Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib petang ini, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.
Permohonan maaf Najib itu datang enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.
Menurut kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.
"Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Najib menambah, sepanjang tempoh menjalani hukuman penjara 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat kenyataan itu.
Najib kemudian memetik artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Low Taek Jho atau Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.
"Perbicaraan mahkamah baru-baru ini, sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini diterbitkan media (The Edge) yang berdasarkan analisis mereka terhadap kes itu serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB," dakwanya dalam kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Najib mendakwa bahawa rumusan daripada artikel diterbitkan itu menyatakan PetroSaudi serta Jho Low bersubahat untuk memperdayakan beliau.
"Saya tidak sedar PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.
"Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, Saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi sepertimana yang telah dinyatakan dalam prosiding mahkamah bahawa memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi, iaitu sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah ataupun sivil," dakwanya.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu berkata, apabila berlaku kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku dalam 1MDB, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza.
"Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai ulasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.
"Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dua hala pada peringkat tertinggi," katanya.
Najib mendakwa lagi, beliau telah dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas, dirinya bukanlah dalang pada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekali pun bersubahat dengan Jho Low.
"Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang undang. Saya masih lagi terkejut apabila mengetahui kepincangan dan perbuatan tidak bermoral serta pelanggaran undang-undang yang berlaku di 1MDB. Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC International Sdn Bhd (SRC) dan juga di 1MDB," katanya.
Walaupun begitu, Najib mendakwa bahawa dirinya masih dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara bukan dilakukan dan tidak mengetahui secara sedar.
"Adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah," katanya.
Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi sekarang, Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, akan memutuskan sama ada untuk memanggil Najib membela diri atau membebaskannya daripada pertuduhan berkenaan.
Najib telah dikenakan sejumlah 42 pertuduhan dalam empat perbicaraan jenayah berasingan yang berkaitan dengan 1MDB.
Beliau kini sedang menjalani hukuman penjara yang dikurangkan kepada enam tahun selepas mendapat pengampunan, setelah disabitkan kesalahan menyalahgunakan RM42 juta dana milik SRC International (SRC). #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/najib-mohon-maaf-secara-terbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mohon Maaf Kecurangan Dalam 1mdb Akui Terluka

Najib Mohon Maaf Kecurangan Dalam 1mdb Akui Terluka

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 52 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat dan mengakui terluka dengan kecurangan berlaku dalam syarikat 1MDB Dalam kenyataan dibacakan anaknya Nizar perdana menteri keen...
Wanita Mengaku Tak Salah Bunuh Rakan Kongsi

Wanita Mengaku Tak Salah Bunuh Rakan Kongsi

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 51 hits
BernamaNooraini Remali 36 didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Noorzihan Abd Karim pada 1 Nov lalu Nooraini Remali 36 diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh rakan...
Marah Anak Bila Buat Salah Masa Anak Buat Baik Langsung Tak Puji

Marah Anak Bila Buat Salah Masa Anak Buat Baik Langsung Tak Puji

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 73 hits
Marah anak bila buat salah masa anak buat baik langsung tak puji Sebagai ibu bapa mendidik anak adalah tanggungjawab yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan Marah Anak Bila Buat Salah Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh ramai i...
Ini Punca Anak Kencing Malam Bukan Salah Anak

Ini Punca Anak Kencing Malam Bukan Salah Anak

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 51 hits
Masalah anak yang kencing di malam hari memang memenatkan ibu Bukan saja penat menguruskan anak tetapi perlukan usaha berterusan untuk membasuh tilam cadar dan sebagainya setiap hari Penat dan buntu Namun apa sebabnya masalah anak kencing m...
Mesyuarat Pembangunan Dewan Terbuka 2024

Mesyuarat Pembangunan Dewan Terbuka 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 122 hits
Mesyuarat Pembangunan Dewan Terbuka 2024 Kali ni lokasi di SMK Kelapa Sawit Seronok tengok sekolah dengan progress dah hampir siap untuk digunakan ni Terbaeekkk schoollife thecoloursoflife fyp IniStyleKita mknace mknaceunlimited dewanterbuk...
Tidak Salah Shamsul Sekadar Mengimbau Kisah Lampau

Tidak Salah Shamsul Sekadar Mengimbau Kisah Lampau

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 53 hits
MSOFlashback dibuat Shamsul Iskandar Md Akin tentang peristiwa tragis dalam pilihan raya ke 15 lalu yang digambarkan seolah olah ada kautim di antara PH dengan BN amnya dan khususnya di antara preiden PKR Anwar Ibrahim dengan preiden Umno A...
Cedera Buku Lali Halang Zii Jia Sertai Terbuka Denmark

Cedera Buku Lali Halang Zii Jia Sertai Terbuka Denmark

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 59 hits
KUALA LUMPUR Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark yang bermula hari ini selepas mengalami kecederaan buku lali semasa menyertai Terbuka Artik minggu lalu Justeru impian pem...
Quot Saya Minta Maaf Tipu Netizen

Quot Saya Minta Maaf Tipu Netizen

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 96 hits
nbsp SELEPAS perkongsian video pergaduhannya dengan Qistina Raisah hangat diperkatakan netizen pelakon Arnie Shasha akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung konflik berkenaan Mengakui pergaduhan itu hanya gimik semata mata Arni...
Danish Hakim Minta Maaf Nafi Tak Selesa Dipanggil Anak Norman Amp Abby Abadi

Danish Hakim Minta Maaf Nafi Tak Selesa Dipanggil Anak Norman Amp Abby Abadi

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 64 hits
Anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim minta maaf kepada orang ramai atas kenyataan ditulisnya di Threads baru baru ini Jelas Danish Haki dia hanya menulis kenyataan tersebut secara spontan di platform...
Kebaikan Kerajaan Adakan Undang Undang Gaji Minimum Untuk Pekerja Di Malaysia

Um Student Groups Push For Action Against Telegram Harassment

Kontraktor Bangladesh Didakwa Terima Rasuah Atur Kemasukan Warga Asing Disenarai Hitam Imigresen

Why Pelican Delivers Is The Best Cannabis Delivery Service In The Industry

Dapat Juga Hannah Delisha Nora Danish

Pemandu E Scooter Selamba Masuk Laluan Kereta Di Jalan Kl

Eka Heights Gaya Hidup Baru Dalam Komuniti Yang Pesat Membangun

Tak Boleh Guna Google Maps Di China


echo '';
5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Tiada Dia Slot Megadrama Astro Ria

Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4


Makan Bakso Di Restoran Jawa Annur Chowkit

Aftermath Of The Mbi Quake That Rattled Penang

Salam Jumaat

Luahan Hati Ds Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar

Nabila Taqiyyah Terpatah Terluka Chord

Putra Aiman Feat Haikal Iman Perjalanan Chord