Abaro Catat Rekod Malaysia Book Of Records Dengan Kasut Sekolah Paling Inovatif

ABARO, jenama kasut sekolah tempatan Malaysia, telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Ciri-Ciri Paling Inovatif Dalam Kasut Sekolah” (Most Innovative Features in a School Shoe). Pencapaian ini mencerminkan komitmen ABARO dalam mereka bentuk kasut sekolah yang menggabungkan ciri-ciri inovatif dan praktikal, selari dengan keperluan harian sebenar keluarga di Malaysia.
“Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka berasa selamat, selesa dan yakin setiap kali melangkah ke sekolah. Di ABARO, kami mendengar dari kisah dan pengalaman keluarga sebenar, serta memahami cabaran kecil yang mungkin kelihatan remeh tetapi memberi kesan besar dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, kami menghasilkan lebih daripada 10 ciri inovatif dan menggabungkannya dalam kasut sekolah kami. Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini amat bermakna buat kami kerana ia mencerminkan komitmen tersebut. Matlamat kami sejak awal adalah untuk menghasilkan kasut sekolah yang benar-benar memudahkan kehidupan ibu bapa dan anak-anak,” kata Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO.
Pengalaman sebenar daripada ibu bapa dan guru menunjukkan bagaimana inovasi ABARO benar-benar memberikan perbezaan. HideTech, poket penjejak GPS tersembunyi milik ABARO, telah memberikan ketenangan kepada ramai keluarga. Bobo Heng, ibu kepada tiga orang anak, berkongsi, “Anak-anak saya menaiki van sekolah dan kadangkala saya terlepas maklumat mengenai perubahan jadual sekolah. Mereka tidak membawa telefon ke sekolah, jadi sebelum ini saya bertanya dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa sama ada sesiapa ternampak anak saya. Saya pernah mempertimbangkan untuk menggunakan penjejak GPS tetapi tidak tahu di mana untuk meletakkannya dengan selamat. Dengan HideTech daripada ABARO, terdapat poket tersembunyi yang selamat, dan kini saya boleh mengesan anak saya dengan mudah dan sekaligus membuat saya rasa lebih tenang.
Isu berkaitan cuaca turut disuarakan oleh Ayu Rafikah, pengguna setia ABARO serta ibu kepada tujuh orang anak, yang menghargai fungsi praktikal DryTech. “Bila masuk kereta, kalau kasut mereka basah, bau hapak tu semerbak dalam kereta. Ia juga menambah kerja harian saya kerana kasut perlu dicuci dan dikeringkan dengan cepat. Kami dah cuba macam-macam cara, termasuk guna pengering rambut hinggalah meletakkannya di belakang peti sejuk. Dengan DryTech daripada ABARO, kasut anak-anak tak serap air dan senang dibersihkan. Bau juga kurang kerana insole MugPlus yang ada ciri anti-bau, menjadikan kasut kekal segar lebih lama.”
Masalah tertukar kasut merupakan antara cabaran yang sering berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya apabila mereka menanggalkan kasut di lokasi seperti surau atau perpustakaan. ABARO NameTech tampil sebagai penyelesaian yang praktikal dan berkesan bagi ramai keluarga. Cikgu Norazimah, guru dan ibu kepada dua orang anak, berkongsi, “Bagi saya, NameTech memang sesuai untuk anak sekolah rendah. Saya kerap terima mesej daripada ibu bapa tentang kasut yang tertukar. Tahun ini sahaja, saya terpaksa beli beberapa pasang kasut baharu untuk anak saya kerana dia sering membawa pulang kasut orang lain. Walaupun nama ditulis pada pelapik kasut, lama-kelamaan tulisan itu pudar. Dengan NameTech, anak saya boleh kenal pasti kasutnya dengan mudah, dan masalah ini tak lagi berlaku. Ia satu kelegaan yang amat besar.”
Pengalaman ini membuktikan bahawa inovasi ABARO bukan hanya tertumpu kepada aspek teknikal, sebaliknya menawarkan penyelesaian yang bermakna dan disesuaikan dengan rutin sebenar sekolah di Malaysia, sekali gus menjadi asas kepada pencapaian pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
ABARO kini sedang menganjurkan kempen tahunannya, iaitu Back To School 2025/2026 sehingga 15 Januari 2026, dengan jumlah tawaran hadiah keseluruhan sebanyak RM350,000 merangkumi hadiah wang tunai, baucar membeli-belah, hadiah eksklusif serta hadiah utama bernilai RM3,000. Jenama ini juga memperkenalkan rekaan kasut sekolah baharu untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tampil dengan gaya lebih ringkas dan kemas, di samping mengekalkan pelbagai ciri teknologi ABARO dalam setiap pasang kasut. Ibu bapa boleh memilih rekaan yang dilengkapi teknologi yang paling sesuai dengan keperluan anak mereka.
Sepanjang tempoh kempen, RM1 daripada setiap pasang kasut yang dijual akan disalurkan kepada Dana CSR ABARO bagi menyediakan kasut sekolah baharu kepada kanak-kanak kurang berkemampuan dan golongan B40, sekali gus membolehkan keluarga membeli dengan tujuan sambil menyokong mereka yang memerlukan. ABARO kekal komited terhadap inovasi yang praktikal, selesa dan bermakna bagi menyokong keperluan keluarga Malaysia setiap hari.
Dapatkan kasut sekolah ABARO hari ini di pengedar sah ABARO di seluruh negara atau secara dalam talian melalui Shopee, Lazada dan TikTok. Kunjungi ABARO Back-To-School Fair di cawangan terpilih Mydin, AEON, Lotus’s, Poney, Swan, E-Mart dan Servay, yang berlangsung sehingga 15 Januari 2026.
Untuk maklumat lanjut, layari www.abaro.com.my atau ikuti kami di Facebook and Instagram.
The post ABARO Catat Rekod Malaysia Book of Records dengan Kasut Sekolah Paling Inovatif appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/22/abaro-catat-rekod-malaysia-book-of-records-dengan-kasut-sekolah-paling-inovatif/