Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished
TIPS elak scam iphone - jenis & cara check condition ip baru, secondhand, refurbishedDitulis oleh: Fami
(twitter @AhmatFami)
Perkara yang korang wajib tahu sebelum nak beli iphone, sebab perkara ni ramai orang terlepas pandang. jangan beli phone mahal mahal tapi kena scam pula nanti.
tips elak scam iphone cara check conditionIphone dalam pasaran terbahagi kepada 3:
1) Baru
2) Secondhand
3) Refurbished
IPHONE BARU (NEW)
Iphone baru terbahagi kepada 2 jenis:
1) New set
2) Telco set
New set terbahagi 2 jenis:
1) Beli dekat kedai apple
2) Beli daripada Seller selain kedai Apple
Seller selain Apple biasanya jual 2 jenis, samaada myset or set luar yang baru (import set).
Sebelum beli pastikan phone tu bukan under telco unit walaupun baru okay, faham?
Phone baru ni tak takde masalah walaupun dia set luar, nak claim dekat Apple takde masalah pun. Cumanya untuk set Japan tak boleh nak silent camera, sebab apa?
Sebab nak elakkan orang ambik gambar spender perempuan secara senyap senyap dalam train dan ada lagi sebab sebab lain.
If korang terjumpa phone tu baru tapi under telco seller jual.. Apa perlu buat?
Tanya phone tu buy cash or under contract.
Tapi nasihat aku jangan ambik la phone telco sebab ada segelintir seller yang tak bertanggungjawab bila phone tu jadi no service.
Telco set....
Phone telco set ni biasanya maxis, umobile or yang lain lain jual under plan dorang siap internet, so ada contract la.
Sebelum nak beli tu buat research dulu, berbaloi ke tak and mampu bayar ke tak okay. Jangan tiba tiba tak mampu bayar pergi jual dekat orang, tak elok macam tu.
IPHONE SECONDHAND/ USED (terpakai)
Iphone Secondhand subjektif sikit, apa yang korang perlu ambik berat adalah tengok condition phone tu betul betul jangan leka.
1) phone tu pernah repair tak?
2) semua benda berfungsi dengan baik tak?
Sebab phone secondhand ni ada yang dari :
1) personal unit tak pernah repair
2) import set yang seller jual
3) personal unit yang pernah rosak then dijual semula
4) import set yang seller jual tapi pernah di repair
Pernah repair atau tak pernah repair ke bukan masalah utama, yang penting iya berfungsi dengan baik.
Apa yang korang perlu buat cuma tanya, phone tu pernah rosak apa sebelum ni? Kalau pernah masuk air tu cuba elakkan la, faham?
IPHONE REFURBISHED UNIT
Refurbished ni ada 2 :
1) refurbished by Apple
2) refurbished by China
Kebanyakkan yang dalam negara kita ni refurbished China, susah nak jumpa yang dari Apple.
Iphone refurbished ni adalah phone yang pernah rosak, then di repair semula dan jual dengan harga yang murah sikit daripada harga iphone baru.
Bagus ke tak bagus?
Patut beli ke tak patut beli refurbished ni?
Bergantung pada anda, buat research dulu untuk tengok seller mana yang trusted or after servis nya bagus. If ada kerosakkan dekat phone yang anda beli tu, dia boleh bertanggungjawab dan tak lepas tangan.
Senang cerita proses nak claim phone lancar je takde pusing pusing kona kona.
Sebab apa yang aku selalu nampak ada seller yang suka lepas tangan dan bagi macam-macam alasan sebab malas nak claim phone tu. Apa yang dorang fikir asalkan ada sales masuk dan perut dorang kenyang.
Settle semua jenis jenis iphone yang ada dalam pasaran.
So aku masuk topik apa yang patut di ambik berat sebelum nak beli phone baru, secondhand dan refurbished ni
Benda patut ambik berat sebelum beli :
Iphone refurbished
1) research dulu seller mana yang okay
2) tanya feedback customer lain
Iphone baru
1) if beli dari apple centre takde masalah
2) if beli dari seller, check phone tu telco unit or not
3) check warranty dah aktif ke belum
Iphone secondhand
1) check phone tu telco unit or not
2) check condition phone
TIPS CHECK CONDITION PHONE
1) masukkan simkad anda check okay ke tak
2) bukak camera depan belakang, godek potrait mode dan semua yang ada
3) check condition battery
4) test buat call untuk check speaker atas bawah dan microphone
5) pastikan semua button berfungsi
6) check 3D touch
7) check fingerprint dan face iD
8) format phone tu lagi sekali sebelum beli untuk tengok ada sangkut apple id orang lain or not
9) check touch screen
10) check ada masalah tak untuk activate iMessage phone tu
11) check wifi dan Bluetooth
12) test buat buat video call, tengok ada masalah ke tak
13) try Shake phone, kot kot ada bunyi skru tercabut dekat dalam
14) dah puas hati dengan condition phone, check poket pulak tengok ada isi ke tak
Tips yang bagus. Tapi untuk orang yang malas nak pening kepala fikir risk itu ini, check itu ini, takut scam itu ini, beli aje lah dari kedai apple bila mampu. Kelegaan minda itu penting. Siapa yang rajin menyiasat, teruskan aje siasatan anda sebelum membeli.
Siapa nak tahu ada warranty apple ke tak (means phone tu dah pernah pakai ke tak) boleh check dekat website. http://Checkcoverage.apple.com. Kot nanti key in serial number dekat phone.
Kalau nak legit beli kat authorized reseller.. Pastu better elakkan beli iphone preorder.
I beli phone XS MAX secara ansuran dekat kedai without set telco. Sampai la satu hari tu NO SERVICE, check dekat APPLE rupanya phone I ni registered under telco .Tuan kedai acah je tak tau kenapa and then dia bagi set baru.
Aku pun pakai Import Set New Set punya. Dah 3 tahun dah. Memang terbaik. Tak pernah ada masalah langsung Iphone aku. Apepon tq Bro ilmu jugak tu.
RT lah banyak mana sekali pun tetap akan ada yang kena scam. kadang aku pula yang geram kat kaki scam (scammer) ni. yang pembeli pula mudah terpedaya dengan ip murah. murah pun still beribu. lepastu dah kena scam melalak kat twitter.
Aku pun pernah punya tak sabar nak gak beli ip x yang refurbished tapi bapak aku cakap dia takkan tong duit kalau beli second. aku pun sabar la beli ip 11 yang apple centre punya, biar ah mahal sikit yang penting selamat dan berkualiti.
Pendapat saya kalu nak guna iphone baiklah beli dari Apple authorise seller, ada apa apa masalah masih ada tempat untuk refer, janganlah beli 2nd hand iphone. refurbish pun kalau boleh elakkan beli... most of kita tertipu ingatkan itu original set.
Bagus ilmu ni.. even saya keje dengan maxis pun tak tau sangat pasal iphone ni.. ok now dah tahu nak jawab apa when customer minta feedback pasal iphone.
Personal reference saya : (gambar di bawah ini)
tips elak scam iphone cara check condition ip secondhandQ: Kalau yang “apple id locked” pulak macam mana? Tu kira hp curi ke? Sebab kakak saya ada jumpa RM1800 iP11 and dia nak beli so dia tanya saya. Tapi dulu saya kerja tak sampai tahap ni lagi so jawapan saya taktau jelah. Hahahahaha boleh tolong jawab kan?
A: Boleh jadi
Q: Nak tanya, macam mana nak tau ip tu dah di upgrade storage?
A: Check imei
Q: Siapa pernah beli kat halomobile elok ke kat situ?
A: setakat ni elok je lagi dah setahun pakai haha.
Q: Sorry bertanya, set telco macam mana? tak paham. sesiapa ? help me.
A: Beli under telco macam maxis or umobile. Bayar bulan bulan selama contract tu habis. At least 2 tahun kot.
Q: Semua ni merujuk kepada iphone yang ori (original) kan? Macam mana ada online seller yang jual iphone baru dengan harga yang sangat murah, itu semua clone kan? Takut kat luar nampak macam iphone tapi dalam android. Kesian budak budak senang kena tipu sebab nak sangat iphone. Tq.
A: Biasanya kalau murah ni depa claim pre order.. masa menunggu mau bulan bulan jugak ni.. yang lagi lawak order direct kilang.. ada satu page tu kata apple ada kilang kt MY.. macam harreemmm.
Q: Wujud tak pre order murah yang trusted..? because one of my friend is doing the business.
A: Kalau bro tanya saya.. saya tak pasti sebab tak pernah beli pre order ni.. tapi setakat ni kalau tengok harga pre order macam tak masuk akal murahnya.. kawan bro tu tak tahu la dia buat macam mana.
Q: Nak tanya , import set tu macam mana ehh?
A: Import set tu set selain MY (malaysia).
Q: Kalau beli sendiri dekat kedai Apple, kiranye ORIGINAL ke Secondhand and Refurbished JUGAK?
A: Dah beli kt AAR ori la dik.
Q: Maksudnya telco set ni memang semua camera tak boleh silent ke?
A: Japan set.. Telco set tu macam beli under maxis or umobile.. Jarang/ tak pernah lagi kot jumpa under telco dari japan.
Q: Nak tanya, kalau terbeli telco set import set, if terjadi no service, apa perlu buat? Boleh dibaiki lagi ke?
A: Boleh
Q: Kalau beli dari dua kedai ni,
https://switch.com.my/iphone/ & https://machines.com.my/collections/iphone ,
trusted ke ek? ni dikira apple authorise ya?
A: Ya.. sudah tentu.
Q: Nak tanya kalau beli secondhand tu pastu dia punya screen jadi macam susah nak touch tu masalah apa? Padahal dah check ori ja fon tu.
A: tengok balik ada pasang screen protector tak kalau ada try bukak balik pastu try touch kalau sama kemungkinan lcd problem atau touch ic (board problem).
Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
- Dilema nak beli iphone 11 atau iphone XS? Ini Perbandingan Harga, Kelebihan dan Kamera
- Panduan, Cara, Tip Beli iPhone Second Hand - model iphone 8 & ke atas
- Pengalaman Kena Tipu/ Hampir Ditipu oleh Scammer - carousel, panggilan telefon 'polis', mudah.my
- 4 KESALAHAN FATAL KETIKA CHARGE SMARTPHONE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sayidahnapisah.com/2020/12/tips-elak-scam-iphone-jenis-cara-check-condition.html