Adakah Penghina Rasulullah Halal Darahnya



Soalan:
Berkenaan isu penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ dan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.Anha yang kita cintai. Adakah halal darah mereka bagi kita orang Islam? Minta penjelasan. Kami sangat memerlukan jawapan daripada ulama dapat merancang tindakan yang patut kami ambil. Jazakallahu khairan.

Jawapan:

Mukadimah

Isu penghinaan kepada Rasulullah ﷺ dan Ummul Mukminin Aisyah R.Anha adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dibawa main-main. Firman Allah ﷻ:

وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya).” Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan dia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu.” Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Taubah, 61)

Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah ﷺ selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”

Firman Allah ﷻ:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (melakukan perkara yang tidak diredai) Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina..” (Surah al-Ahzab: 57)

Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan mereka daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.”

Mempertahankan Rasulullah ﷺ Adalah Kesempurnan Iman

Justeru, setiap umat Islam wajib mencintai Rasulullah ﷺ kerana mencintai baginda adalah kesempurnaan iman. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman; seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan kerana-Nya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” [Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43)]

Antara cara menunjukkan keimanan dan kecintaan ini, seperti mana yang dilakukan oleh para sahabat dan Salaf al-Soleh dengan mempertahankan baginda sekalipun dengan kekerasan. Daripada Sayyidina Umar al-Khattab, bahawa pada suatu hari, dihadapkan kepadanya seorang lelaki yang mencaci Nabi ﷺ. Maka Sayyidina Umar pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Kemudian Sayyidina Umar berkata:

مَنْ سَبَّ ٱللّٰهَ أَوْ سَبَّ أَحَدًا مِنَ ٱلأَنْبِيَآءِ فَاقْتُلُوْهُ
“Sesiapa yang mencaci Allah, atau mencaci seseorang daripada para Nabi, maka bunuhlah dia.” [Rujuk al-Saif al-Maslul ‘ala Man Sabba al-Rasul ﷺ (hlm. 124) oleh Imam Taqiyuddin al-Subki]

Daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.”

Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) maka engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang  itu mencela Rasulullah SAW.” [Lihat al-Muhalla (14/434)]

Kerajaan Berhak Menangkap dan Menghukum Pencela Rasulullah ﷺ

Ini menunjukkan betapa seriusnya kesalahan menghina Rasulullah ﷺ. Kesimpulannya, pihak pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat dengan menghina Rasulullah ﷺ sehingga boleh merosakkan kerukunan masyarakat. Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (8/142) berkenaan tanggungjawab orang bukan Islam di dalam negara Islam: “Mereka hanya dibenarkan memperkatakan perkara yang baik tentang agama Islam. Jikalau mereka memburuk-burukkan al-Quran, Rasulullah SAW atau mencaci undang-undang Allah, mereka akan dihukum ta’zir.”

Hukuman ta’zir itu pada asalnya bermaksud ta’dib (mendidik) penjenayah dan masyarakat. Oleh itu, pihak pemerintah perlu menggunakan kuasa yang diberikan dalam Hukum Syarak ini dengan kebijaksanaan supaya kes-kes seperti ini tidak berulang lagi. Selain hukuman, perkara yang paling penting yang perlu dilakukan pemerintah dan umat Islam, ialah menyampaikan fakta yang sebenar tentang Rasulullah ﷺ dan menghilangkan syubhat tentang peribadi baginda. Boleh jadi mereka menghina dan mencaci kerana tidak pernah mengetahui ajaran sebenar Islam dan mendapat berita palsu. Memikirkan kesan atau natijah dari sesuatu pendekatan dakwah atau yang kita sebut sebagai Fiqh al-Ma’al dalam pendekatan hukuman dan dakwah adalah sangat penting. Antaranya, firman Allah SWT:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108)

Ibn Kathir berkata: “Allah melarang Rasul-Nya dan orang yang beriman memaki Tuhan kaum Musyrikin meskipun adanya maslahat. Ini kerana boleh menimbulkan mafsadah yang jauh lebih besar kerana mereka pasti memaki Tuhan orang yang beriman padahal Allah adalah Rabb yang tiada Tuhan selain Dia.” [Lihat Tafsir Ibn Kathir (3/272)]

Nabi SAW bersabda:

لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ
“Supaya orang ramai tidak bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (4905)]

Hadis ini berkenaan isu orang-orang munafik yang dikepalai oleh Abdullah bin Ubai yang berkata: “Demi Allah jika kami pulang ke kota Madinah, nescaya akan mengeluarkan orang yang mulia daripadanya orang-orang yang hina.” Ini menyebabkan Sayyidina Umar meminta izin Rasulullah SAW untuk memenggal leher si munafik ini. Lantas Nabi SAW bersabda dengan hadis ini.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Ini kerana dibimbangi boleh membawa sebab pembunuhan kepada fitnah atau menjadikan orang ramai liar dan takut untuk memeluk Islam.” [Lihat Fath al-Bari (3/392)]

Kesimpulan

Oleh itu, dalam konteks Malaysia di mana kita memiliki sistem undang-undang untuk mengekang perlakuan menghina agama Islam, hendaklah kita melaporkan kepada pihak berkuasa apa-apa ucapan, perlakuan dan tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Rasulullah ﷺ, supaya mereka diambil tindakan mengikut laras undang-undang. Tidak boleh kita mengambil tindakan sendiri untuk menghukum jika tidak mengikut tindakan undang-undang, apatahlagi dengan kekerasan, kerana boleh mendatangkan bahaya kepada imej Islam, umat Islam dan keharmonian negara, seperti yang disebut “boleh membawa sebab pembunuhan kepada fitnah atau menjadikan orang ramai liar dan takut untuk memeluk Islam.”

Semoga penjelasan ini memberikan panduan dan kefahaman kepada penanya.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/adakah-penghina-rasulullah-halal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Isteri Rasulullah Bernama Zainab

Dua Isteri Rasulullah Bernama Zainab

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 198 hits
Soalan Saya ada dengar bahawa isteri Nabi SAW ada yang bernama Zainab Dan benarkah isteri yang Nabi SAW yang bernama Zainab adalah dua orang Jawapan Dalam pengamatan kami melalui kitab kitab Sirah bahawa isteri Rasulullah SAW yang bernama Z...
Rasulullah Bersama Sama Kaum Muhajirin Dan Ansar 9269

Rasulullah Bersama Sama Kaum Muhajirin Dan Ansar 9269

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 673 hits
Lihatlah Apa Al Qomah Bisa Ucapkan Syahadat by Foto Intelligent Travel National GeographicAL QOMAH adalah sahabat Nabi saw yang baik dan pemuda yang sangat rajin beribadah Pada suatu hari secara tiba tiba ia jatuh sakit Isterinya menyuruh s...
Keutamaan Selawat Kepada Rasulullah Saw

Keutamaan Selawat Kepada Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 594 hits
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya Selawat berasal daripada perkataan Arab iaitu solat Solat ...
Latheefa Koya Tidak Setuju Pesalah H1na Rasulullah Dipenjara 10 Tahun Ini Komen Balas Netizen Memang Win

Latheefa Koya Tidak Setuju Pesalah H1na Rasulullah Dipenjara 10 Tahun Ini Komen Balas Netizen Memang Win

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 366 hits
Peguam Latheefa Koya menggesa dilakukan semakan semula terhadap hukuman penjara 10 tahun yang disabitkan terhadap pemilik akaun media sosial hari ini kerana mengh1na Islam dan rasulullah Beliau berkata hukuman itu yang diputuskan Mahkamah S...
8 Mac Hari Wanita Sedunia Ini Antara 35 Kata Rasulullah S A W Tentang Wanita

8 Mac Hari Wanita Sedunia Ini Antara 35 Kata Rasulullah S A W Tentang Wanita

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 684 hits
8 Mac Hari Wanita Sedunia Ini Antara 35 Kata Rasulullah s a w Tentang Wanita Wanita satu makhluk yang Allah cipta berpasangan dengan lelaki Selepas penciptaan Adam Allah ciptakan Hawa sebagai teman kerana sifat dan fitrah alam ada pasangann...
Adab Makan Menurut Islam Rasulullah Sa

Adab Makan Menurut Islam Rasulullah Sa

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 443 hits
Adab Makan Menurut Islam Rasulullah SA Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam telah menunjukkan adab makan yang boleh diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat sebab ia adalah amanah darip...
Rasulullah Dan Hubungan Dengan Adab Perasaan Dan Rasa Hati Mengesakan Allah Subhanahu Wa Ta Alla 9281

Rasulullah Dan Hubungan Dengan Adab Perasaan Dan Rasa Hati Mengesakan Allah Subhanahu Wa Ta Alla 9281

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 349 hits
Hukum Kerjakan Shalat Subuh ketika Matahari Sudah Terbit karena Kesianganby Foto Dian Maulana IslamposSHALAT adalah ibadah yang sudah ditentukan waktunya oleh Allah Azza Wajalla Oleh karena itu sudah seharusnya kita shalat tepat waktu Lalu ...
Ini Alasan Polisi Jadikan Robertus Robet Tersangka Penghina Tni

Ini Alasan Polisi Jadikan Robertus Robet Tersangka Penghina Tni

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 260 hits
Ini Alasan Polisi Jadikan Robertus Robet Tersangka Penghina TNI Dedi mengatakan pihaknya menjerat Robertus Robet dengan pasal 207 KUHP Sebab yang disampaikan tidak sesuai dengan data dan fakta dan justru malah mendiskreditkan
Bekam Untuk Merawat Penyakit Sunnah Rasulullah Saw

Bekam Untuk Merawat Penyakit Sunnah Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 386 hits
Bekam atau al hijamah adalah teknik rawatan dengan cara membuang darah kotor dari dalam tubuh melalui permukaan kulit Dalam bahasa Inggeris disebut cupping dan dalam bahasa Melayu dikenali dengan istilah Bekam Gambar hiasan Bekam adalah kae...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara