Adun Dap Penjaga Stor Minta Bicara Kes Ltte


BERNAMA



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya P Gunasekaren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Melaka, dua tahun lepas.

Gunasekaren yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Wakil rakyat berumur 61 tahun itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama Taman Ayer Keroh Heights, Melaka Tengah, Melaka, pada 8.30 malam 28 Nov 2018.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Peguam Harshaan Zamani yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan jaminan secara bertulis.

Pada 17 Dis lepas, Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka memindahkan kes Gunasekaren ke Mahkamah Tinggi di sini selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Di Mahkamah Tinggi berasingan, Gunasekaren turut menghadapi satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan aplikasi Facebook atas nama ‘Dap Guna Palanisamy’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman kira-kira 2 petang, 7 Okt 2019.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Nazlan, penjaga stor S Thanagaraj, 28, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan LTTE di Pulau Pinang pada Oktober tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam telefon bimbit di Sky Thommas Food Industries Sdn Bhd No 1066, Jalan Perindustrian Bukit Minyak 2, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada pukul 10 pagi, 12 Okt 2019.

Lelaki itu turut dituduh melakukan perbuatan sama di No 7, Lorong Sejahtera 3, Taman Sejahtera, Seberang Perai Tengah pada pukul 11 pagi, tarikh sama.

Thanagaraj didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana barangan berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Dis lepas, Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang memerintahkan kes dihadapi Thanagaraj dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mohd Nazlan menetapkan 31 Jan untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes itu. Kes melibatkan keganasan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/adun-dap-penjaga-stor-minta-bicara-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes 1mdb Najib Disambung 18 Februari 13 Hingga 16 Jan Bagi Bicara Kes Pinda Laporan Akhir Audit 1mdb

Perbicaraan Kes 1mdb Najib Disambung 18 Februari 13 Hingga 16 Jan Bagi Bicara Kes Pinda Laporan Akhir Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 296 hits
Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2 3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad dan 21 pertuduhan pengubahan wang ...
Adun Di Tangkap Kes Dadah Masuk Lokap

Adun Di Tangkap Kes Dadah Masuk Lokap

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 385 hits
TANGKAPAN KE ATAS ADUN DEN L Pada 12 Jan 2020 jam 1028 ASP Mo ed S im KPB Pet ng telah membuat laporan polis berhubung tangkapan ke atas A f S n bersama 16 individu lain Melayu 1 Cina 5 Melayu dan 1 Indonesia atas kesalahan menggunakan dada...
Mca Tuntut Adun Dap Mohon Maaf Berhubung Dakwaan Seleweng Dana

Mca Tuntut Adun Dap Mohon Maaf Berhubung Dakwaan Seleweng Dana

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 296 hits
Adun Keranji dari DAP Chong Zhemin PETALING JAYA MCA mengeluarkan surat tuntutan kepada Adun DAP supaya membuat permohonan maaf berhubung dakwaannya bahawa parti itu menyalahgunakan dana bernilai RM150 juta Jurucakap MCA Mike Chong berkata ...
Ltte 16 Jan Pendengaran Permohonan Jaminan Adun Seremban Jaya

Ltte 16 Jan Pendengaran Permohonan Jaminan Adun Seremban Jaya

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 267 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Jan untuk mendengar permohonan jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaren atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE Oktob...
Tutup Sudah Semua Kes Bakal Pm Ke 8 Mesti Senang Hati Punya

Tutup Sudah Semua Kes Bakal Pm Ke 8 Mesti Senang Hati Punya

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 359 hits
RASMI Kes Yusoff Rawther ditutup oleh PDRM dan Jabatan Peguam Negara Bakal PM ke 8 terlepas Sama seperti kes Menteri video Sandakan Bakal PM ke 8 tak saman fitnah Yusoff Sia sia Yusoff buat ujian poligraf Menteri pun tak saman Haziq Yusoff ...
Tutup Kes Serangan Seksual Ahli Politik Ini

Tutup Kes Serangan Seksual Ahli Politik Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 353 hits
Muhammed Yusoff dalam akuan bersumpah itu mendakwa dia berdepan serangan seksual di sebuah kediaman di Segambut pada 2 Oktober tahun lepas Gambar hiasanTutup kes Bukti kes serangan seksual ahli politik ternama tidak cukup AGCKL Jabatan Pegu...
Kes Aduan Serangan Seksual Terhadap Anwar Ibrahim Tutup

Kes Aduan Serangan Seksual Terhadap Anwar Ibrahim Tutup

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 405 hits
Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek mengumumkan kes aduan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim berkaitan laporan polis Muhammed Yusoff Rawther ditutup Engku Nor Faizah yang mengawasi pasukan timbalan pendakwa raya bagi kes ber...
Tutup Kes Serangan Seksual Peguam Haniff Khatri Akan Bincang Dengan Yusoff

Tutup Kes Serangan Seksual Peguam Haniff Khatri Akan Bincang Dengan Yusoff

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 263 hits
Peguam Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla bersama Muhammad Yusuff Rawther selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla akan berbincang dengan ...
23 Jan Keputusan Gugur Kelayakan Pesuruhjaya Kehakiman Kes Petronas

23 Jan Keputusan Gugur Kelayakan Pesuruhjaya Kehakiman Kes Petronas

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 298 hits
Peguam Negeri Sarawak Talat Mahmud berkata Petronas mahu Christopher Chin digugurkan kelayakannya atas alasan beliau amat bergantung kepada nasihat perdana menteri kerana belum disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi KUCHING Mahkamah Tinggi ...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua