Ruu Mufti Jangan Timbulkan Keraguan Akibat Tafsiran Salah




PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan, seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan,namun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana dibataskan antara lain Perkara 8(5)(a), 10, dan 11(5).
Sebagai contoh, jelas beliau, hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan ialah untuk hidup beragama, bukanlah hidup tidak beragama dan hak kebebasan beragama bagi orang Islam ialah kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama yang sebenar seperti ditentukan oleh ulil amri, atau ketua agama.
“Dalam penentuan ajaran agama Islam yang sebenar maka ia hendaklah berlandaskan Hukum Syarak. Mufti Wilayah Persekutuan hanya bertanggungjawab menentukan persoalan hukum syarak yang menyentuh undang-undang diri bagi orang Islam di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
“Penggubalan undang-undang yang bersifat pengawalan merupakan ciri sebuah negara berdaulat kerana tiada seorang pun bebas melakukan sebarang pelanggaran terhadap prinsip keluhuran perlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim mendakwa RUU tersebut adalah contoh jelas pentadbiran autoritarian di bawah kerajaan Madani dan mendakwa mufti menggunakan pengaruh besar di peringkat persekutuan.
Sister In Islam (SIS) pula mendakwa, meluluskan RUU itu akan memberikan kuasa tanpa kawalan kepada pihak berkuasa agama kerana mereka akan kebal terhadap tindakan undang-undang, kata Sisters In Islam (SIS).
Menurut Mohd. Na’im, sekatan kebebasan seseorang itu tidak bermakna dakwaan berlaku perlanggaran terhadap hak asasi itu benar kerana keabsahan suatu hak asasi itu ditentukan oleh Perlembagaan.
Sebagai contoh katanya, fatwa mengenai amalan ajaran agama Islam yang sesuai mengikut keadaan tempatan serta larangan ikutan terhadap ajaran, pegangan dan fahaman yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Pada masa sama, katanya, terdapat juga sesetengah pihak yang keliru dan salah faham terhadap fungsi dan kuasa Mufti di bawah sistem perundangan negara.
“Sesungguhnya tindakan mempertikai kuasa Mufti atas alasan penjawatnya tidak dipilih oleh rakyat adalah tidak berperlembagaan.
“Sebagai contoh, di bawah seksyen 35 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga diperuntukkan kuasa untuk melarang penggunaan apa-apa loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang semasa bekerja,” katanya.
Beliau menjelaskan, kuasa yang dilaksanakan oleh mana-mana individu seperti Mufti dan Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Akta mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Manakala, pelantikan mereka dibuat melalui undang-undang dan bukannya secara pentadbiran semata-mata.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam diakibatkan tafsiran yang salah terhadap RUU Mufti kerana ia akan menghalang usaha murni kerajaan bagi mengukuhkan pentadbiran Islam di negara ini.
“Kita seharusnya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti kerana Mufti adalah pihak berkuasa yang berautoriti untuk memberi nasihat tentang hukum syarak sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 33 Akta 505 (Fasal 4 RUU Mufti).
“Selain itu, perlu difahami bahawa sesuatu fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti ini adalah mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa Negeri selaras dengan butiran 1 Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Malah, sebelum fatwa itu boleh mengikat, ia perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Majlis Agama Islam terlebih dahulu. Dalam pada itu, fatwa juga tidak boleh bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis,” katanya.
Justeru, beliau sekali lagi menegaskan, RUU Mufti digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan Mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak serta perkara yang berkaitan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.
Katanya, RUU ini memperuntukkan 9 Bahagian iaitu Bahagian permulaan, Mufti dan Timbalan Mufti, Jawatankuasa Fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai.
“ Menerusi RUU Mufti, pengasingan kuasa antara Jabatan Agama Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas. Pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Hukum Syarak di bawah bidang kuasa Mufti akan ditadbir oleh akta berasingan,” katanya.
Jelasnya, Penggubalan RUU ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam seterusnya menjamin hak-hak keadilan kepada umat Islam di Malaysia. – UTUSAN
 




Source link
The post RUU Mufti: Jangan timbulkan keraguan akibat tafsiran salah appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/ruu-mufti-jangan-timbulkan-keraguan-akibat-tafsiran-salah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Suka Hati Langgan Kotak Tv Haram Salah Dari Segi Undang Undang

Jangan Suka Hati Langgan Kotak Tv Haram Salah Dari Segi Undang Undang

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 75 hits
Dalam dunia digital yang serba canggih ini ramai di antara kita mungkin tidak menyedari atau dengan sengaja memilih untuk menggunakan peranti penstriman haram Penggunaan peranti ini bukan sahaja melanggar undang undang tetapi juga membawa p...
Ruu Mufti Beri Pihak Berkuasa Agama Kuasa Tanpa Pengawasan

Ruu Mufti Beri Pihak Berkuasa Agama Kuasa Tanpa Pengawasan

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 84 hits
Meluluskan Rang Undang undang Mufti 2024 akan memberikan kuasa tanpa kawalan kepada pihak berkuasa agama kerana mereka akan kebal terhadap tindakan undang undang kata Sisters In Islam Dalam satu kenyataan kumpulan hak wanita itu berkata ini...
Mufti Perlis Ajak Menteri Agama Berdialog Isu Ruu Mufti Wilayah

Mufti Perlis Ajak Menteri Agama Berdialog Isu Ruu Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 55 hits
Malaysiakini nbsp Beberapa hari menjelang pembentangan Rang Undang Undang Mufti Wilayah Persekutuan yang kontroversi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar berdialog dengannya ber...
Ruu Mufti 2024 Tidak Digubal Tergesa Gesa

Ruu Mufti 2024 Tidak Digubal Tergesa Gesa

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 69 hits
Putrajaya Dakwaan kononnya Rang Undang Undang Mufti 2024 digubal secara tergesa gesa dan dipengaruhi pihak tertentu adalah tidak benar kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar Beliau berkata penggubalan RUU itu me...
Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 115 hits
Hewlett Packard Enterprise baru saja melancarkan server HPE ProLiant DL145 Gen11 yang ditujukan untuk sektor runcit pembuatan dan telekomunikasi Server ini direka khas untuk digunakan di persekitaran seperti kilang klinik dan lokasi terpenc...
Diet Terlalu Ketat Cuba Tip Mudah Ni Jangan Sampai Tak Lalu Makan

Diet Terlalu Ketat Cuba Tip Mudah Ni Jangan Sampai Tak Lalu Makan

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 87 hits
Diet itu penting tapi kalau terlalu ketat hidup boleh jadi hambar macam nasi tanpa lauk Haha Jangan risau ada cara untuk diet dengan lebih rileks dan tetap maintain slim macam model runway Berikut beberapa tip mudah yang boleh dicuba Pilih ...
Pepijat Atas Tilam Jangan Panik Guna Alat Ini Sahaja Boleh Selesai

Pepijat Atas Tilam Jangan Panik Guna Alat Ini Sahaja Boleh Selesai

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 108 hits
Pepijat atas tilam lama ini memang susah dibendung dan saiz kecil menyukarkan mata daripada melihat dan membunuh ia Kadang kadang kita pun tahu tilam tersebut ada pepijat tahu tahu sahaja badan habis gatal dan kemerahan Ikuti perkongsian pe...
Kalau Tak Cerdik Jangan Bagi Komen Bodo

Kalau Tak Cerdik Jangan Bagi Komen Bodo

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 59 hits
Gila ada banyak jenis Tapi ni gila jenis ala tak dapat nak dipastikan Penubuhan SG4 dan Sanusi ke Jepun dikatakan sebab ringgit mengukuh Bila kata langkah reformasi ekonomi yang telah diambil oleh kerajaan sebagai punca ringgit mengukuh pua...
Rahsia Uli Cakoi Bersarang Jangan Lupa Buat Perkara Ini Ketika Digoreng

Rahsia Uli Cakoi Bersarang Jangan Lupa Buat Perkara Ini Ketika Digoreng

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 100 hits
Kuih Cakoi merupakan salah satu jenis hidangan yang sangat digemari dan terkenal dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia Selain dipanggil Cakoi oleh bangsa Melayu kuih ini juga cukup dikenali Di kalangan masyarakat Cina dengan nama You...
Anak Anjing Beri Petunjuk Penemuan Bayi Lelaki Ditinggalkan Tepi Parit

Medic Edge Takaful

The Future Of Golf Cart Power How 48v Lithium Batteries Are Changing The Game

Lirik Lagu Kamu Aina Abdul

Dewan Rakyat Speaker Defends Decision To Prioritise Govt Mps Questions

Wanita Dihempap Pokok Tumbang Di Gunung Tahan Gagal Diselamatkan Meninggal Dunia

Pendedahan Arahan Lewat Malam Anwar Supaya Biarkan Zahid Menang Cetus Tanda Tanya

Ku Li Says Anwar Is All Talk Call For Reforms Merely Borne Out Of Anger Against Dr Mahathir


echo '';
5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober

5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia


Kuih Jem Original

Ruu Wilayah Jadi Panas

Emosi Pengaruhi Makan Betul Ke

Sambut Hari Lahir Di Halab Penang

Spaghetti Bolognese

Atuk Buat Aksi Lagak Ngeri Demi Content