Malu Dituduh Tidak Subur Atau Lemah Tenaga Batin


Malu dituduh tidak subur atau lemah tenaga batin? PERJALANAN dalam mengharungi masalah ketidaksuburan memerlukan pasangan itu sama ada lelaki atau wanita untuk menempuhi segala rintangan berdua.


Ini termasuk dari awal semasa peringkat saringan untuk mengetahui masalah yang berkaitan dengan punca ketidaksuburan.




Menurut Dr Lindy Bak Li Mei, Perunding Sakit Puan, isu punca ketidaksuburan boleh dikatakan disebabkan oleh wanita, lelaki, kedua-dua pasangan atau tiada punca yang jelas.


Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang obstetrik dan pakar sakit puan termasuk di Hospital Miri, Sarawak.
Malu dituduh tidak subur atau lemah tenaga batin?Oleh itu, adalah amat penting untuk suami menjalani pemeriksaan bagi menentukan kuantiti dan kualiti sperma.


Kajian terkini menunjukkan kualiti sperma pasangan lelaki semakin menurun di seluruh dunia.


Malahan, dalam kalangan negara Asia seperti China, India dan Jepun turut merekodkan penurunan kualiti sperma.


Malaysia turut tidak terkecuali di mana daripada tahun 2010 hingga 2019 didapati sebanyak 60 peratus ujian air mani menunjukkan sperma tidak normal.


"Walaupun keputusan ujian air mani tidak normal, ia tidak sama sekali merujuk kepada prestasi lelaki semasa persetubuhan, fizikal badan ataupun keperibadian suami tersebut," ujar Dr. Lindy.


Namun begitu, stigma yang berkait dengan ketidaksuburan dan masalah sperma boleh menyebabkan lelaki berdepan isu kemurungan atau ada yang merasa tercabar hingga mengguggat perhubungan suami isteri.


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki dan perubahan gaya hidup yang baik serta pemantauan daripada pakar perubatan dapat membantu dalam merealisasikan impian membina sebuah keluarga.


Punca ketidaksuburan lelaki


1. Gaya hidup


Gaya hidup termasuk pemakanan yang tidak seimbang dan sihat seperti daging proses, minuman berkarbonat serta makanan ringan akan menurunkan kualiti dan jumlah sperma yang dihasilkan.


Selain itu stres, pengambilan alkohol, dadah atau kafein juga mempengaruhi kesuburan lelaki.


2. Obesiti


Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mengalami paras testosteron 24 peratus lebih rendah berbanding lelaki biasa, manakala lelaki obes mempunyai tahap 26 peratus lebih rendah testosteron.


Kemungkinan ketidaksuburan lelaki meningkat sebanyak 10 peratus untuk setiap sembilan kilogram peningkatan berat badan berlebihan seorang lelaki.


Oleh itu, penting untuk menurunkan berat badan bersesuaian dengan indeks jisim tubuh (BMI) sekitar 18.5 hingga 22.9.


3. Seluar ketat


Kajian menunjukkan lelaki yang sering memakai seluar longgar mempunyai jumlah sperma dan kepekatan tinggi berbanding memakai seluar ketat.


Kajian terdahulu memberi petunjuk bahawa peningkatan haba sekitar skrotum memberi impak negatif kepada testis untuk berfungsi dengan baik.


Oleh itu, elakkan daripada memakai seluar ketat semata-mata untuk kelihatan trendi.


4. Persekitaran dan pekerjaan


Pekerjaan yang terdedah kepada suhu atau persekitaran yang panas turut mempengaruhi pengeluaran kuantiti dan kualiti sperma.


Sebagai contoh, pelumba basikal berkemungkinan terdedah kepada peningkatan haba yang sudah boleh memberi kesan kepada asid deoksiribonukleik (DNA) dan membran sperma.


Pekerjaan yang memerlukan duduk lama di suatu tempat juga akan beri kesan apabila haba di tempat duduk menjejaskan pembentukan sperma.


Aktiviti seperti sauna, jakuzi dan juga mandi dengan air panas boleh meningkatkan lagi kesan oksidatif terhadap sperma.


5. Radiasi


Pendedahan elektromagnet radiasi daripada telefon bimbit yang diletakkan di dalam kocek seluar memberi kesan kepada kesuburan lelaki kerana kajian mendapati sperma yang dihasilkan mempunyai kualiti rendah.


6. Jangkitan kuman atau beguk


Jangkitan kuman di testis boleh menyebabkan ketidaksuburan bagi lelaki, terutamanya penyakit beguk.


Beguk yang disebabkan virus Paramyxovirus, biasanya melibatkan kalenjar parotid tetapi boleh merebak ke bahagian testis.


Ini akan mengganggu kualiti sperma dan mempunyai risiko kecil untuk kesan jangka masa panjang.


7. Ketidaksempurnaan sistem reproduktif lelaki


a. Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) di mana sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani lalu menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma apabila dianalisis.


b. Air mani tidak dapat dikeluarkan disebabkan oleh vas deferens tersumbat dan mengalir balik ke dalam pundi kencing.


c. Paras hormon testosteron rendah akan menyebabkan lelaki ejakulasi pramatang dan lemah libido.


d. Salur darah pada testis timbul boleh mengakibatkan aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epidimis dan mengurangkan jumlah sperma.


8. Usia


Usia turut mempengaruhi kualiti dan kuantiti sperma seseorang individu.


Sebagai contoh, lelaki berumur lebih daripada 45 tahun mengambil masa lima kali lebih lama untuk menghamilkan wanita berbanding lelaki berusia bawah 25 tahun.


Kadar keguguran juga adalah lebih tinggi sekiranya pasangan wanita berjaya hamil dengan lelaki yang sudah berusia.


Pemantauan rapi daripada doktor diperlukan agar risiko keguguran dapat dikurangkan.


Penambahan usia juga mungkin mengundang penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung di mana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan.


Bagi pasangan lelaki, kualiti dan kuantiti sperma amat penting agar persenyawaan dengan telur isteri boleh berlaku untuk membentuk menjadi embrio atau janin.


Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti dan kuantiti sperma yang baik?


Mengikut piawaian daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2010, analisa normal untuk sperma merangkumi aspek:


a. Isipadu air mani antara 1.5 hingga 5 ml


b. Kuantiti sperma antara 39 hingga 928 juta


c. Pergerakan sperma (motility) 32 hingga 81peratus


d. Bilangan sperma berbentuk normal (morphology) 4 hingga 48 peratus


Semua faktor di atas akan diambil kira ketika melakukan analisis ke atas air mani dan jika ada diantara isu tersebut berada kurang daripada garis panduan tersebut, pemeriksaan lanjutan daripada pakar diperlukan agar dapat ditangani sebaik mungkin.


Bergantung kepada hasil pemeriksaan lanjut, antara rawatan yang mungkin disarankan oleh doktor adalah seperti pembedahan, antibiotik, ubat-ubatan mengatasi masalah ejakulasi pramatang atau ereksi, rawatan hormon dan makanan tambahan seperti vitamin.


Doktor juga mungkin akan menyarankan kedua-dua pasangan untuk mencuba kaedah rawatan kesuburan iaitu:


a. Intrauterine Insemination (IUI) atau permanian berhadas


b. In Vitro Fertilization (IVF) atau bayi tabung uji


c. IVF dengan bantuan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)


Bagi mereka dengan bacaan BMI melebihi 30, lebih banyak ubat-ubatan diperlukan untuk membantu pesakit dalam menangani isu kesuburan dan kadar kejayaan kehamilan juga sukar untuk dijangkakan.


Sedikit penurunan bacaan BMI memberikan impak yang besar kepada tubuh dan kecenderungan untuk hamil sama ada secara semula jadi atau menerusi rawatan kesuburan adalah lebih baik.


Jikalau keputusan ujian mani anda tidak berada di paras yang memuaskan, berbincang dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat untuk rawatan dan cadangan perubahan cara hidup supaya dapat meningkatkan lagi peluang untuk mendapat zuriat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2022/05/malu-dituduh-tidak-subur-atau-lemah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan

Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 257 hits
Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuas...
Cara Merawat Tenaga Batin Lemah

Cara Merawat Tenaga Batin Lemah

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 264 hits
Cara merawat tenaga batin lemah BRO engkau mati pucuk ke Itu gurauan sinis rakan rakan kepada lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan zuriat Bagi lelaki yang berhati kebal pastinya kalis dengan sindiran berkenaan ...
Lemah Tenaga Batin Apa Yang Anda Perlu Buat

Lemah Tenaga Batin Apa Yang Anda Perlu Buat

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 546 hits
Lemah Tenaga Batin Apa yang Anda Perlu Buat Anda sebagai suami jangan tewas di ranjang setiap kali bersama isteri Mungkin anda perlu mengambil untuk lelaki bagi menyelesaikan masalah ini Ini kenyataan yang sangat membimbangkan di mana lelak...
Telemovie Menantu Atau Isteri Untuk Abah Lakonan Nasir Bilal Khan Fattah Amin

Telemovie Menantu Atau Isteri Untuk Abah Lakonan Nasir Bilal Khan Fattah Amin

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 256 hits
Tonton telefilem Menantu Atau Isteri Untuk Abah pada 2 Syawal ini pukul 10 pagi di Astro Ria JUDUL Menantu Atau Isteri Untuk Abah menantuatauisteriabahWaktu Siaran Selasa 3 Mei 2022 10 00 pagi Rangkaian Astro Ria Astro GoPengarah Rashid Sib...
Cara Untuk Amp Quot Highlight Amp Quot Atau Amp Quot Blur Amp Quot Kan Sebahagian Pada Gambar Menggunakan Power Point

Cara Untuk Amp Quot Highlight Amp Quot Atau Amp Quot Blur Amp Quot Kan Sebahagian Pada Gambar Menggunakan Power Point

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 196 hits
Penggunaan gambar pada slaid Power Point dapat meningkatkan kualiti persembahan yang dilakukan Tips kali ini kami kongsikan cara untuk membuat tanda atau Highlight pada bahagian tertentu gambar yang terdapat pada slaid Pertama sekali masukk...
Resipi Kek Jagung Tanpa Guna Telur Bakar Guna Oven Atau Atas Dapur Gas

Resipi Kek Jagung Tanpa Guna Telur Bakar Guna Oven Atau Atas Dapur Gas

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 230 hits
Kehabisan bekalan telur di rumah tapi hendak buat kek Kini tiada masalah lagi Anda kini boleh buat kek tanpa menggunakan telur Resipi Kek Jagung tanpa menggunakan telur yang dikongsikan oleh ini cukup mudah disediakan Rasanya pun sedap dan ...
Picit Pam Secara Perlahan Boleh Dapat Minyak Lagi Banyak Fakta Atau Auta

Picit Pam Secara Perlahan Boleh Dapat Minyak Lagi Banyak Fakta Atau Auta

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 143 hits
May 7 2022 Rakyat kita suka betul akan fakta fakta yang menarik lebih lebih lagi benda yang melibatkan urusan harian Tetapi berdasarkan apa yang pernah menjadi topik bualan hangat bukan semuanya betul Sesetengah daripadanya hanya dibuat ber...
5 Tanda Hubungan Yang Toksik Bertahan Atau Tinggalkan

5 Tanda Hubungan Yang Toksik Bertahan Atau Tinggalkan

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 177 hits
AssalamualaikumSetiap orang mengimpikan sebuah perhubungan yang bahagia dan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat Tetapi dalam masa yang sama tidak semua perhubungan itu berjalan dengan baik dan pasti ada liku liku permasalahan yang terjad...
Step By Step Buat Cakoi Yang Lembut Gebu Sedap Makan Dengan Kaya Atau Boleh Cicah Kopi

Step By Step Buat Cakoi Yang Lembut Gebu Sedap Makan Dengan Kaya Atau Boleh Cicah Kopi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 405 hits
Apa menu minum petang hari ini Kalau belum ada apa kata anda cuba buat Cakoi Cara penyediaanya sangatlah muda Cakoi ini bukan sahaja sesuai untuk minum petang sarapan pagi pun boleh Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh ini Cakoi tet...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Asan Lembu The Movie

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Maaflah Biarlah Benak Ubi Tapi Betul Hafidz Roshdi Pertahan Tindakan Tak Hadir Mahkamah Bidas Balik Teguran Shuhada

Packing Barang Kucing Kesayangan

Subconscious Mind

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler