8 Mac Hari Wanita Sedunia Ini Antara 35 Kata Rasulullah S A W Tentang Wanita


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Mac - Hari Wanita Sedunia, Ini Antara 35 Kata Rasulullah s.a.w Tentang Wanita | Wanita, satu makhluk yang Allah cipta berpasangan dengan lelaki. Selepas penciptaan Adam, Allah ciptakan Hawa sebagai teman kerana sifat dan fitrah alam, ada pasangannya.

Wanita suatu ketika dahulu, sebelum kedatangan Islam, adalah sebagai aset dan simbol seks dan sering ditindas oleh kaum lelaki Jahiliyyah... Sehinggalah Islam datang, melindungi dan menaikkan martabat wanita ke tempat yang mulia setanding dengan lelaki. Bahkan di dalam al-Quran terdapat satu surah khas untuk wanita iaitu surah an-Nisa'.

Kini, wanita memang seiring dengan lelaki... Namun, di akhir zaman ini, wanita semakin hanyut dan semakin nampak, wanita sekarang tak ubah seperti wanita zaman Jahiliyyah kecuali wanita yang beriman.


Sempena hari Wanita Sedunia hari ni, MF nak kongsikan antara pesan, nasihat dan kata-kata daripada Rasulullah s.a.w tentang wanita.

Semoga dengan mengetahui dan mengamalkan Hadits-Hadits ini, kita dapat mejadi orang yang lebih baik lagi. dan berusaha untuk menjadi wanita solehah akhir zaman.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang artinya :
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min : ‘Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS. Al-Ahzab : 59)

8 Mac - Hari Wanita Sedunia, Ini Antara 35 Kata Rasulullah s.a.w Tentang Wanita
1. Wanita Solehah Sebagai Perhiasan Terbaik di Dunia Abdullah bin Amr radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim no. 1467)

2. Wanita Solehah adalah Harta Terbaik Bagi Seorang Suami Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu : “Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57 : “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

3. 4 Ciri Wanita Yang Terbaik Untuk Dijadikan Isteri Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bagi lelaki yang ingin menikah : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

4. Wanita Simbol Kebahagiaan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah pula bersabda : “Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, tetangga yang shalih, dan tunggangan (kendaraan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu tetangga yang jelek, isteri yang jelek (tidak solehah), kendaraan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (HR. Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Al Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282)

5. Wanita Mukminah Adalah Harta Yang Paling Baik Ketika Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki ?”
Beliau Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berdzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (HR. Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505)

6. Nasihat Wanita dengan Cara Yang Terbaik Al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang artinya :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, dan berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh kerana itu, berbuatlah baik kepada wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim)

7. 4 Syarat Mudah Untuk Wanita Masuk Syurga Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya : Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.” (HR. Ahmad 1/191, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661)

8. Ciri Isteri Yang Menjadi Penghuni Syurga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni Syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata : “Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)

9. Minta Izin Suami Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada (tidak sedang bepergian) kecuali dengan izinnya”. (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)

10. Isteri Yang Tidak Bersyukur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda : “Allah tidak akan melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia membutuhkannya.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa. Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 289)

11. Balasan Isteri Yang Menolak Ajakan Suami Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak (enggan) melainkan yang di langit murka terhadapnya hingga sang suami redha padanya.” (HR. Muslim no.1436)

12. Laknat Malaikat Kepada Wanita Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Apabila seorang isteri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat tidur suaminya, nescaya para malaikat melaknatnya sampai ia kembali (ke suaminya).” (HR. Al-Bukhari no. 5194 dan Muslim no. 1436)

13. Perintah Memakai Jilbab Kisah wanita yang akan berangkat menunaikan solat ‘ied, ia tidak memiliki jilbab, maka diperintah oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaknya Saudarinya meminjaminya Jilbab untuknya.” (HR. Bukhari No. 318).

14. Wajib Berbuat Baik dan Kasih Kepada Wanita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda di akhir kehidupannya, dan hal itu terjadi pada haji Wada’ : “Ingatlah, berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka itu (bagaikan) tawanan di sisi kalian. Kalian tidak berkuasa terhadap mereka sedikit pun selain itu, kecuali bila mereka melakukan perbuatan nista. Jika mereka melakukannya, maka tinggalkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukul lah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Jika ia mentaati kalian, maka janganlah berbuat aniaya terhadap mereka. Mereka pun tidak boleh memasukkan siapa yang tidak kalian sukai ke tempat tidur dan rumah kalian. Ketahuilah bahwa hak mereka atas kalian adalah kalian berbuat baik kepada mereka (dengan mencukupi) pakaian dan makanan mereka.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah, shahih)

15. Syarat Melabuhkan Pakaian Wanita Ummu Salamah berkata : “Wahai Rasulullah, bagaimana wanita berbuat dengan pakaiannya yang menjulur ke bawah ?”
Beliau bersabda : “Hendaklah mereka memanjangkan satu jengkal”,
lalu ia bertanya lagi : “Bagaimana bila masih terbuka kakinya ?”
Beliau menjawab : “Hendaknya menambah satu hasta, dan tidak boleh lebih”. (HR. Tirmidzi 653 dan berkata : “Hadits hasan shahih”).

16. Nafkah Kepada Wanita Dari Sa’ad radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda padanya : “Apapun yang engkau berikan berupa suatu nafkah kepada keluargamu, maka engkau diberi pahala, hingga sampai sesuap makanan yang engkau angkat (masukkan) ke mulut isterimu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

17. Suami Penentu Syurga atau Neraka Isteri Al-Hushain bin Mihshan rahimahullahu menceritakan bahwa bibinya pernah datang ke tempat Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam kerana satu keperluan. Seselesainya dari keperluan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya : “Apakah engkau sudah bersuami?”
Bibi Al-Hushain menjawab : “Sudah.”
“Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu ?” tanya Rasulullah lagi.
Ia menjawab : “Aku…tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.”
Rasulullah bersabda : “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, kerana suamimu adalah Syurga dan nerakamu ” (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)

18. Isteri Yang Derhaka Di dalam kisah gerhana matahari yang mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, beliau melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya : “… Dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita”.
Para shahabat pun bertanya : “Wahai Rasulullah, Mengapa (demikian) ?”
Beliau menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian mereka bertanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”
Beliau menjawab : “Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur (ingkar) terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma)

19. Wanita Ahli Neraka Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Ada dua kelompok termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihatnya : Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengan cambuknya, dan wanita yang kasiyat (berpakain tapi telanjang baik kerana tipis, atau pendek yang tidak menutup semua auratnya), Mailat mumilat (bergaya ketika berjalan, ingin diperhatikan orang) kepala mereka seperti punuk unta yang berpunuk dua. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan baunya padahal bau Syurga itu akan didapati dari sekian dan sekian (perjalanan 500 tahun).” (HR. Muslim 3971, Ahmad 8311 dan Imam Malik 1421)

20. Balasan Menyentuh Wanita Yang Bukan Mahram Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (HR. At-Thabrani dan Baihaqi)

21. Berlebihan dalam Berpakaian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhir nanti.” (HR. Abu Daud)

22. Balasan Kepada Wanita Yang Tidak Menutup Rambut  Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (artinya) : “Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.” (HR. Bukhari & Muslim)

23. Jaga Adab di Jalanan Dari Hamzah bin Abi Usaid al-Anshari, dari bapaknya, bahwa ia telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada para wanita (saat itu beliau sambil keluar dari masjid, dan terlihat laki-laki dan wanita berbaur di jalan) :
“Ketepilah kalian, kerana tidak layak bagi kalian untuk berjalan di tengah. Kalian harus berjalan di pinggir.”
Sejak saat itu, ketika para wanita berjalan keluar, mereka berjalan ditepi tembok. Bahkan baju-baju mereka sampai tertambat di tembok, kerana begitu dekatnya mereka dengan tembok ketika berjalan. (HR. Abu Dawud; Hasan)

24. Tiada Larangan Untuk Wanita Ke Masjid Dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (artinya) :
“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian dari masjid-masjid, akan tetapi rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah; Shahih)

25. Wanita Itu Adalah Aurat Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu’alaihi wa Sallam, beliau bersabda (artinya) :
“Sesungguhnya wanita adalah aurat. Sehingga ketika ia keluar rumah, ia akan disambut oleh syaithan. Dan keadaan yang akan lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya adalah ketika ia berada di rumahnya.” (HR. Ibnu Khuzaimah; Shahih)

26. Wanita Yang Bertelanjang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Akan ada di akhir umatku kaum lelaki yang menunggang pelana seperti layaknya kaum lelaki, mereka turun di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian (tetapi) telanjang, di atas kepala mereka (terdapat sesuatu) seperti punuk unta yang lemah gemulai. Laknatlah mereka ! sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita terlaknat.” (HR. Imam Ahmad (2/233) )

27. Wanita Yang Memakai Minyak Wangi Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (HR. An-Nasaii ibnu Khuzaimah & ibnu Hibban)

28. Balasan Kepada Wanita Yang Mengikir Gigi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya.” (HR. At-Thabrani)

29. Wanita Banyak Ahli Neraka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari, no. 3069 dan Muslim no.7114, dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

30. Ramai Wanita Ke Neraka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku berdiri di depan pintu syurga, lalu (kulihat) kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya adalah orang orang miskin, dan orang orang yang kaya ditahan kecuali penghuni neraka mereka disuruh untuk masuk ke neraka, dan aku berdiri di depan pintu neraka maka (kulihat) kebanyakkan yang masuk kedalamnya adalah wanita”. (HR. Muslim, no. 7113)

31. Wanita adalah Penduduk Syurga Yang Paling Sedikit Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim, no. 7118).

32. Wanita Minta Cerai Tanpa Sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’i) maka haram baginya wangi Syurga.” (HR. Abu Daud, no. 2228, dan Ibnu Majah, no. 2055 Di shahihkan oleh syekh Al-Bani dalam “shahih sunan Abu Daud” (no. 1928).

33. Menolak Ajakan Suami Tanpa Sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila suami mengajak isteri keranjangnya (untuk jima’) lalu ia tidak memenuhi maka ia dilaknat oleh para malaikat sampai subuh”.
Dalam riwayat : “lalu ia tidur malam sedang suaminya murka maka para malaikat akan melaknatnya sampai subuh.”
Dalam riwayat lain : “Apabila isteri diwaktu malam meninggalkan ranjang suaminya, ia enggan mendatanginya, maka yang di langit (Allah) akan murka kepadanya sampai ia minta keridhaan suaminya.

34. Sedekah Wanita Penyelamat daripada Neraka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Bershadaqahlah kalian ! Kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam !”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah ?”
Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami !” (HR. Bukhari)

35. Bimbinglah Wanita Dengan Lemah Lembut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jiran tetangganya. Pergaulilah dan nasihati kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan memaksa, nescaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan berterusan dalam keadaan bengkok. Justeru pergaulilah wanita dan nasihatilah dia dengan penuh kebijaksanaan." (HR Bukhari No: 4787) Status: Hadis Sahih




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/03/8-mac-hari-wanita-sedunia-ini-antara-35.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Hari Wanita Sedunia Sharnaaz Ahmad Berbalas Posting Dengan Isteri Dalam Instagram

Ucapan Hari Wanita Sedunia Sharnaaz Ahmad Berbalas Posting Dengan Isteri Dalam Instagram

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 737 hits
Kronologi kisah rumah tangga Sharnaaz Ahmad sejak akhir akhir ini sering menjadi spekulasi Selepas kelahiran Jebat Jayden hubungan antara Sharnaaz Ahmad dan Noornabila seakan menjadi tandatanya netizen Muat naik di Instagram Sharnaaz juga s...
9 Laporan Polis Desak Siasat Agenda Lgbt Hari Wanita Sedunia

9 Laporan Polis Desak Siasat Agenda Lgbt Hari Wanita Sedunia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 375 hits
9 laporan polis desak siasat agenda LGBT Hari Wanita Sedunia Dikemas kini 10 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 10 Mar 2
Selamat Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 484 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Walaupun dah petang tapi tetap jugak nak buat post ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia buat readers blog picisan Mrs A yang bergelar wanita dan yang sebenar benarnya wanita buk...
Informasi Hari Wanita Pertahan Lgbt Apa Kata Menteri Jpm Dr Mujahid

Informasi Hari Wanita Pertahan Lgbt Apa Kata Menteri Jpm Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 373 hits
Sebahagian daripada kumpulan yang berarak di sekitar ibu negara sambil melaungkan slogan pro LGBT pada Sabtu Foto Media sosialGunakan Himpunan Hari Wanita untuk pertahan LGBT salah guna ruang demokrasi MujahidKUALA LUMPUR Menteri di Jabatan...
1 Mac Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 86

1 Mac Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 86

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 574 hits
1 Mac Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 86 Tarikh 1 Mac dekat di jiwa Cik Rose Kenapa 1 Mac merupakan hari ulang tahun Tentera Darat Ulang tahun ke 86 bagi tahun 2019 Mereka berjuang bukan kerana apa yang mereka benci di hadapan tap...
Hari Wanita Muslimat Rai Wanita Rumah Panjang Sarawak

Hari Wanita Muslimat Rai Wanita Rumah Panjang Sarawak

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 375 hits
BINTULU Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Negeri Sarawak telah mengadakan Sambutan Hari Wanita Sedunia yang dirai 8 Mac setiap tahun menerusi program ziarah khas ke beberapa rumah panjang di sini semalam Kunjungan mesra delegasi Muslim...
Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 417 hits
Astro Awani Mujahid berkata kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini Gambar fail KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pi...
Dr Mujahid Kecam Salah Guna Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt

Dr Mujahid Kecam Salah Guna Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 824 hits
PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa membidas tindakan pihak tertentu menyalahgunakan himpunan hak wanita untuk membawa isu lesbian gay biseksual dan transgender Beliau berkata ruang tunjuk perasaan sempena Ha...
Perhimpunan Lgbt Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin Ph

Perhimpunan Lgbt Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 791 hits
Perhimpunan LGBT yang di hadiri lebih 1 000 orang yang mengamalkan cara hidup dan budaya songsang mendapat kecaman dari pelbagai pihak Ketua Wanita Umno Dato Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpul...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok