Adun 4 Yang Lain Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkait Ltte


Bernama(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Lima lelaki, termasuk seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing mengaku tidak bersalah di 3 Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas beberapa pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Adun Gadek, G Saminathan, 36; pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 29; juruteknik, S Arivainthan, 28; penghantar surat, S Teeran, 39; dan guru, R Sundram, 53, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Tamil secara berasingan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan Pesuruhjaya Kehakiman Aslam Zainuddin.

Saminathan, Teeran dan Sundram masing-masing menghadapi satu pertuduhan, manakala Kalaimughilan didakwa atas 2 pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas LTTE di Kuala Lumpur, Melaka, Rawang dan Telok Panglima Garang, Selangor antara 10 dan 12 Okt tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan memberi sokongan dengan cara menggunakan aplikasi Facebook, Arivainthan dan Teeran didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Pegawai Penyiasat, Bahagian E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas, Bukit Aman di sini, pada 9 dan 10 pagi pada 5 serta 8 Okt tahun lepas.

Sementara itu, Saminathan turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Air Keroh, Melaka antara 8.30 dan 10.50 malam, 28 Okt 2018.

Bagi kesalahan memberi sokongan, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Hakim Muhammad Jamil, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir dan Pesuruhjaya Kehakiman Aslam masing-masing menetapkan 11, 19 dan 20 Feb untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

Ahmad Shahrir juga menetapkan 7 hingga 10, 14, 15, 17 dan 21 hingga 24 Sept untuk perbicaraan kes Teeran dan 5 hingga 8, 12 hingga 15, 19 hingga 22 Okt untuk perbicaraan kes Saminathan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman, Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Mohd Firdaus Abu Hanipah dan Azlina Rasdi.

Peguam T Rajasegaran mewakili Kalaimughilan dan Teeran, manakala peguam Harshaan Zamani bertindak bagi pihak Arivainthan, Saminathan dan Sundram.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/adun-4-yang-lain-mengaku-tidak-bersalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oku Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Meliwat Anak Perempuannya

Oku Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Meliwat Anak Perempuannya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 217 hits
Seorang pemegang kad orang kurang upaya penglihatan mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah sejak tahun lepas Mohd Salleh Mohd Yusop 43 membuat ...
Bapa Oku Mengaku Tak Bersalah Liwat Anak Kandung

Bapa Oku Mengaku Tak Bersalah Liwat Anak Kandung

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 230 hits
Bapa OKU mengaku tak bersalah liwat anak kandung Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jan 2020 2 51PM
Bekas Pegawai Kanan Dbkl Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah Rm1 Juta

Bekas Pegawai Kanan Dbkl Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 442 hits
Peguam meminta mahkamah memberi jaminan rendah atas alasan Sabudin Mohd Salleh perlu menyara isteri serta 3 anak selain tertuduh menghidap penyakit darah tinggi kolesterol tinggi dan gout KUALA LUMPUR Seorang bekas pegawai kanan Dewan Banda...
Adun Dap Penjaga Stor Minta Bicara Kes Ltte

Adun Dap Penjaga Stor Minta Bicara Kes Ltte

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 495 hits
BERNAMA Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Melaka dua tahun lepas G...
Iran Mengaku Tersilap Tembak Pesawat Penumpang Sehingga Korbankan 176 Orang Tak Bersalah

Iran Mengaku Tersilap Tembak Pesawat Penumpang Sehingga Korbankan 176 Orang Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 271 hits
Akhirnya iran mengaku bertanggungjawab ke atas terhempasnya pesawat milik Ukraine yang sebelum ini mendakwa ia terhempas atas masalah teknikal Perkara ini diumumkan oleh penyiasat Iran dan telah membuat kenyataan yang berbeza Perkara ini tu...
Pengasuh Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kecederaan Pada Bayi

Pengasuh Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kecederaan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 248 hits
Kuala Lumpur Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai mengasuh seorang bayi perempuan hingga menyebabkan kecederaan di muka dan tapak tangan akibat terkena susu panas Tertuduh Sarijah ...
Ahmad Shahrir Mengaku Tak Bersalah

Ahmad Shahrir Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 317 hits
BERITAAhli Parlimen Pontian Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Beliau didakwa gagal membuat pengisytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung dana RM2 juta yang diterimanya dar...
Pkr Kecewa Kenyataan Kpn Berkait Tuduhan Serangan Seksual Anwar

Pkr Kecewa Kenyataan Kpn Berkait Tuduhan Serangan Seksual Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 331 hits
PKR kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini yang memberi bayangan Anwar Ibrahim pernah melakukan serangan seksual ke atas bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasu...
Oku Didakwa Lakukan Amang Seksual Liwat Anak Kandung Mengaku Tak Bersalah

Oku Didakwa Lakukan Amang Seksual Liwat Anak Kandung Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 274 hits
IPOH 24 Jan Seorang pemegang kad orang kurang upaya penglihatan mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah sejak tahun lepas Bapa berumur 43 tahun ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik