Sabah Dibenarkan Rentas Daerah Tapi Untuk Tujuan Ini Sahaja


Alhamdulillah bole rentas daerah, tapi untuk tujuan ini sahaja. Sila baca dan ambil perhatian.. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) Sabah Dibenarkan Rentas Daerah, Tapi Untuk Tujuan Ini Sahaja. KOTA KINABALU: Semua pergerakan rentas daerah di Sabah belum dibenarkan pada masa ini kecuali bagi urusan tertentu termasuk kecemasan.

Penjelasan itu diharap dapat meredakan kekeliruan yang timbul akibat mesej tular yang tidak sahih mengenai kebenaran rentas daerah di negeri ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pada masa ini kebenaran rentas daerah masih tertakluk kepada hal kecemasan, pekerjaan dengan surat majikan serta janji temu vaksinasi Covid-19.

Urusan lain yang dibenarkan rentas daerah seperti perkhidmatan perlu, pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin melawat anak berumur 18 tahun dan ke bawah.

Sebelum ini, satu notis kebenaran rentas daerah di Sabah tular dalam media sosial.


“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya notis yang ditularkan itu.

“Hasil siasatan mendapati notis berkenaan adalah notis lama yang dikeluarkan pada 6 Mei 2020 dan disebarkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Idris, pada masa ini pergerakan individu daripada rumah yang sama dan golongan dewasa yang lengkap vaksin turut dibenarkan keluar dalam daerah sama berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih atau palsu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


Tindakan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 dan penjara setahun.

Rentas Daerah hanya dibenarkan untuk tujuan ini: Urusan kecemasanPekerjaan dengan surat majikanjanji temu vaksinasipasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin melawat anak berumur 18 tahun dan ke bawah. Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran, Pasar Raya Di Sabah Kerajaan negeri akan melaksanakan syarat lengkap dua dos vksin kepada pekerja dan pelanggan restoran dan pasar raya bermula pada 21 September ini.

Maka, semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya hendaklah lengkap divksin menjelang tarikh tersebut.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tarikh pelaksanaan syarat lengkap divaksin itu dianjakkan daripada 15 September kepada 21 September setelah mengambil kira proses vaksinasi semasa.


“Sehingga hari ini, kadar vksinasi di Sabah baru mencapai 52 peratus, maka tarikh syarat ini berkuatkuasa dianjak kepada 21 September, yakni tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vksinasi 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Menurutnya, mengambil kira terdapat kelewatan pekerja sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya untuk menerima dos kedua, khususnya vksin Atra-Zneca. Maka, majikan boleh memohon pengecualian sementara bagi membolehkan kakitangan mereka bekerja.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menyenaraikan nama kakitangan yang terlibat berserta tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua. Sabah Setuju Agensi Nombor Ramalan, Kelab Lumba Kuda Beroperasi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, Sabah bersetuju membenarkan agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda beroperasi, mulai hari ini.

Katanya, keputusan itu selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk membenarkan operator perjudian yang dilesenkan oleh kementerian berkenaan dan kelab lumba kuda di bawah Lembaga Totalisator Malaysia untuk beroperasi mulai 15 Sep.


“Kerajaan negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (Cvid-19) telah bersetuju membenarkan agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda beroperasi mulai 14 Sep.


“Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan untuk aktiviti ini hendaklah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Cvid-19 melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Covid-19 Sabah, hari ini. Kes Covid-19 Di Sabah Terus Menurun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kes Cvid-19 di Sabah terus menunjukkan penurunan dengan 1,255 kes baharu dicatat hari ini, iaitu menurun sebanyak 101 kes berbanding semalam.

Katanya, angka berkenaan juga yang terendah dicatatkan di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.


“Secara keseluruhan, pola penurunan kes di Sabah seiring dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan dengan statistik 18 daerah mencatatkan penurunan, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah, iaitu Sipitang, kekal dengan catatan sebagaimana semalam.

“Kota Kinabalu mencatatkan penurunan 44 kes dengan catatan 176 kes, begitu juga dengan kawasan bandar lain yang turut merekodkan penurunan kecuali Putatan, Kudat dan Tawau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Cvid-19 berkata, antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Pitas yang turun 66 kes, Lahad Datu (turun 51 kes), Papar (turun 26 kes), Sandakan (turun 26 kes), Tambunan (turun 22 kes), Kota Marudu (turun 22 kes), Tongod (turun 17 kes), Tenom (turun 14 kes), Penampang (turun 13 kes) dan Tuaran (turun 13 kes).

Katanya, daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Beluran (meningkat 69 kes), Kinabatangan (meningkat 64 kes), Putatan (meningkat 38 kes), Ranau (meningkat 37 kes) dan Kalabakan (meningkat 36 kes).

“Daripada 1,255 kes yang didaftar hari ini, 462 kes atau 36.82% adalah kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 73 kes atau 5.82% lewat daftar empat hingga lima hari dan 63 kes atau 5.02% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.


Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 602 kes atau 48.0%, saringan bergejala 357 kes atau 28.4%, 86 kes atau 6.9% daripada saringan kluster atau 81 kes atau 6.5% dari saringan bersasar dan 129 kes atau 10.3% melalui saringan lain-lain.

“Selain itu, terdapat 10 kes yang didaftarkan hari ini melibatkan OKT (orang kena tahan) atau banduan,” katanya.

Beliau berkata, daripada 1,255 kes yang berdaftar hari ini, 391 kes atau 31.16% adalah pesakit dalam Kategori 1, 800 kes atau 63.75% dalam Kategori 2, enam kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan 12 kes dalam Kategori 5 manakala 36 kes masih dalam siasatan. – FMT

Sumber: Utusan Online

SOURCE: InfoTodaynews

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/sabah-dibenarkan-rentas-daerah-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 222 hits
Notis yang membenarkan orang ramai rentas daerah tular di media sosial hari ini Rentas daerah masih tidak dibenarkan di Sabah KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah menafikan dakwaan kononnya orang ramai di negeri itu dibenark...
Sabah Belum Benarkan Rentas Daerah

Sabah Belum Benarkan Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 249 hits
Pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap belum lagi dibenarkan di Sabah KOTA KINABALU Semua pergerakan rentas daerah di Sabah belum dibenarkan pada masa ini kecuali bagi urusan tertentu termas...
Rentas Daerah Dibenarkan Bagi Urusan Tugas Rasmi Kerajaan Masidi

Rentas Daerah Dibenarkan Bagi Urusan Tugas Rasmi Kerajaan Masidi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 298 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Pergerakan keluar dan masuk daerah bagi urusan tugas rasmi kerajaan adalah dibenarkan dengan menunjukkan dokumen surat majikan serta surat arahan penuga...
Dah Boleh Rentas Daerah Dah Boleh Beriadah Tapi Tak Jaga Sop

Dah Boleh Rentas Daerah Dah Boleh Beriadah Tapi Tak Jaga Sop

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 387 hits
hai assalammualaikumDah Boleh Rentas Daerah Dah boleh Beriadah Tapi Tak Jaga SOP Orang Selangor Kuala Lumpur Putrajaya lama dah tunggu untuk ke Fasa 2 Fasa 2 yang mana boleh boleh merentas daerah boleh buat pelbagai aktiviti Biasalah orang ...
Rentas Daerah Di Sabah Akan Kembali Kepada Sistem Zon

Rentas Daerah Di Sabah Akan Kembali Kepada Sistem Zon

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 264 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun Sabah akan kembali ke sistem perjalanan pengezonan setelah mencapai vaksinasi dewasa 70 KOTA KINABALU Kerajaan Negeri Sabah akan mula membenarkan aktiviti rentas daerah selepa...
Rentas Daerah Dibenarkan Di Kl Putrajaya Dan Selangor

Rentas Daerah Dibenarkan Di Kl Putrajaya Dan Selangor

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 165 hits
Rentas daerah dibenarkan di KL Putrajaya dan Selangor bermula Jumaat ini PUTRAJAYA Lembah Klang terdiri daripada Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bermula pada Jumaat ini Perdana Menteri Dat...
Rentas Daerah Ikut Zon Di Sabah Mulai 1 Oktober Masidi

Rentas Daerah Ikut Zon Di Sabah Mulai 1 Oktober Masidi

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 280 hits
Kerajaan Sabah akan membenarkan sistem rentas daerah mengikut enam zon mulai 1 Oktober ini Astro AWANI Rentas daerah ikut Zon boleh sudah mulai Jumaat ini KUALA LUMPUR Datuk Seri Masidi Manjun mengulangi pendirian yang mana Kerajaan Sabah a...
Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 225 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke 12 yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini 8...
Pengantin Baharu Ambil Peluang Kebenaran Rentas Daerah Rakam Detik Bahagia Di Putrajaya

Pengantin Baharu Ambil Peluang Kebenaran Rentas Daerah Rakam Detik Bahagia Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 195 hits
June Asmerahawa Minhad berswafoto dengan pasangannya Mohd Fauzi Amin berlatar belakangkan panorama Putrajaya selepas majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur PETALING JAYA Dengan beralihnya status Lembah Kla...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan