Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000


CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi setelah didapati memakai pakaian yang mempunyai logo parti.
Azhar Azizan Harun. 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, adalah menjadi kesalahan apabila terdapat mana-mana pihak termasuk calon membawa bahan kempen termasuk lambang parti di tempat mengundi mahupun dalam jarak 50 meter dari lokasi mengundi.

"Saya telah diberitahu perkara itu (tindakan Manogaran memakai baju berlogo parti) sebentar tadi dan saya rasa pihak pemantau pilihan raya perlu menegur beliau.

"Bagaimanapun, tindakan telah diambil dengan meminta beliau keluar daripada kawasan tempat mengundi kerana dalam kawasan tersebut dan 50 meter darinya, tiada sesiapa pun dibenarkan membawa bahan kempen dan logo parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pusat mengundi di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) Ringlet di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman Facebooknya pagi tadi telah memuat naik dua keping gambar Manogaran yang dilihat memakai baju mempunyai logo Pakatan Harapan di dalam pusat menggundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut.

Menurut Dr. Asyraf Wajdi, perbuatan Manogaran itu jelas bertentangan dengan peraturan SPR.

Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat  mengundi  dan dalam  tempat  mengundi, memakai,  memegang  atau membawa  apa-apa  bentuk atau  jenis pakaian,  tutup  kepala,  barang  hiasan,  roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen boleh apabila  disabitkan, dipenjarakan selama tempoh  tidak melebihi  satu  tahun  atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan  boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun  Tatacara Jenayah.-UTUSAN ONLINE 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/manogaran-pakai-logo-parti-di-pusat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 250 hits
Pihak pemantau pilihan raya diminta menegur calon Pakatan Harapan M Manogaran dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pagi ini jika dilihat memakai pakaian mempunyai logo parti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun berkat...
Saya Mohon Maaf Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti Manogaran

Saya Mohon Maaf Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti Manogaran

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 321 hits
Saya Mohon Maaf Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti Manogaran Calon Pakatan Harapan daripada DAP M Manogaran memohon maaf kepada semua pihak berhubung pemakaian baju berlogo parti ketika masuk ke perkarangan pusat mengundi di Sekolah Keban...
Logo Parti Spr Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

Logo Parti Spr Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 359 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah membuat laporan polis terhadap tindakan calon Pakatan Harapan M Manogaran yang memakai baju berlogo parti tersebut pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands baru baru ini SPR dalam ...
Berbaju Logo Parti Manogaran Mohon Maaf Akui Tidak Perasan

Berbaju Logo Parti Manogaran Mohon Maaf Akui Tidak Perasan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 222 hits
Diterbitkan 10 minit yang lalu pada 26 January 2019Calon PH M Manogaran mengakui tidak perasan memakai baju berlogo parti tetapi tiada niat untuk mencabar akta SPR Foto oleh Firdaus LatifKUALA LIPIS 26 Jan Calon Pakatan Harapan daripada DAP...
Hiburan Pakai Hanya Selama Satu Jam Busana Perkahwinan Elfira Loy Ini Cecah Rm30 000

Hiburan Pakai Hanya Selama Satu Jam Busana Perkahwinan Elfira Loy Ini Cecah Rm30 000

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1900 hits
Pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar terus menjadi perhatian ramai apabila meraikan lagi perkahwinan mereka dalam sebuah majliis resepsi sebelah lelaki yang serba mewah pada hujung minggu lalu Mengenakan busana konsep ...
Jual Satwa Dilindungi Herry Dihukum 2 Tahun Bui Dan Denda Rp 10 Juta

Jual Satwa Dilindungi Herry Dihukum 2 Tahun Bui Dan Denda Rp 10 Juta

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 176 hits
Herry ditangkap saat transaksi di rumahnya Ketika itu petugas mengamankan barang bukti satwa dilindungi berupa 4 ekor kukang 4 ekor lutung dan 2 ekor monyet ekor panjang
Tampar Wanita Lelaki Di Denda Rm1 000 Dan Penjara 5 Bulan

Tampar Wanita Lelaki Di Denda Rm1 000 Dan Penjara 5 Bulan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 301 hits
LELAKI yang menampar pekerja wanita sebuah kedai runcit di Bayan Lepas dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau selepas mengaku salah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa Tertuduh Lim Chin Ghee 46 me...
Betul Ke Perempuan Mesti Tak Boleh Duduk Diam Bila Nampak Lelaki Pakai Kereta Honda

Betul Ke Perempuan Mesti Tak Boleh Duduk Diam Bila Nampak Lelaki Pakai Kereta Honda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 695 hits
Mentang mentang laki aku naik kereta Honda kau nak menggedik dah Apasal semua perempuan kat luar sana suka sangat kat lelaki pakai HONDA Saya nak kongsi sikit ni pasal pompuan kat luar sane tu yg suka mengedik bila tgk lelaki naik honda Nam...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11