Prn Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat
PRN Johor: ‘Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan’- Tok Mat
Lanjutan tempoh berkempen selama seminggu tidak akan mengubah ‘suara’ rakyat Johor kerana keputusan di peti undi sudah lama ditentukan.
Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesej yang cuba disampaikan lebih 2.5 juta individu, sama ada mengundi atau sebaliknya adalah jelas.
Selain itu, beliau menaruh keyakinan bahawa sebarang keputusan sudah lama dibuat, dengan meletakkan beberapa sandaran termasuk prestasi parti dan pemimpin
“Itu kata dialah (pembangkang mahu lanjut tempoh berkempen). Tetapi saya rasa rakyat sudah pun buat keputusan lama sebelum ini. Mereka menunggu PRN Johor untuk orang kata membuat keputusan.
“Jadi tak usahlah nak kata, tak cukup seminggu kan? Kalau rakyat sudah buat keputusan, macam di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat sudah buat keputusan lama sebelum PRU-14 untuk menolak BN.
“Hari ini nasib yang sama diterima Pakatan Harapan (PH), DAP yang kalah di kubu kuatnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parti-parti lain
“Jadi Alhamdulillah, bukan kita nak kata riak ke sombong, tetapi rakyat Johor sudah pun beri kepercayaan kepada BN dan saya harap kerajaan BN, pimpinan baharu ini akan dapat menunaikan apa jua ikhtiar yang diberikan,” katanya ketika ditemui Berita Harian di ibu pejabat Umno Johor, di sini semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa BN melakar kemenangan selesa, dengan majoriti dua pertiga iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, diikuti PH sebanyak 11 kerusi, Perikatan Nasional (3) dan masing-masing satu kerusi oleh Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta PKR
Peratusan keluar mengundi bagi PRN Johor Ke-15 adalah 1,426,573 orang atau 54.92 peratus, iaitu kadar terendah berbanding Melaka dan Sarawak, yang masing-masing 65.85 serta 60.67 peratus.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, semalam mendakwa, parti itu dan PH mungkin memenangi lebih banyak kerusi jika mereka mempunyai tempoh berkempen tambahan selama seminggu.
Lanjutan tempoh itu juga dikatakan mampu memberi defisit kemenangan kerusi oleh BN, sekali gus ‘memadam’ sasaran mereka untuk memenangi majoriti dua pertiga atau sekurang-kurangnya 38 Dun Johor.-HM
PRN Johor: ‘Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan’- Tok Mat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven
Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]
The post PRN Johor: ‘Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan’- Tok Mat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/13/prn-johor-rakyat-johor-sudah-lama-buat-keputusan-tok-mat/