarkan penjelasan tentang kelayakan tiap-tiap satu kontraktor yg dilantik.4. Semakan sepintas saya ke atas EMPAT LOJI MINI yg sudah diluluskan, kos purata mengikut kapasiti pengeluaran bagi setiap satu juta liter air sehari adalah tidak sama.Paling murah adalah kos untuk LOJI MINI TELUK MESIRA - RM 1.25 bagi setiap liter air sehari.Paling mahal adalah kos untuk LOJI MINI MERANTI - RM 1.7 bagi setiap liter air sehari.LOJI MINI MERANTI adalah paling terbaru diluluskan. Kosnya adalah sebanyak RM 10.2 juta untuk kapasiti sebanyak 6 juta liter air sehari.Berbanding kos telaga besar Kg Telok, KOS PURATA LOJI MINI MERANTI LEBIH MAHAL SEDIKIT.5. Saya tak pasti apa syarat SPAN untuk operator air seperti Aksb dalam hal ini.Adakah Span mengizinkan amalan tender runding?Span mungkin boleh memberikan penjelasan.6. Sekarang kita masuk kepada apa hasil dari pembinaan loji-loji mini tersebut.Sebelum itu, Aksb ada membuat kajian feasibiliti sebelum projek LOJI MINI ini dicadangkan?Difahamkan LOJI MINI KETEREH yg telah pun siap pembinaannya tidak menambah apa-apa?Baik kuantiti mahu pun kualiti kepada bekalan air Aksb?Laporan Aksb tertulis begini : "MASIH DALAM PEMANTAUAN AKSB BERKAITAN KESAN KEPADA PENCAPAIAN KUALITI DAN KUANTITI".Betulkah? Penjelasan telus di alu kan.Jangan sekali lagi, projek siap. Duit habis. Hasil kosong?7. LOJI MINI TELUK MESIRA pula - isunya lebih menarik. Staf Aksb sangat bimbang air yg disedut nanti berbau masam. Sejak dulu, air bawah tanah di Bacok disahkan berbau dan kandungan logamnya sangat tinggi. Menjadikan kos rawatan sangat tinggi. Dulu-dulu pun dah ada telaga dan tangki berkenaan, termasuk di Jelawat yg telah ditutup.Ada kemungkinan, bila LOJI MINI TELUK MESIRA siap, air tetap tidak dapat dibekalkan kerana mutu airnya tidak memenuhi piawai.Sama-sama lah kita tengok nanti.Takut-takut terjadi seperti Loji Kg Telok. Kisahnya gah sebelum siap. Bila siap, ramai menikus.Belanja baru mungkin kena dikeluarkan untuk bayar kontraktor baru atasi masalah kuantiti dan kualiti air. Walau pun projek dah siap.Jadi macam baju raya yg sama, kena upah dua tukang jahit baru boleh siap. Tapi tak tentu boleh pakai.8. Itu belum masuk kira kos penyelenggaraan LOJI MINI yg akan membebankan.Mampukah Aksb menanggungnya dalam jangka panjang?Atau projek-projek ini lebih berupa projek untuk kutip komisyen? (Kalau ia gagal mencapai hasil membekalkan air pada Rakyat dan kosnya lebih mahal).Penjelasan masuk akal boleh menghapuskan keraguan. Ketelusan boleh menghasilkan hasil yg diharapkan.Husam Musa9 Syawwal 1443H10 Mei 2022#SaveKelantan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/05/husam-musa-loji-mini-kutip-komisyen.html