Tubuh Rci Siasat Tommy Teliti 15 Kes Mahkamah Babit Ph Yang Digugur Desak Ahli Parlimen Bn


FMT ReportersAbdul Azeez Abdul Rahim turut mempersoal mengapa ketika PH memerintah tiada dakwaan berat sebelah seperti yang didakwa berlaku hari ini sedangkan banyak kes membabitkan pemimpin PH digugurkan ketika itu.KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkata, RCI itu penting bagi merungkai isu yang mengheret beberapa pemimpin Umno ke mahkamah sehingga digelar sebagai pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH).
“Saya usulkan kepada kerajaan bawah Ahli Parlimen Bera (Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, ‘let us be gentleman’, kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau.
“Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangkap dan menuduh mereka, khususnya dalam kalangan kami (Barisan Nasional) dulu.
“Kita mesti berani kerana kita benar. Kita sudah setuju dengan RCI Tabung Haji dan harap kerajaan dapat laksanakan RCI Tommy Thomas. Kalau kerajaan, kepemimpinan Umno dan pembangkang daripada PH bersetuju menubuhkan RCI Tabung Haji, kenapa tidak melakukan perkara sama, iaitu menubuhkan RCI Tommy Thomas,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Dalam ucapannya, Azeez turut membidas tindakan pembangkang mempersoalkan keputusan mahkamah kononnya berpihak kepada pemimpin Umno baru-baru ini termasuk melibatkan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maszlan.
Katanya, pembangkang sepatutnya cermin diri dan menilai semula keputusan dibuat mereka ketika menjadi kerajaan apabila 15 kes mahkamah digugurkan, antaranya membabitkan pemimpin PH bawah pentadbiran mereka.
Jelasnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga perlu menjelaskan bagaimana kes berkenaan boleh digugurkan ketika Tommy Thomas memegang jawatan Peguam Negara.
“Semasa PH memerintah, pada waktu itu Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) menjadi Timbalan Menteri Undang-nndang mengapa ia (15 kes digugurkan) berlaku, kenapa ada berat sebelah pada hari ini?
“Kita tahu kes rasuah, antaranya membabitkan Bagan (Lim Guan Eng), Rafizi Ramli (pemimpin PKR) dan banyak lagi yang dilepaskan (mahkamah), namun kami ketika itu sebagai pembangkang menghormati keputusan Peguam Negara dan mahkamah sebab kita ada undang-undang, kita mesti patuh,” katanya.
Azeez turut mempersoal mengapa mengapa hari ini pembangkang manipulasi segala keputusan dibuat, malah meminta Peguam Negara meletak jawatan sedangkan ketika mereka memerintah, BN yang menjadi pembangkang tidak mendesak perkara itu dan menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka.
“Ahli Umno dikenakan pembunuhan karakter dan didoktrin bahawa kami adalah kluster mahkamah, sedangkan apabila 15 kes digugurkan, tidak pula kami katakan mereka kluster mahkamah,” katanya
Azeez berkata demikian mengulas tindakan pemimpin pembangkang termasuk Hanipa minggu lalu mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) benar-benar bebas dan berintegriti, berikutan kononnya banyak kes membabitkan pemimpin Umno yang dibawa kepada pendakwaan dilepaskan di mahkamah termasuk membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan terbaharu membabitkan Ahmad Maslan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu membebaskan Ahmad atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta dan memberi pernyataan palsu kepada SPRM selepas beliau membayar kompaun RM1.1 juta.
Beliau didakwa gagal mengisytiharkan wang yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/tubuh-rci-siasat-tommy-teliti-15-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Dicuri Sprm Siasat Jika Ada Barang Kes Lain Dicuri

Setelah Dicuri Sprm Siasat Jika Ada Barang Kes Lain Dicuri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 238 hits
AGENSI antirasuah menyiasat sekiranya terdapat kecurian bahan bukti dalam kes lain yang sedang disiasat atau dibicara seperti melibatkan kes Hasanah Abdul Hamid kata sumber Pegawai kanan agensi itu memberitahu The Malaysian Insight siasatan...
Ahli Parlimen Rompin Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi Tnb Berkuat Kuasa 1 Oktober

Ahli Parlimen Rompin Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi Tnb Berkuat Kuasa 1 Oktober

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 390 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad berkuat kuasa 1 Oktober ini Hasan 68 menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar s...
Sprm Siasat Tiga Pegawai Kanan Mereka Atas Dakwaan Curi Barang Kes Wang Tunai Rm25j

Sprm Siasat Tiga Pegawai Kanan Mereka Atas Dakwaan Curi Barang Kes Wang Tunai Rm25j

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu SPRM da...
Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 385 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke 12 yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini 8...
Mou Segera Agihkan Peruntukan Sama Rata Ahli Parlimen

Mou Segera Agihkan Peruntukan Sama Rata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 462 hits
Peruntuan sama rata antara Ahli ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam memorandum kerjasama telah diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mastura Mohd Yazid akan dibayar mulai tahun ini Bagaimanapun Ahli Parli...
Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 473 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Bung Moktar Radin sedar bukan Pakatan Harapan yang memotong bajet pembinaan sebaliknya kerajaan Sabah ketika itu yang meminta projek tersebut diambil alih oleh JKR Sabah PETALING JAYA Ahli ...
Kes Rm272 99 Juta Ucustoms Siasat Pegawai Tinggi Kerajaan Menteri

Kes Rm272 99 Juta Ucustoms Siasat Pegawai Tinggi Kerajaan Menteri

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 257 hits
FAZLI RADZISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat pegawai dan menteri menteri yang terlibat dalam kelulusan siri pembayaran RM272 99 juta untuk projek sistem uCustoms yang gagal disiapkan kata Ahli Parlimen Kepong Lim Lip En...
5949 Penyerahan Memorandum Kepada 220 Ahli Parlimen Tentang Isu Paksaaan Dan Keselamatan Vaksin Gpmc Media 22 09 2021

5949 Penyerahan Memorandum Kepada 220 Ahli Parlimen Tentang Isu Paksaaan Dan Keselamatan Vaksin Gpmc Media 22 09 2021

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 298 hits
Semoga semuanya berjalan dengan lancar apabila isu ini disuarakan oleh Yb Dr Maszlee Sumber GPMC MediaPENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA 220 AHLI PARLIMEN TENTANG ISU PAKSAAAN DAN KESELAMATAN VAKSIN
Menyiasat Tommy Dan Buka Semula Kes Kes Ph Mampu Pulihkan Imej Perundangan Negara

Menyiasat Tommy Dan Buka Semula Kes Kes Ph Mampu Pulihkan Imej Perundangan Negara

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 331 hits
Oleh Sirajuddin AhmadRamai rakyat begitu teruja terutamanya ahli UMNO sebaik sahaja kabinet Ismail Sabri mengumumkan akan menyiasat bekas Peguam Negara dan seterusnya mencungkil validity kes kes yang digugurkan sewenang wenangnya oleh Tommy...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Dapat Duit Raya Sikit Be Like

The Best Way To Spend Your Much Awaited Vacation

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Mangsa Banjir Johor Terus Meningkat

Agreeableness