Adakah Rakyat Johor Berubah


 
Hari ini hari mengundi di Johor. Semalam aku scroll newsfeed, dan dalam ruangan komen, ramai yang menyebut tentang keyakinan tahap maksimum BN untuk memenangi PRN kali ini.

Sebahagiannya ada yang sakit hati. Sebahagian lagi pula takut. Tapi bagi aku, itu normal. Walau pada keadaan paling lemah pun, setiap parti yang masuk bertanding akan cuba kelihatan yakin.

Lagipun keyakinan Zahid dan pemimpin UMNO yang lain mungkin lahir akibat daripada sambutan yang mereka terima daripada rakyat dalam setiap program yang dibuat oleh UMNO.

Tapi tak usah risau sebab UMNO memang terkenal dengan membeli sokongan. Kehadiran yang ramai bukanlah petanda kekuatan mereka. Mungkin ada yang dari kawasan atau negeri lain. Mungkin juga ada yang di bayar untuk hadir.

Itu yang bagusnya. Kalau ingat ketika PRU14 dulu pun begitu juga. Sokongan palsu begini buatkan pemimpin UMNO leka. Pembodek mereka beli sokongan untuk buat mereka seronok sampaikan kebenaran disembunyikan.

Tapi hakikatnya, UMNO pada ketika ini lebih kuat berbanding UMNO ketika PRU14. Ini kerana UMNO bijak memainkan isu rakyat serta menyalahkan kerajaan yang ada walaupun mereka sebahagian daripada kerajaan itu.

Selain itu, cerita yang mereka jaja, menyalahkan PH yang memerintah hanya 22 bulan (sedangkan 60 tahun mereka yang memerintah) berjaya pengaruhi pemikiran rakyat marhaen.

Manakala di pihak PH pula, masih terlalu berikan tumpuan kepada isu korupsi. Asyik mengulang ayat kleptokrasi tetapi isu rakyat dipandang sepi.

Bukan rakyat tak peduli soal korupsi tapi itu bukan lagi isu utama. Tengok Najib, walaupun telah sah bersalah di mahkamah, tapi sebab dia pandai olah isu rakyat, maka ada yang memujanya semula.

Selain itu, sesetengah pemimpin PH masih lagi tak sedar kebencian rakyat terhadap Mahathir. Masih lagi nak menghimpit Mahathir. Dan itu memberikan kelebihan kepada lawan.

PH sepatutnya lari daripada Mahathir. Baru boleh tawarkan kepada rakyat satu idea kepimpinan yang segar. Penting untuk PH dilihat berbeza daripada PH Mahathir yang rakyat lihat sebagai gagal.

Macam aku sebut tadi, UMNO sedang kuat. Tapi kekuatan UMNO bukan disebabkan oleh parti itu sendiri tetapi lebih disumbangkan oleh kelemahan PH sendiri.

Barisan kepimpinan UMNO sangat tidak berkualiti. Rakyat sedar akan hal itu. Tapi bagi rakyat, mereka tidak ada pilihan lain. Sebab selain Mahathir, DAP juga banyak melahirkan ketakutan di kalangan rakyat terutama Melayu.

Manakala mereka yang sedar akan kebobrokan UMNO pula, mula menjauhkan diri daripada politik kerana hilang keyakinan terhadap PH atas sebab yang aku tuliskan di atas.

Senang cerita, semenjak memerintah selama 22 bulan dahulu, pemimpin PH semakin lupa sentimen rakyat. Ramai yang jadi ketagih jawatan menteri hingga lupa kehendak rakyat.

Ada yang letakkan kesalahan tentang kelemahan PH in ke atas DS Anwar. Atas sebab itu mereka pun minta DS Anwar berundur.

Sedangkan yang bersalah adalah mereka yang menjawat jawatan menteri dalam tempoh 22 bulan tersebut. Mereka yang hancurkan kepercayaan rakyat dengan menjadi boneka Mahathir. DS Anwar tak pegang apa-apa jawatan pun. Jadi merekalah yang sepatutnya berundur untuk selamatkan PH.

Apapun, untuk PRN ini, aku jangka BN akan berjaya membentuk kerajaan. Cuma mungkin tak dapat majoriti dua pertiga. Rasanya tak banyak berbeza dengan PRU yang lepas.

Siapa pun menang, aku tetap marhaen. Tetap kena pergi kerja untuk cari duit. Tetap kena bayar cukai pendapatan. Tak macam mereka yang menang, boleh enjoy. Boleh lupakan pengundi dan datang semula selepas lima tahun nanti.

Selamat mengundi kepada rakyat Johor. Semoga diberikan ilham untuk memilih yang terbaik demi masa depan negeri ini.

Raja Gelap



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/adakah-rakyat-johor-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Johor Matang Mustahil Bn Menang 2 3 Majoriti Hassan Karim

Rakyat Johor Matang Mustahil Bn Menang 2 3 Majoriti Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 201 hits
Retorik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Mac lalu bahawa BN akan menang 2 3 majoriti dalam Pilihan Raya Negeri Johor dianggap mustahil akan berlaku Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim bukan sahaja majo...
Prn Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat

Prn Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 240 hits
PRN Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat Lanjutan tempoh berkempen selama seminggu tidak akan mengubah suara rakyat Johor kerana keputusan di peti undi sudah lama ditentukan Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor Barisan Nasiona...
Prn Johor Perkembangan Hari Penentuan Siapa Pilihan Rakyat Johor

Prn Johor Perkembangan Hari Penentuan Siapa Pilihan Rakyat Johor

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 262 hits
Wartawan Astro AWANI Firdaus Azil mengulas situasi semasa hari pengundian PRN Johor dan pemerhatiannya dalam SOP mengundi kali ini
Siri 146 Prn Johor Rakyat Kalah Bn Menang Apa Implikasinya

Siri 146 Prn Johor Rakyat Kalah Bn Menang Apa Implikasinya

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 309 hits
TAJUK PRN JOHOR RAKYAT KALAH BN MENANG APA IMPLIKASINYA TARIKH 16 03 2022 MASA 9 00 MLM PANEL YB KHALID SAMAD PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM MODERATOR UNCLE ALI OMAR
Undi Merosot Kemenangan Bn Tak Wakil Majoriti Rakyat Johor

Undi Merosot Kemenangan Bn Tak Wakil Majoriti Rakyat Johor

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 251 hits
BANGI Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor tidak boleh dianggap sebagai suara majoriti rakyat negeri itu Ini memandangkan peratusan rakyat yang turun membuang undi hanyalah 54 peratus berbanding 70 peratus seperti sas...
Pakatan Harapan Johor Lancar Tawaran Tindakan Kepada Rakyat Untuk Buat Pilihan

Pakatan Harapan Johor Lancar Tawaran Tindakan Kepada Rakyat Untuk Buat Pilihan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 292 hits
BATU PAHAT Pakatan Harapan Johor hari ini melancarkan Tawaran Tindakan Pakatan Harapan Johor yang menggariskan tiga teras utama menjelang Pilihan Raya Negeri Johor Teras itu ialah membina semula ekonomi rakyat menjamin kesejahteraan rakyat ...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk