Dua Isteri Rasulullah Bernama Zainab



Soalan:
Saya ada dengar bahawa isteri Nabi SAW ada yang bernama Zainab. Dan benarkah isteri yang Nabi SAW yang bernama Zainab adalah dua orang?

Jawapan:
Dalam pengamatan kami melalui kitab-kitab Sirah bahawa isteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab adalah dua orang.

Pertama: Zainab bint Khuzaimah R.Anha

Beliau berasal daripada Bani Hilal ibn Amir ibn Sya’sya’ah. Beliau digelar Ummu al-Masakin (ibunda orang-orang yang miskin) kerana kasih sayang dan kemurahan hatinya terhadap mereka. Sebelum itu, beliau adalah isteri Abdullah ibn Jahsy yang mati syahid pada Perang Uhud. Kemudian Rasulullah SAW menikahinya pada tahun keempat Hijrah. Namun beliau meninggal dunia dua atau tiga bulan setelah pernikahan ini pada akhir bulan Rabiul Awwal tahun keempat Hijrah dan disolatkan oleh Nabi SAW dan dikebumikan di Baqi’. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 690)

Ibnu Kathir berkata: “Zainab dikenali dengan sebutan Ummul Masakin kerana beliau banyak bersedekah dan berbuat baik kepada orang-orang miskin.” (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/203)

Beliau meninggal dunia pada usia yang masih sangat muda. Sebahagian rujukan menyebut bahawa umur beliau ketika itu sekitar 30 tahun.

Al-Balazuri berkata: “Rasulullah SAW berkahwin dengannya pada bulan Ramadhan tahun ketiga hijrah. Beliau bersama Rasulullah SAW selama lapan bulan dan meninggal dunia pada akhir bulan Rabi' al-Akhir tahun keempat hijrah. Rasulullah SAW solat jenazah ke atasnya dan mengebumikannya di Baqi'.” (Lihat Jumal min Ansab al-Asyraf oleh Ahmad bin Yahya al-Balazuri, 1/429)

Kedua: Zainab binti Jahsy R.Anha

Beliau berasal daripada Bani Asad ibn Khuzaimah. Beliau anak perempuan daripada ibu saudara Rasulullah SAW sendiri. Sebelum itu, beliau adalah isteri Zaid bin Harithah yang dianggap sebagai anak kandung Baginda. Maka Zaid menceraikannya, lalu Allah SWT menurunkan ayat yang berdialog dengan Rasulullah SAW:

فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِّنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَاكَهَا
“Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya.” [Surah al-Ahzab (37)]

Rasulullah SAW menikahi Zainab binti Jahsy pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 691)

Ummul Mukminin Zainab bint Jahsy R.Anha wafat pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar ibn al-Khattab, iaitu pada tahun ke-20 Hijrah. Ada juga yang menyatakan tahun ke-21 H. Beliau wafat ketika usianya 53 tahun. (Lihat Sifatu al-Safwah, 1/326)

Semoga Allah limpahkan kepada kita perasaan kasih sayang dan cinta kepada Rasul SAW dan keluarga Baginda SAW serta sahabatnya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/dua-isteri-rasulullah-bernama-zainab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Dua Tahun Kahwin Masih Ramai Tak Kenal Isteri Hazama Ini Biodata Genervie Kam Yang Bukan Calang Calang

Selepas Dua Tahun Kahwin Masih Ramai Tak Kenal Isteri Hazama Ini Biodata Genervie Kam Yang Bukan Calang Calang

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1545 hits
Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling dengan sekali lafaz pada 15 Januari 2017 Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua dua be...
Isteri Dan Dua Anak Bekas Ceo Cradle Dituduh Hari Ini

Isteri Dan Dua Anak Bekas Ceo Cradle Dituduh Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 533 hits
SHAH ALAM Isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarham Nazrin Hassan Samirah Muzaffar akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini berhubung kes pembunuhan suaminya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ...
Isteri Dua Anak Tiri Ceo Cradle Fund Bakal Didakwa Kerana Membunuh

Isteri Dua Anak Tiri Ceo Cradle Fund Bakal Didakwa Kerana Membunuh

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 702 hits
PETALING JAYA Balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh suaminya Jun tahun lalu Turut didakwa bersama Samirah Muzaffar 44 dua anak lelaki...
Isteri Dan Dua Remaja Didakwa Membunuh Ceo Cradle

Isteri Dan Dua Remaja Didakwa Membunuh Ceo Cradle

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 897 hits
PETALING JAYA Balu kepada Nazrin Hassan dan dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd itu tahun lalu Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan da...
Kerana Apakah Seorang Isteri Itu Dinikahi

Kerana Apakah Seorang Isteri Itu Dinikahi

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 301 hits
Kerana apakah seorang isteri itu dinikahi Jika soalan itu diajukan tentunya mendapat jawapan yang pelbagai Mungkin ada yang kagum akan kecantikan isterinya Ada yang mengahwini isteri kerana kehebatannya dalam kerjaya perniagaan atau penampi...
Ganti Bn Ibarat Ganti Isteri Baharu Yang Gagal Urus Rumah Tangga Dr Maza

Ganti Bn Ibarat Ganti Isteri Baharu Yang Gagal Urus Rumah Tangga Dr Maza

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 473 hits
ARAU Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberikan anologi mengenai pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Harapan yang menggantikan Barisan Nasional memerintah negara iaitu ibarat menggantikan isteri baharu yang gagal menguruskan r...
Wajibkah Cerai Isteri Ikut Kehendak Ibu

Wajibkah Cerai Isteri Ikut Kehendak Ibu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 288 hits
Soalan Saya telah pun bernikah dengan gadis pilihan saya alhamdulillah kami telah dikurniakan dua orang anak Pernikahan kami bahagia seperti pasangan lain Namun begitu ibu saya tidak menyukai isteri saya dan berkali kali minta saya ceraikan...
Hiburan Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Sweet Untuk Hari Jadi Isteri

Hiburan Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Sweet Untuk Hari Jadi Isteri

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 635 hits
Selepas dihimpit kontroversi curang buat kali kedua Aliff Aziz memilih untuk menyepikan diri dan tidak memuat naik sebarang status di media sosial Namun bersempena dengan ulang tahun kelahiran Bella Astillah yang ke 25 Aliff menerusi akaun ...
Sejak Bersalin Isteri Tak Sempat Peluk Cium Anak Ini Kali Pertama Terakhir Hati Saya Bagai Tersentak

Sejak Bersalin Isteri Tak Sempat Peluk Cium Anak Ini Kali Pertama Terakhir Hati Saya Bagai Tersentak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 489 hits
Baru baru ini viralnya kisah sedih seorang suami yang sayu melihat isterinya koma setelah bertarung nyawa melahirkan anak lelaki bongsu mereka Anak lelaki yang sudah lama dinantikan dalam dalam keluarga Namun Allah lebih menyayangi isteriny...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor