Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Masih Dibincangkan Kata Timbalan Menteri Kewangan


Mohamad FadliTimbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa berkata, perbincangan dengan institusi kewangan memerlukan masa kerana membabitkan keputusan komersial antara bank, lembaga pengarah dan pemegang sahamnya. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa berkata, kerajaan masih membincangkan cadangan pemberian moratorium pinjaman tanpa faedah terakru kepada rakyat dengan institusi perbankan.
Katanya, perbincangan itu memerlukan masa kerana membabitkan keputusan komersial antara bank, lembaga pengarah dan pemegang sahamnya.
“Namun satu rumusan kita akan usahakan dengan mengambil kira kesan jangka panjang terhadap peminjam, pendeposit, pelabur, institusi kewangan dan ekonomi negara.
“Kerajaan juga memahami masalah dihadapi rakyat dan akan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dikemukakan,” katanya pada sesi penggulungan Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian susulan cadangan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) supaya kerajaan mengusahakan pengecualian faedah untuk moratorium pinjaman bank bagi suku keempat tahun ini.
Sementara itu, Ahmad Maslan (BN-Pontian) menggesa kerajaan segera memutuskan perkara itu kerana pemberian moratorium pinjaman tanpa faedah terakru dinantikan rakyat.
“Kita difahamkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz (yang berkata) bahawa perkara itu sudah selesai dan salah satu perkara dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang ialah menyelesaikan moratorium pinjaman tanpa faedah terakru.
“Tetapi jawapan timbalan menteri kewangan nampaknya perkara itu belum selesai.
“Saya harap perkara ini diselesaikan dengan kerajaan memutuskan tidak ada faedah terakru terhadap moratorium pinjaman. Itu diharapkan ramai di luar sana.”
Pada 14 Sept lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan sedia membincangkan cadangan pemberian moratorium pinjaman tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi memudahkan pembayaran hutang isi rumah.
Katanya, perbincangan akan dibuat bersama Kementerian Kewangan berhubung perkara tersebut.
Bulan lalu, Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus dilaporkan berkata, pemansuhan faedah terakru dalam moratorium pinjaman hanya akan memberi impak jangka panjang kepada ekonomi negara.
Beliau berkata, faedah terakru bank di negara ini menerusi moratorium hampir RM1.4 trilion, iaitu bersamaan 73% daripada sistem pinjaman bank.
Katanya, faedah terakru dalam moratorium pinjaman untuk menampung kos pinjaman bank, termasuk pembayaran faedah deposit daripada bank serta pinjaman lain seperti bon yang dibuat pihak bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/moratorium-pinjaman-tanpa-faedah-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 225 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke 12 yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini 8...
Kkm Cari Jalan Bawa Pulang Doktor Pakar Kata Timbalan Menteri

Kkm Cari Jalan Bawa Pulang Doktor Pakar Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 237 hits
Kementerian Kesihatan turut melantik semula pakar perubatan tempatan yang bersara wajib termasuk mendapatkan khidmat kepakaran daripada sektor swasta menerusi penyampaian perkhidmatan dan penyumberluaran KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan b...
7 Inisiatif Bantu Veteran Atm Sedang Dirangka Kata Timbalan Menteri

7 Inisiatif Bantu Veteran Atm Sedang Dirangka Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 217 hits
Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata antara inisiatif adalah menyediakan kempen Tabung Pahlawan dan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada pegawai serta anggota yang berkhidmat pada 1969 ketika Darurat PETALING JA...
Kementerian Kewangan Arahkan Bank Usahakan Pengecualian Faedah Moratorium

Kementerian Kewangan Arahkan Bank Usahakan Pengecualian Faedah Moratorium

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 140 hits
Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium KABINET bersetuju supaya bank memberi pengecualian bayaran faedah kepada penerima moratorium pinjaman bank sebagai sebahagian perjanjian persefahaman kerajaan dan Pak...
Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 254 hits
KDN mempertimbangkan langkah memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah termasuk dalam kalangan Orang Asal yang belum memiliki dokumen identiti diri KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri ...
Pengecualian Bayaran Faedah Untuk Moratorium Pinjaman Bank Sedang Diusahakan

Pengecualian Bayaran Faedah Untuk Moratorium Pinjaman Bank Sedang Diusahakan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 159 hits
Oleh FAZLI RADZI September 15 2021 Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pihak pembangkang sedang mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat Ketua P...
Kenderaan Timbalan Menteri Pas Didakwa Potong Garisan Berkembar

Kenderaan Timbalan Menteri Pas Didakwa Potong Garisan Berkembar

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 207 hits
FAZLI RADZISebuah kenderaan dipercayai membawa orang kenamaan dan ahli politik Pas dilihat jelas melakukan kesalahan lalu lintas malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain Tindakan pemandu kenderaan berwarna hitam itu memotong di gari...
Sepanduk Sambut Menteri Timbalan Bazir Wang Kerajaan

Sepanduk Sambut Menteri Timbalan Bazir Wang Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 117 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINTidak payahlah buat sepanduk sambut menteri atau timbalan menteri lagi dalam suasana sekarang Buat sepanduk sebegitu membazir wang kerajaan sebab sepanduk itu dibuang sahaja selepas tamat acara Jika mahu beri projek kepada...
Kurangkan Guna Penyaman Udara Timbalan Menteri Nasihat Sekolah

Kurangkan Guna Penyaman Udara Timbalan Menteri Nasihat Sekolah

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 195 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon membuat lawatan kerja ke Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Remaja di pusat pemberian vaksin Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City Tanjung Malim TANJUNG MALIM Pihak pengurusan sekolah dinasihat...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran