Bekam Untuk Merawat Penyakit Sunnah Rasulullah Saw


Bekam atau al-hijamah (berasal dari bahasa Arab hijama yang bererti pelepasan darah kotor) adalah teknik rawatan dengan cara membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Dalam bahasa Inggeris disebut cupping dan dalam bahasa Melayu dikenali dengan istilah Bekam.

Gambar hiasan

Bekam adalah kaedah rawatan purba yang telah digunakan dalam merawat pelbagai jenis keadaan dan penyakit di dalam tubuh manusia yang telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.

Selain itu, antara kelebihan lain berbekam adalah, ia sebenarnya bertujuan untuk mengeluarkan toksik, sel darah mati, sel darah rosak, radikal bebas dan kolesterol dalam darah.

JENIS BEKAM

Terdapat banyak jenis terapi bekam, walau bagaimanapun, dua jenis yang utama adalah bekam kering dan basah.

1. Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.

Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira- kira tiga hari.

2. Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukakan permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik kemudiannya dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.

Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih.

Rawatan bekam basah digalakkan sebanyak tiga atau empat bulan sekali kerana jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar saluran darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Terdapat 2 pendekatan untuk memahami mekanisme bekam, iaitu:

Dari perspektif Perubatan Tradisional Cina, bekam dipercayai mengawal aliran chi dan keseimbangan yin dan yang. Persamaan dengan akupunktur.

Dari perspektif perubatan barat, bekam dipercayai memberi tekanan fizikal yang merangsang refleks neural dan tindak balas endokrin.

Tidak Menyakitkan

Namun, ramai yang tidak berani mencubanya kerana beranggapan rawatan bekam menyakitkan, mungkin kerana mereka membayangkan proses mengeluarkan darah menggunakan pisau atau jarum tanpa diletakkan ubat bius terlebih dulu.

Mereka yang mahu berbekam hanya akan mengalami rasa sakit seakan digigit semut manakala kesan rawatan pula bergantung kepada pesakit itu sendiri.

Ada pesakit langsung tidak rasa apa-apa, ada rasa sedikit geli ketika dicucuk jarum, kerana bekam tidak menggunakan ubat bius, namun proses sedutan angin pada permulaan rawatan menjadikan kulit kebas.

Proses sedutan ini juga akan menebalkan kulit dan sebenarnya bertindak sebagai bius secara semula jadi.

Bekam buang darah

Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit.

Pembuangan itu bertujuan melancarkan peredaran darah selain membuang angin dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa.

Rawatan bekam juga mempunyai banyak faedah termasuklah meringankan otot yang kejang, mengatasi ketegangan berpanjangan serta membebaskan angin kotor dan toksik dalam badan.

Rawatan bekam yang merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW mampu membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diatasi dengan rawatan perubatan moden di samping menyegar dan menyihatkan badan.

PANTANG SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN

SEBELUM

Makan Berat

Jangan makan berat sekurang-kurangnya dua jam sebelum berbekam. Sebaiknya berbekam dalam keadaan perut kosong.

Ini kerana apabila perut penuh, darah akan tertumpu pada bahagian perut untuk proses pencernaan.

Mandi Air Sejuk

Jangan mandi air sejuk sebelum berbekam kerana ia akan menyebabkan pengaliran darah di bawah permukaan kulit menjadi perlahan. Sekiranya perlu mandi, gunakan air suam.

Maklumkan kepada jurubekam (sekiranya ada):
Pengalaman berbekam.Sejarah penyakit yang dialami.Alahan kulit.Jenis ubatan yang diambil.
SELEPAS

Mandi

Jangan mandi satu jam selepas berbekam bagi mengelakkan luka tusukan terkena air mandian seterusnya menyebabkan jangkitan bakteria yang boleh bahayakan kesihatan.

Kesan lebam

Akan hilang dalam masa dua hingga lima hari, bergantung kepada kesihatan individu.

Amalkan minum madu

Dinasihatkan minum sedikit madu untuk mengembalikan tenaga.

MERAWAT KENCING MANIS

Prosedur bekam basah atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas bagi membantu mengurangkan derita penyakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah.

Namun disebabkan kurang maklumat, sebahagian besar pesakit diabetes umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.

Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah.

Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.

10 TITIK BEKAM

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan diseluruh tubuh, namun rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi. Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana berbekam.

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW

Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal: dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas." -Riwayat alBukhari

Jadi, tidak mungkin Rasulullah SAW berbohong tentang kebenaran bahawa bekam mampu menyembuhkan sebahagian penyakit.

Justeru, di sini kami ingin kongsikan beberapa lagi info atau maklumat berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam dalam Islam.

#1 – Apa Itu Bekam?

Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan Berbekam?

Waktu terbaik berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.” — Hadis Riwayat Abu Daud

Mengenai hari-hari dalam seminggu, dari Nafi’ dari Umar r.a yang berkata.

"Wahai Nafi’ berbekamlah dengan berkat dari Allah SWT pada hari Khamis, berusahalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayub disembuhkan dari penyakit dan Allah SAW menimpakan penyakit padanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang biasanya muncul pada hari Rabu atau malam Rabu.” — Riwayat Ibnu Majah

#3 – Adakah Terdapat Pantang Larang Dalam Berbekam?

Ya. Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah.

Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

#4 – Bagaimana Kaedah Bekam Menurut Islam?

Pada zaman Rasulullah SAW, bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam.

Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga telah mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan jarum lancet.

#5 – Apa Hikmah dan Kelebihan Bekam?

Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;
Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah SAW.Membantu melancarkan peredaran darah.Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes).Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout).Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).Membuang racun atau sihir dalam badan dan banyak lagi manfaatnya.
#6 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?

Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.

#7 – Selamatkah Bekam?

InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah Rasulullah SAW bahkan kaedah yang dijalankan pada zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.

Namun begitu, perlu diingatkan sebelum berbekam, adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak melanggar syarak dan juru bekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.

Kesimpulan

Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah SAW yang jarang diwar-warkan.

Jika orang bukan Islam meyakini kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam perlu takut dan meraguinya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan IslamFakta Khasiat Madu Dalam Kajian Saintifik
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/bekam-merawat-penyakit-sunnah-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Rasulullah Saw Berijtihad

Adakah Rasulullah Saw Berijtihad

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 291 hits
Soalan Kita tahu Rasulullah SAW pernah berijtihad urusan keduniaan contohnya dalam strategi ketenteraan dan mengahwinkan pokok Soalan saya adakah harus bagi Nabi SAW untuk berijtihad dalam perkara perkara agama atau kesemua kata kata dan ti...
Khasiat Biji Avokado Merawat Penyakit Berbahaya

Khasiat Biji Avokado Merawat Penyakit Berbahaya

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 218 hits
Sejenis ekstrak daripada biji buah avokado didapati mampu mengurangkan bengkak dan mempunyai potensi rawatan untuk gejala penyakit jantung kanser artritis dan pelbagai penyakit yang menyebabkan keradangan kronik Seorang penyelidik sains pem...
Mengalami Penyakit Aneh Tangannya Menampar Dirinya Sendiri

Mengalami Penyakit Aneh Tangannya Menampar Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 278 hits
Kerana penyakit aneh tangan wanita ini menyerang dirinya sendiri Penyakit aneh ini bernama Alien Hand Syndrome Bayangkan diserang oleh salah satu tangan anda sendiri yang berulang kali cuba untuk menampar dan memukul anda Karen Byrne 55 tah...
Penyakit Bintik Pusar Pada Pokok Lidah Mertua

Penyakit Bintik Pusar Pada Pokok Lidah Mertua

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 766 hits
2 pokok lidah mertua aka sansevieria trifasciata telah dijangkiti penyakit bintik pusar atau antraknos Penyakit ini dipercayai berpunca dari patogen kulat dimana ianya bermula sebagai bintik2 cokelat kecil yang berair Ianya kemudian merebak...
Keluarga Sebut Pemotor Di Bsd Mengaku Teroris Idap Penyakit Skizofrenia

Keluarga Sebut Pemotor Di Bsd Mengaku Teroris Idap Penyakit Skizofrenia

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 216 hits
Keterangan itu dikuatkan dengan bukti surat dari rumah sakit Bahwa pria tersebut diketahui benar mengidap skizofrenia Keterangan itu dikuatkan juga dengan keterangan Surat Rujuk Balik dari RS Dr Marzoeki Mahdi Bogor Jawa Barat katanya
Apa Itu Penyakit Bronchopneumonia

Apa Itu Penyakit Bronchopneumonia

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum wbt APA ITU PENYAKIT BRONCHOPNEUMONIA Bronchopneumonia atau bronkopneumonia adalah jenis pneumonia yang mempengaruhi bronkus dan alveolus Bronkus adalah saluran udara yang memastikan udara masuk dengan baik dari trakea ke al...
Mata Sering Kedutan Bisa Jadi Kamu Menderita Penyakit Ini

Mata Sering Kedutan Bisa Jadi Kamu Menderita Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 192 hits
Pada kehidupan sehari hari bisa jadi kamu sering mengalami kedutan Biasanya kedutan ini muncul karena kelelahan sehingga cukup istirahat dan tidur untuk meredakannya Namun hal ini juga bisa dipicu karena adanya sebuah kondisi kesehatan seri...
Begini Langkah Mudah Untuk Cegah Dirimu Kena Penyakit Katarak

Begini Langkah Mudah Untuk Cegah Dirimu Kena Penyakit Katarak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 276 hits
Sebenarnya hidup sehat saja sudah cukup Banyak mengonsumsi buah dan sayur yang mengandung antioksidan supaya nggak cepat katarak Lalu tidak merokok dan pakai topi sunglasses serta kacamata anti UV kata Nashril Ihsan dokter spesialis mata di...
Kanak Kanak Lebih Senang Mendapat Penyakit Pneumokokal Boleh Membawa Maut Vaksin Cara Terbaik Untuk Mencegah Dr Izzar

Kanak Kanak Lebih Senang Mendapat Penyakit Pneumokokal Boleh Membawa Maut Vaksin Cara Terbaik Untuk Mencegah Dr Izzar

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 317 hits
Dr Izzar Anwari suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera berkongsi tentang penyakit Pneumokokal di instagramnya Penyakit Pneumokokal boleh dicegah melalui suntikan vaksin yang diambil Jika tidak dicegah penyakit ini boleh membawa maut Rama...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas