Bekas Pegawai Kanan Dbkl Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah Rm1 Juta


BernamaPeguam meminta mahkamah memberi jaminan rendah atas alasan Sabudin Mohd Salleh perlu menyara isteri serta 3 anak, selain tertuduh menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan gout. KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 6 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,080,000 pada 2018 dan 2019.

Sabudin Mohd Salleh, 58, yang merupakan bekas timbalan pengarah kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di depan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama, Sabudin didakwa menerima wang tunai RM700,000 daripada Ang Huck Koon melalui B Chandrasegar sebagai dorongan memperakukan tuntutan bayaran kepada Syarikat Juara Cahaya Sdn Bhd bagi cadangan menggantikan jambatan konkrit kepada jambatan baru merentangi Sungai Klang di Jalan Jelatek, di sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Pusat Beli-belah Bangsar antara 4 April hingga 8 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa menerima RM20,000 daripada Lim Hong Jun, iaitu pengarah Haneka Sdn Bhd sebagai dorongan selepas mengesyorkan pelantikan BY Five HDD Sdn Bhd, Sutera Unik Sdn Bhd dan Uyin Enterprise untuk cadangan kerja penyelenggaraan infrastruktur awam sistem jalan raya dan perparitan di Kuala Lumpur bagi 2017 hingga 2019.

Mengikut pertuduhan ke-3, dia dituduh menerima RM10,000 daripada Lim sebagai balasan selepas memperakui sijil tuntutan pembayaran 3 syarikat itu untuk cadangan kerja penyelenggaraan sama.

Tertuduh juga didakwa menerima RM150,000 daripada Chia Chee Seng yang merupakan pengarah Tegap Elit Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ukay Perdana, di sini, antara 13 hingga 19 Ogos 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ke-5 dan ke-6, tertuduh didakwa menerima rasuah masing-masing berjumlah RM100,000 daripada Wong May Kuan, iaitu subkontraktor Dusari Niaga sebagai upah memberi 3 permit kerja, kerja pembaikan serta menaik taraf bebendul dan siar kaki di Lorong Ceylon serta kawasan sekitarnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai serbaneka di sebuah stesen minyak serta di rumahnya di Ukay Perdana pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.

Bagi pertuduhan ke-2, ke-3, ke-5 dan ke-6, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan jaminan RM150,000 dengan 2 penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Hamidi Mohd Noh memohon mahkamah memberi jaminan rendah atas alasan tertuduh memberi kerjasama baik dengan SPRM dan dia penanggung utama keluarga.

“Tertuduh menanggung isteri serta 3 anak, tertuduh juga menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan gout.

“Tertuduh adalah penjawat awam jelas menunjukkan tertuduh bukan orang berkemampuan dan mempunyai sumber pendapatan tinggi.”

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM120,000 dengan 2 penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Feb ini dan menetapkan 27 hingga 30 Julai, 3 hingga 6 Ogos dan 17 hingga 19 Ogos ini untuk perbicaraan.

Tertuduh membayar jaminan itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/bekas-pegawai-kanan-dbkl-mengaku-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Kanan Kpm Akan Didakwa Kerana Rasuah Esok

Pegawai Kanan Kpm Akan Didakwa Kerana Rasuah Esok

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 254 hits
Pegawai kanan KPM akan didakwa kerana rasuah esok Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Jan 2020 1 42PM
32 Vellfire Dan 3000 Honda Accord Nilai Lebih Dari Rm500 Juta Untuk Menteri Dan Pegawai Kerajaan

32 Vellfire Dan 3000 Honda Accord Nilai Lebih Dari Rm500 Juta Untuk Menteri Dan Pegawai Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 246 hits
Menteri kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan mengenai pemberian kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Vellfire dan 3000 unit Honda Accord untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan masih ditunggu dari kabinet Tambahnya lagi semua kelulusan...
Sabah Negeri Pertama Letakkan Pegawai Kanan Sprm Di Pejabat Ketua Menteri

Sabah Negeri Pertama Letakkan Pegawai Kanan Sprm Di Pejabat Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 285 hits
KOTA KINABALU 2 Jan Sabah hari ini menjadi negeri pertama menempatkan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Pejabat Ketua Menteri dan Unit Integriti Negeri Sabah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Setiausaha Kerajaan Ne...
Ajudan Bupati Kudus Uka Wisnu Akui Terima Rp75 Juta Dibelikan Motor Trail

Ajudan Bupati Kudus Uka Wisnu Akui Terima Rp75 Juta Dibelikan Motor Trail

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 209 hits
Dia menyebut uang diberi Rp 75 juta Sofyan itu untuk melobi kenaikan jabatan di lingkungan dinas Pemkab Kudus
Terima Kasih Ummi Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Terima Kasih Ummi Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 595 hits
Pendakwah bebas Nik Ahmad Farhan memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya semalam Menerusi akaun Instagramnya Farhan memuat naik sekeping foto dirinya mendukung cahaya mata lelakinya itu Alhamdulillah selamat melihat dunia puter...
Mengaku Gaji Rm1 500 Tapi Rumah Besar Kereta Mewah Masih Nak Bantuan Sekolah

Mengaku Gaji Rm1 500 Tapi Rumah Besar Kereta Mewah Masih Nak Bantuan Sekolah

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 813 hits
Pelbagai ragam dilihat pada sesi persekolahan 2020 yang bermula sejak 2 Januari lalu Seperti biasa ada yang menangis apabila ditinggalkan ibu bapa tidur dalam kelas malah tidak kurang juga ramai yang teruja berkenalan dengan rakan baru Beri...
Ganjar Tegaskan Bakal Pecat Pegawai Yang Terima Setoran

Ganjar Tegaskan Bakal Pecat Pegawai Yang Terima Setoran

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 279 hits
Hal ini ditegaskan Gubernur Jateng Ganjar Pranowo seusai Rakor Evaluasi Pelaksanaan Pembangunan pada 2019 dan Rencana Pelaksanaan Pembangunan pada 2020 di Semarang Rabu
Komisioner Kpu Wahyu Setiawan Diduga Terima Rp 400 Juta Dalam Mata Uang Asing

Komisioner Kpu Wahyu Setiawan Diduga Terima Rp 400 Juta Dalam Mata Uang Asing

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 206 hits
Tim penindakan Komisi Pemberantasan Korupsi menangkap Komisioner Komisi Pemilihan Umum Wahyu Setiawan dalam dalam operasi tangkap tangan Rabu
Iran Mengaku Tersilap Tembak Pesawat Penumpang Sehingga Korbankan 176 Orang Tak Bersalah

Iran Mengaku Tersilap Tembak Pesawat Penumpang Sehingga Korbankan 176 Orang Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 270 hits
Akhirnya iran mengaku bertanggungjawab ke atas terhempasnya pesawat milik Ukraine yang sebelum ini mendakwa ia terhempas atas masalah teknikal Perkara ini diumumkan oleh penyiasat Iran dan telah membuat kenyataan yang berbeza Perkara ini tu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof