Oku Didakwa Lakukan Amang Seksual Liwat Anak Kandung Mengaku Tak Bersalah


IPOH, 24 Jan (Bernama) — Seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) penglihatan mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah, sejak tahun lepas.
Bapa berumur 43 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kira-kira pukul 5 petang antara 26 Dis hingga 27 Dis 2019 dan antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang pada 7 dan 13 Jan lepas di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Terap, Batu Gajah.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta menjalani pengawasan polis sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Bapa kepada empat anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii kira-kira pukul 5 petang antara 26 hingga 27 Dis, dan kira-kira pukul 3.30 petang pada 7 Jan di tempat sama.
Penjara maksimum 20 tahun Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebat selain menjalani pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Fairuz Rahman.
Terdahulu, Khairul Fairuz meminta mahkamah menawarkan ikat jamin yang rendah ke atas tertuduh yang mengalami masalah penglihatan akibat kemalangan semasa bekerja di sebuah kilang 13 tahun lepas kerana kini hanya bergantung kepada bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setiap bulan selain mempunyai empat anak masih bersekolah.
Selain itu, Khairul Fairuz juga memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh kerana dua anak perempuannya berusia 13 tahun termasuk mangsa sudah berpindah ke Sarawak bersama ibu mereka.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta mana-mana saksi atau jaminan ditarik semula.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Feb ini bagi menunggu laporan forensik ke atas mangsa.
Sumber: BERNAMA
The post OKU Didakwa Lakukan Amang Seksual & Liwat Anak Kandung, Mengaku Tak Bersalah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/24/oku-didakwa-lakukan-amang-seksual-liwat-anak-kandung-mengaku-tak-bersalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Oku Mengaku Tak Bersalah Liwat Anak Kandung

Bapa Oku Mengaku Tak Bersalah Liwat Anak Kandung

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 303 hits
Bapa OKU mengaku tak bersalah liwat anak kandung Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jan 2020 2 51PM
Oku Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Meliwat Anak Perempuannya

Oku Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Meliwat Anak Perempuannya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 306 hits
Seorang pemegang kad orang kurang upaya penglihatan mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah sejak tahun lepas Mohd Salleh Mohd Yusop 43 membuat ...
Cedera Pada Tengkorak Amp Usus Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Kandung

Cedera Pada Tengkorak Amp Usus Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Kandung

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 522 hits
Anak anak merupakan anugerah yang tidak ternilai buat pasangan suami isteri Namun begitu masih terdapat ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka malah turut terlibat dalam kes penderaan kanak kanak Baru baru ini seorang wanita telah d...
Butterworth Pengarah Jpnin Pulau Pinang Anak Lelaki Didakwa Rasuah

Butterworth Pengarah Jpnin Pulau Pinang Anak Lelaki Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 314 hits
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memberikan projek bernilai RM45 472 kepada syarikat ...
Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Sendiri Boleh Dihukum Gantung Jika Sabit Kesalahan

Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Sendiri Boleh Dihukum Gantung Jika Sabit Kesalahan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 440 hits
JOHOR BAHRU Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun 10 bulan pada 13 Januari lepas Suspek 21 bagaimanapun...
Tak Berhati Perut Pasangan Dari China Didakwa Tinggal Anak Di Airport Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Tak Berhati Perut Pasangan Dari China Didakwa Tinggal Anak Di Airport Disyaki Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 535 hits
Perayaan Tahun Baru Cina lazimnya adalah masa untuk disambut bersama keluarga namun lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri ini apabila mereka didakwa meninggalkan 2 orang anak mereka di Lapangan Terbang Nanjing China selepas salah s...
Pengasuh Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kecederaan Pada Bayi

Pengasuh Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kecederaan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 306 hits
Kuala Lumpur Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai mengasuh seorang bayi perempuan hingga menyebabkan kecederaan di muka dan tapak tangan akibat terkena susu panas Tertuduh Sarijah ...
Ahmad Shahrir Mengaku Tak Bersalah

Ahmad Shahrir Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 455 hits
BERITAAhli Parlimen Pontian Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Beliau didakwa gagal membuat pengisytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung dana RM2 juta yang diterimanya dar...
Anak Suka Berlari Tak Boleh Duduk Diam Jalan Berjengket Lakukan Urutan Tapak Kaki

Anak Suka Berlari Tak Boleh Duduk Diam Jalan Berjengket Lakukan Urutan Tapak Kaki

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 528 hits
Anak suka berlari Anak saya tidak boleh duduk Anak saya jalan berjengket Ini antara salah satu kerisauan ibu bapa bila mempunyai anak yang mempunyai ciri ciri ini Menerusi perkongsian dari Terapis Cara Kerja Nurul Sheriena ada cara yang bol...
Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Dinner Di Kayu Manis Perth Dan Hadiah Sayur

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Solat Itu Penghapus Dosa

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat