Ada Puak Ada Kem Ada Regu Salah Ke


 
Setelah berbelas mungkin berpuluh kali Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainudin, Peja juga Azmin Ali- semuanya pemimpin tertinggi parti menegaskan tidak ada puak atau kem dalam Bersatu timbul seorang lagi pemimpin dengan versinya tersendiri.
Saifuddin Abdullah pemimpin profil tinggi yang kini menjadi pengerusi Bersatu Pahang bercakap dalam konteks pemilihan parti yang akan diadakan bulan depan. Beliau menafikan ‘dakwaan’ atau pada hemat saya ‘pandangan’ beberapa pihak bahawa pemilihan Bersatu bakal mencetuskan perpecahan dan mewujudkan kem dalam kalangan calon bertanding.
Namun, dalam membuat penafian Saifuddin pada masa sama mengakui “jika ada team atau kem sekali pun ia tidaklah sampai mencipta perpecahan kerana pemilihan parti adalah proses biasa dalam demokrasi…kita bertanding sesama kita seperti adik-beradik sahaja”.
Kata-kata itu biasa kita dengar. Pemimpin parti politik sering berkata demikian. Bukan hanya pemimpin Bersatu. Persoalannya ada ke ‘team’, puak, regu, kem dalam Bersatu? Kalau ikut apa yang Saifuddin kata beliau tidak menolak wujudnya kem. Kan beliau kata “jika ada team atau kem sekali pun”. Maknanya ada.
Sebenarnya semua parti politik ada pasukan dan kem masing masing. Ada ‘clique’. Malah dalam syarikat besar pun ada ‘team’ dalam kalangan pengurusan atau ‘board members’. Bukan sesuatu yang pelik dan aneh.
Pemimpin parti politik mencari rakan pemimpin yang sehaluan dengan idea dan wawasan dibawa. Ertinya mencari rakan ‘satu kepala’. Lantas tertubuhlah ‘team’ dan kem. Begitu juga keadaannya dalam kalangan pengurusan syarikat.
Dalam Bersatu bukanlah rahsia besar wujud kem dan regu walaupun dinafikan, dan ramai pemerhati dan penganalisis percaya pemilihan parti akan menyaksikan pertempuran kem. Pemimpin parti pun bimbang. Muhyiddin selaku presiden mengemukakan pelan damai yang tidak perlu saya huraikan lagi kerana umum sudah maklum.
Ringkasnya menurut pelan damai itu si polan dan si anu naik jawatan, pindah jawatan dan ada yang berkompromi. Tidak perlu juga saya sebut nama kerana umum dah tahu. Tetapi pelan damai nampaknya tidak mencipta damai sepenuhnya. Atau bagai yang diharapkan. Ada pemimpin Bersatu yang menawarkan diri untuk mendapat jawatan lebih tinggi daripada jawatan mereka duduki sekarang.
Ini dilakukan kata mereka berdasarkan hak bertanding dan amalan demokrasi dalam parti. Saya setuju dengan penulisan Hishamuddin Aun dalam kolum beliau di FMT tempoh hari apa yang berlaku dewasa ini ialah akibat sikap berdolak-dalik Muhyiddin yang gagal beri mesej jelas menjelang pemilihan parti.
Realitinya suhu dalam parti terus tinggi. Ada calon jawatan tertentu dikatakan mewakili pemimpin tertentu. Maksudnya perang proksi. Walaupun saya menyatakan kem dan puak dalam parti bukan sesuatu yang pelik dan aneh perlu ditegaskan mereka jangan dibiar bertindak ‘out of control’. Pertembungan antara kem boleh mengakibatkan ‘kisah sedih’.
Imbas kembali 1987. Ini cerita semua orang tahu. Umno ada ‘Team A’ diketuai Dr Mahathir Mohamad dan ‘Team B’ pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka berperang sengit. Akibat pertempuran dalam pemilihan Ku Li keluar parti dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Sejak itu jawatan presiden Umno tidak dipertandingkan. Diizin menang tanpa tanding untuk elak perpecahan katanya. Tetapi kem tetap ada ‘until now’. Umno sekarang yang dipimpin Zahid Hamidi wujud kem. Ada puak presiden, ada puak antipresiden yang memendam rasa.
Pada 2015 pertempuran juga berlaku dalam pemilihan PAS antara golongan ulama dan kumpulan progresif. Berikutan itu tertubuh Parti Amanah Negara pimpinan Mohamad Sabu . Sejak itu PAS juga mengamalkan tiada pertandingan untuk jawatan ‘top 5’.
Penyokong Bersatu jangan bimbang kerana kata Saufuddin parti bertanding adik-beradik dan tak akan pecah ‘kalau ada team sekali pun’.
Apa pun bagi saya ‘team’ dan puak dan kem akan kekal dalam Bersatu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/ada-puak-ada-kem-ada-regu-salah-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Punca Anak Kencing Malam Bukan Salah Anak

Ini Punca Anak Kencing Malam Bukan Salah Anak

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 84 hits
Masalah anak yang kencing di malam hari memang memenatkan ibu Bukan saja penat menguruskan anak tetapi perlukan usaha berterusan untuk membasuh tilam cadar dan sebagainya setiap hari Penat dan buntu Namun apa sebabnya masalah anak kencing m...
Marah Anak Bila Buat Salah Masa Anak Buat Baik Langsung Tak Puji

Marah Anak Bila Buat Salah Masa Anak Buat Baik Langsung Tak Puji

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 115 hits
Marah anak bila buat salah masa anak buat baik langsung tak puji Sebagai ibu bapa mendidik anak adalah tanggungjawab yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan Marah Anak Bila Buat Salah Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh ramai i...
Wanita Mengaku Tak Salah Bunuh Rakan Kongsi

Wanita Mengaku Tak Salah Bunuh Rakan Kongsi

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 86 hits
BernamaNooraini Remali 36 didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Noorzihan Abd Karim pada 1 Nov lalu Nooraini Remali 36 diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh rakan...
Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad

Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya Datuk Mohamad Nizar Najib peta...
Tidak Salah Shamsul Sekadar Mengimbau Kisah Lampau

Tidak Salah Shamsul Sekadar Mengimbau Kisah Lampau

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 87 hits
MSOFlashback dibuat Shamsul Iskandar Md Akin tentang peristiwa tragis dalam pilihan raya ke 15 lalu yang digambarkan seolah olah ada kautim di antara PH dengan BN amnya dan khususnya di antara preiden PKR Anwar Ibrahim dengan preiden Umno A...
Pukul Ugut Bunuh Ibu Lelaki Mengaku Tak Salah

Pukul Ugut Bunuh Ibu Lelaki Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 99 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan memukul kepala dan mengugut bunuh ibu kandungnya berusia 75 tahun pada September Tertuduh Tai Siew Wong 50 membuat pengakuan it...
Ruu Mufti Jangan Timbulkan Keraguan Akibat Tafsiran Salah

Ruu Mufti Jangan Timbulkan Keraguan Akibat Tafsiran Salah

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 113 hits
PUTRAJAYA Dakwaan bahawa penggubalan Rang Undang Undang Mufti akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar menegaskan seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebag...
Gisbh 3 Mengaku Tak Salah Dagang Manusia Serangan Seksual

Gisbh 3 Mengaku Tak Salah Dagang Manusia Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 139 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tiga individu terkait Global Ikhwan Services and Business Holdings mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan pemerdagangan manusia dan melakukan amang seksual fizikal Tertuduh Mahmad Ha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator