Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen


 
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, Sabah sepatutnya mendapat bantuan banjir lebih banyak sebagai layanan ‘adil’ daripada kerajaan persekutuan.KOTA KINABALU: Seorang Ahli Parlimen pembangkang Sabah menyelar kerajaan persekutuan memberikan peruntukan RM18 juta untuk bantuan bencana di negeri itu berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah bulan lalu.
Malah katanya, hanya RM2 juta daripada RM18 juta peruntukan itu akan diagihkan bagi membantu mangsa banjir di Sabah.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dari DAP berkata, keputusan Putrajaya itu menimbulkan kemarahan rakyat Sabah selepas warganet membandingkan peruntukan yang diberikan kepada negeri itu dan Kedah.
“Cukup memalukan, sebagai hadiah sempena Hari Malaysia kepada Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Kedah adalah negeri kecil, tetapi menerima peruntukan RM78 juta. Sebagai perbandingan, Sabah yang lebih besar hanya diberikan RM18 juta,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan RM18,241,250 akan disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada Sabah.
Katanya, wang itu antara lain untuk urusan perolehan 2,000 unit kit makanan berjumlah RM160,000, pembelian 2,500 unit C-tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi Covid-19 di Sabah (RM16 juta).
Bulan lalu, Ismail mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM78 juta untuk membantu mangsa banjir di Kedah, dengan keutamaan untuk membaiki infrastruktur dan bantuan tunai segera kepada penduduk yang kediamannya rosak.
Dalam tindakan umum pertamanya selepas menjadi Perdana Menteri, Ismail berkata, dana terbabit juga akan digunakan untuk membaiki saliran air dan sungai di Yan serta Merbok, termasuk membina empangan, selain membantu petani padi yang kehilangan hasil dalam banjir berkenaan.
Mengulas lanjut, Chan berkata, RM16 juta daripada RM18 juta yang disalurkan kepada Sabah itu untuk operasi Covid-19.
“Ini bermakna kurang daripada RM2 juta akan digunakan untuk bantuan banjir, dengan sebahagian besar (RM1.1 juta) bagi kos operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana.”
Beliau berkata, Ismail turut menyatakan RM3 juta daripada RM78 juta yang diberikan kepada Kedah untuk membaik pulih rumah dan kerosakan lain dialami mangsa banjir di negeri itu.
“Kedah mendapat RM3 juta untuk membaiki rumah dan kerosakan lain. Jumlah ini sahaja sudah melebihi jumlah keseluruhan peruntukan bukan berkaitan Covid-19 yang diumumkan untuk Sabah.
“Adakah ini sebahagian daripada layanan ‘adil’ daripada kerajaan persekutuan kepada Sabah? Adakah ini yang kita dapat, walaupun kerajaan negeri menyokong Putrajaya?” soalnya.
Chan berkata, beliau turut mendapati kerajaan persekutuan hanya memperuntukkan RM500,000 kepada Sabah bagi kegunaan kerja baik pulih kecemasan tidak dijangka sebelum dan selepas banjir.
Maklumat berkenaan terkandung dalam jawapan kepada soalannya yang dikemukakan di Parlimen Khamis lalu.
“Jadi, apa yang diumumkan Ismail semalam adalah ‘tambahan’ kepada Sabah selepas pantai barat negeri ini mengalami banjir besar sebelum sambutan Hari Malaysia.
“Jika tiada kunjungan PM ke Sabah sempena sambutan Hari Malaysia, adakah rakyat Sabah akan menerima tambahan RM18 juta itu?” soalnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/kedah-dapat-rm78-juta-bantuan-banjir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Bantuan Rm2 000 Pelajar Di Negeri Sabah Mohon Sebelum 30 Oktober 2021

Permohonan Bantuan Rm2 000 Pelajar Di Negeri Sabah Mohon Sebelum 30 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 470 hits
Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT yang dikenali sebagai BUDI secara one off kepada anak kelahiran sabah yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN ...
Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 527 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Bung Moktar Radin sedar bukan Pakatan Harapan yang memotong bajet pembinaan sebaliknya kerajaan Sabah ketika itu yang meminta projek tersebut diambil alih oleh JKR Sabah PETALING JAYA Ahli ...
Hajiji Serah Bantuan Tunai Kecemasan Janji Bantu Baik Pulih Kediaman Mangsa Banjir Penampang

Hajiji Serah Bantuan Tunai Kecemasan Janji Bantu Baik Pulih Kediaman Mangsa Banjir Penampang

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 300 hits
HAJIJI menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sugud Penampang FOTO Ihsan JKM Sabah Bantuan tunai RM1 000 buat mangsa banjir PENAMPANG Sabah memberikan bantuan segera wang kecemasan sebanyak RM1 00...
Ini Jadinya Kalau Pilih Ahli Parlimen Yang Tak Berapa Cerdik

Ini Jadinya Kalau Pilih Ahli Parlimen Yang Tak Berapa Cerdik

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 207 hits
MP Pas Kuala Krai tanya menteri jalan bawah bidang kuasa kerajaan negeriFAZLI RADZITanggungjawab penyenggaraan jalan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi Ahli Parlimen bertanyakan kepada menteri Itu yang terjadi pada Abdul Latiff Ab...
Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 257 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR berkata Pakatan Harapan akan menarik diri daripada memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai dengan kerajaan pada bila bila masa jika ia gagal melaksanakan perkara yang dipersetujui...
5949 Penyerahan Memorandum Kepada 220 Ahli Parlimen Tentang Isu Paksaaan Dan Keselamatan Vaksin Gpmc Media 22 09 2021

5949 Penyerahan Memorandum Kepada 220 Ahli Parlimen Tentang Isu Paksaaan Dan Keselamatan Vaksin Gpmc Media 22 09 2021

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 316 hits
Semoga semuanya berjalan dengan lancar apabila isu ini disuarakan oleh Yb Dr Maszlee Sumber GPMC MediaPENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA 220 AHLI PARLIMEN TENTANG ISU PAKSAAAN DAN KESELAMATAN VAKSIN
Ahli Parlimen Ph Persoal Tiada Tindakan Ke Atas Suspek Dalam Kematian Adib

Ahli Parlimen Ph Persoal Tiada Tindakan Ke Atas Suspek Dalam Kematian Adib

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 199 hits
September 21 2021 Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 memutuskan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu tidak diketahui KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen pembang...
Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 260 hits
MALAYSIA NOW Hamzah berkata ketika perarakan pembangkang 2 Ogos lalu SOP kesihatan menyatakan tiada sebarang perhimpunan boleh diadakan di mana mana tempat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Gambar Bernama Menteri Dalam Negeri Hamzah Zain...
Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Tuna Puff Yang Rangup Ringkas Enak

Monolog Berdiri 2

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Sst Emas Barang Kemas Yang Dikenakan Dikecualikan Cukai