9 Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur



Terdapat pelbagai kajian yang telah membuktikan tentang keburukan kurang tidur pada seseorang. Tapi bagaimana pula jika seseorang itu terlebih tidur? Ramai yang berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, namun sebenarnya tidur berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan.
Pakar mensyorkan tidur selama 7 jam sehari bagi dewasa untuk rehat yang mencukupi. Mereka juga berpendapat bahawa orang yang suka tidur lama mungkin cenderung untuk mempunyai masalah kesihatan lain.
9 PERKARA YANG AKAN BERLAKU PADA TUBUH ANDA BILA TIDUR BERLEBIHAN
1. RISIKO PENYAKIT JANTUNG & STROK
Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan tidur melebihi 8 jam sehari dua kali lebih mudah untuk terkena sesak dada (angina) dan mudah terkena penyakit jantung.
Satu kajian lagi turut menyokong bahawa orang yang tidur lebih lama lebih terdedah kepada strok walaupun sudah mengamalkan gaya hidup sihat.
2. KUALITI TIDUR MENURUN
Orang yang mengalami ‘sleep apnea’ iaitu masalah pernafasan akan tidur lebih lama dan lebih berisiko terkena strok dan penyakit jantung jika tidak dirawat. Masalah lain seperti sakit perut dan tabiat menggesel gigi dalam tidur juga membuatkan kualiti tidur terkesan. Sekiranya kita sudah tidur lama dan masih penat, dapatkan nasihat daripada doktor untuk rawatan lanjut.
Jadi, jangan anggap kita tidur lama, kita mendapat rehat yang cukup. Sebaliknya, kajian mendapati orang yang tidur lama mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana kualiti tidur yang menurun.
3. PUNCA GEMUK
Bukan sekadar mitos, orang yang mempunyai berat badan berlebihan ternyata lebih cenderung untuk tidur lebih lama. Mereka ini akan mudah naik berat badan kerana lebih suka berehat dan kurang bersenam. Hal ini akan menyebabkan badan kurang membakar kalori.
Selain masalah pernafasan ketika tidur, berat badan berlebihan juga turut dikaitkan dengan tabiat tidur berlebihan. Tetapi dalam hal ini, tidur boleh menjadi punca dan akibatnya.
4. RISIKO DIABETES
Selain obesiti, individu yang selalu tidur berlebihan juga turut terdedah kepada penyakit diabetes.
Kajian membuktikan walaupun seseorang itu tidak obes, individu tersebut adalah 2 kali ganda lebih terdedah kepada kencing manis. Ini kerana, tidur yang terlalu kurang atau terlebih dapat mempengaruhi paras gula dalam badan.
5. SENANG SAKIT KEPALA
Selalunya kita biasa pening kepala dan lesu jika kurang tidur, terlebih tidur juga boleh memberi kesan yang sama. Pening kepala sesudah bangun daripada tidur sering dikaitkan dengan jumlah neurotransmitter yang tidak seimbang dalam otak.
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, otak perlu ada neurotransmitter penenang dan dan perangsang yang seimbang. Selain kualiti tidur yang lebih baik, neurotransmitter seimbang juga dapat memperbaiki sistem lain pada badan seperti penghadaman, imunisasi dalam badan serta hormon seimbang

6. MUDAH STRES
Seseorang individu yang sukar untuk bangun tidur sering dikaitkan dengan stres. Orang yang mengalami depresi juga kurang aktif dan lebih cenderung untuk berkurung di dalam bilik sebagai cara untuk melepaskan diri dari masalah yang dihadapi.
Cara menangani stres yang paling disyorkan oleh pakar ialah dengan pengamalan aktiviti fizikal. Dengan senaman, bilangan neurotransmitter akan lebih seimbang dan sekaligus dapat menambahkan keyakinan pada diri.
7. SAKIT BADAN
Individu yang lebih tidur juga mudah sakit badan terutama pada bahagian pinggang dan belakang. Perkara ini disebabkan oleh waktu tidur yang terlalu panjang dan kurang pergerakan dalam tidur selain disebabkan tilam yang tidak berkualiti.
Selain itu, apabila badan mula sakit akibat tidur, seseorang akan tidur dengan lebih lagi sebagai alasan untuk melegakan kesakitan. Tetapi itu bukanlah caranya. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menangani masalah ini secara klinikal untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik serta badan yang lebih selesa.
8. OTAK KURANG EFISYEN
Selain pening kepala, terlebih tidur juga menyebabkan minda sukar untuk memproses maklumat dan meyebabkan minda terasa kabur. Kajian membuktikan yang individu yang sering terlebih tidur akan membuatkan potensi otak menurun.
Hal ini kerana tidur yang berlebihan memberi kesan buruk pada sistem otak yang berfungsi 24 jam ketika tidur atau jaga. Sistem otak yang terganggu ini juga turut memberi kesan kepada perkara lain seperti struktur otak dan kemampuan minda untuk menerima maklumat.
9. SISTEM BADAN TERGANGGU
Tidur terlalu lama menyebabkan sistem otak yang bekerja 24 jam terganggu sama seperti kita menaiki kapal terbang dalam jangka masa yang panjang. Sistem yang terganggu ini akan memberi kesan lain seperti hormon dan suhu badan tidak seimbang. Badan juga akan menjadi lebih lesu dan tidak bermaya seakan-akan anda bekerja syif malam atau ‘jet-lag’.
Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan sistem badan terganggu. Sebagai contoh, suatu kajian yang dilakukan di Korea menunjukkan wanita yang tidur berlebihan lebih sukar untuk hamil berbanding wanita yang tidur pada jangka masa normal.
KUALITI TIDUR LEBIH PENTING BERBANDING KUANTITI
Jangka masa tidur yang optimum sangat penting untuk kesihatan minda dan badan. Oleh itu, ubah persekitaran tempat tidur untuk mencapai tidur yang berkualiti dan rehat yang mencukupi.
Mulakan dengan memastikan bilik gelap, senyap dan nyaman. Elakkan melihat skrin terang daripada telefon bimbit atau televisyen sebelum tidur. Simpan satu diari untuk melihat corak tidur yang selalu diamalkan secara menyeluruh. Dapatkan tips daripada doktor untuk amalan tidur yang terbaik untuk kesihatan diri.
 
Sumber: www.karteldakwah.com
The post 9 Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/9-sebab-kenapa-kita-tidak-boleh-terlebih-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 543 hits
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan anak Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh Bayi dan kanak kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa dan memerlukan tidur pada sebelah siang hari Sama s...
Quot Mukanya Betul Betul Menghadap Muka Aku Sambil Terjegil Aku Tak Boleh Tidur Sampai Pagi Quot

Quot Mukanya Betul Betul Menghadap Muka Aku Sambil Terjegil Aku Tak Boleh Tidur Sampai Pagi Quot

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 269 hits
Anak anak kecil pasti teruja setiap kali ibu dan bapanya membawa pulang barangan permainan Mereka sudah pastinya bertambah gembira apabila permainan itu sama seperti ditayangkan di televisyen mahupun gajet Walaupun harga barangan tersebut m...
Boleh Baca Apa Anak Nak Dengan Tengok Riak Muka Dan Tangisan Inilah Istimewanya Naluri Keibuan

Boleh Baca Apa Anak Nak Dengan Tengok Riak Muka Dan Tangisan Inilah Istimewanya Naluri Keibuan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 337 hits
Seorang wanita walaupun pertama kali bergelar ibu Allah dah anugerahkannya naluri ibu yang sangat kuat untuk anaknya Inilah keistimewaan wanita bergelar ibu yang tak dapat dimiliki oleh orang lain Bukan setakat dapat mengagak anak tak sihat...
Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Prk Cameron Highlands

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 399 hits
1 BN berjaya mempertahankan kerusi P078 Cameron Highlands apabila memperoleh 12038 undi dalam PRK kali ini Jumlah ini adalah lebih besar daripada PRU14 yang menyaksikan BN hanya memperoleh 10 307 undi dan menang majoriti tipis 597 undi 2 PR...
Fakta Mengerikan Kekuatan Tentera Turki Pasti Boleh Menggerunkan Musuh

Fakta Mengerikan Kekuatan Tentera Turki Pasti Boleh Menggerunkan Musuh

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 561 hits
Apabila bercakap tentang negara dengan kekuatan tentera yang terhebat jarang sekali orang menyebut nama negara Turki Sedangkan negara ini boleh dikatakan agak luar biasa kekuataannya Tidak ramai yang tahu negara kepimpinan Erdogan ini berad...
Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000

Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 351 hits
CAMERON HIGHLANDS 26 Jan Tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan M Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi setelah didapati memakai pakaian yang mempunyai logo parti Azhar Azizan Harun Pengerusi Suruhanj...
Rakyat Tak Boleh Hidup Hanya Dengan Kata Kata Manis

Rakyat Tak Boleh Hidup Hanya Dengan Kata Kata Manis

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 387 hits
Diterbitkan Hari ini 1 23 tengahariPRK CAMERON Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan pusat belum menunjukkan kepada rakyat negara ini mengapa mereka harus mengundi PH Dalam keadaan begitu kata Nik Nazmi PH haru...
8 Penyakit Ini Boleh Sembuh Hanya Berjalan Kaki

8 Penyakit Ini Boleh Sembuh Hanya Berjalan Kaki

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 400 hits
Jika selama ini anda malas untuk berjalan fikirkan kembali Satu kajian telah membuktikan berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit dan yang paling penting adalah proses rawatan tanpa mengeluarkan wang Berikut 8 jenis penyakit yang bo...
8 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya Rileks Media

8 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 360 hits
Di dalam kesibukan dunia hari ini minit demi minit berlalu dengan cukup pantas Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan Di dalam kesibukkan dunia hari ini minit dem...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik