Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Prk Cameron Highlands



(1media.my) – 1. BN berjaya mempertahankan kerusi P078 Cameron Highlands apabila memperoleh 12038 undi (majoriti 3238) dalam PRK kali ini. Jumlah ini adalah lebih besar daripada PRU14 yang menyaksikan BN hanya memperoleh 10,307 undi dan menang majoriti tipis 597 undi.
2. PRK ini adalah yang kelima selepas Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson. Berbanding PRK lain, PRK Cameron Highlands mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi menghampiri 70%. Peratusan tinggi ini disumbangkan melalui jumlah keluar mengundi yang ramai bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti orang asli terutama di DUN Jelai.
3. PRK Cameron Highlands menunjukkan kesinambungan trend penolakan bangsa Bumiputera kepada Pakatan Harapan. Kesemua 12 PDM di Dun Jelai berjaya dimenangi BN dengan majoriti besar. Dalam kesemua PRK lain sebelum ini, BN atau Pas juga berjaya menambah undi di kawasan majoriti Melayu / Bumiputera berbanding PRU14 kecuali di Port Dickson disebabkan pengaruh DSAI.
4. BN juga berjaya memenangi semula sebahagian undi kaum India. PDM Ladang Boh 2 yang dihuni majoriti India contohnya, undi kepada BN adalah 2 kali ganda lebih besar daripada jumlah undi PH. Ini membuktikan faktor kaum bukanlah isu utama.
5. Pakatan BN-PAS semakin diterima oleh penyokong bawahan. Dalam PRK pertama di Sungai Kandis, kehadiran penyokong PAS ke peti undi untuk memangkah BN adalah terlalu minimum. Di PRK Cameron Highlands, sekurang kurangnya 70% pengundi PAS pada PRU14 keluar mengundi kali ini dan memangkah BN. Buktinya, BN memenangi 3 PDM yang sebelum ini dimenangi PAS dengan jumlah undi yang sangat besar. Kehadiran saat akhir Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk berkempen menyebabkan keraguan sebahagian besar penyokong PAS hilang.
Sebagai contoh, BN memenangi PDM Bukit Kota dengan 639 undi kali ini berbanding 331 undi pada PRU14. Sementara undi PH tidak banyak berubah daripada 47 undi (PRU14) kepada 46 undi (PRK). Saya sarankan Abang Mat belajar jalan mengengkang dengan lebih baik lagi untuk menghiburkan pengundi.
6. Kebimbangan dan perlecehan sesetengah pihak bahawa kehadiran DS Najib Razak akan ‘backfire’ kepada penerimaan rakyat terbukti salah. Kedudukan tinggi beliau dan jasanya amat dirasai di kawasan pedalaman dan pinggir bandar apabila semua kawasan yang beliau turun berkempen dimenangi BN dengan majoriti besar. Jangkaan saya sebelum ini tentang impak DSN adalah terbukti benar.
7. Tun Mahathir, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng tiada kesan di hati penduduk luar bandar. Kehadiran trio pemimpin negara ini pada saat akhir semalam di Sungai Koyan tidak memberikan apa apa perubahan terhadap mood pengundi. Sebagai buktinya, undi PH merosot di PDM Sungai Koyan 2 & 3 daripada 223 undi (PRU14) kepada 182 undi sahaja.
BN pula (dengan bantuan PAS)  berjaya meningkatkan jumlah undi di PDM tersebut daripada 750 undi (PRU14) kepada 1155 undi kali ini.
8. Peratusan keluar mengundi adalah rendah di PDM majoriti bangsa Cina. Ia menunjukkan kaum tersebut mungkin merasakan PRK ini tidak memberikan apa apa makna atau mungkin bosan dengan politik berpanjangan.
9. Layanan berat sebelah BERSIH dan SPR adalah memualkan dalam PRK kali ini. Ditambah permainan politik perkauman dan tindakan menggunakan jentera kerajaan secara terbuka tanpa segan silu termasuk menyalahguna medium media sosial kementerian sangat menjijikkan dimata bangsa Bumiputera yang beradab.
10. HIJRAH perlu diteruskan.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/27/apa-yang-kita-boleh-belajar-daripada-prk-cameron-highlands/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

Prk Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 387 hits
PRK Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Ulangi Kesilapan Najib Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail malam ini menyeru para pengundi Cina di Cameron Highlands supaya menyokong calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor Beliau mengungkapka...
Prk Cameron Highlands Rekod Kewangan Pahang Dibongkar

Prk Cameron Highlands Rekod Kewangan Pahang Dibongkar

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 444 hits
PRK Cameron Highlands Rekod Kewangan Pahang Dibongkar Ketika kempen pilihan raya kecil di Cameron Highlands semakin hangat Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyerang kerajaan Pahang pimpinan Barisan Nasional dengan mendakwa ia membent...
Prk Cameron Highlands Bn Tambah Majoriti Undi Ph Berkurangan

Prk Cameron Highlands Bn Tambah Majoriti Undi Ph Berkurangan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 317 hits
CAMERON HIGHLANDS Calon Barisan Nasional Ramli Mohd Noor mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12 038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan M Manogaran dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee Beliau ...
Prk Cameron Highlands Mca Yakin Masyarakat Cina Kembali Menyokong Bn

Prk Cameron Highlands Mca Yakin Masyarakat Cina Kembali Menyokong Bn

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 238 hits
TANAH RATA 23 Jan Ketua Wanita MCA Malaysia Datuk Heng Seai Kie melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa pengundi Cina di Cameron Highlands akan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional Jelas beliau ini kerana mereka berasa kecewa de...
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 361 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Raja Troll Bersuara Lagi Ini Kata Kata Najib Sebaik Calon Bn Menang Prk Cameron Highlands

Raja Troll Bersuara Lagi Ini Kata Kata Najib Sebaik Calon Bn Menang Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 473 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam PRK Cameron Highlands Menyifatkan kemenangan itu sebagai kemenangan rakyat Najib berterima kasih kepada pengundi y...
Spr Diharap Segera Buat Siasatan Dan Tindakan Terhadap Salahlaku Dalam Prk Cameron Highlands

Spr Diharap Segera Buat Siasatan Dan Tindakan Terhadap Salahlaku Dalam Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 282 hits
TANAH RATA 21 Jan Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan segera melakukan siasatan dalam segala aduan yang dibuat dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands ini Jelas beliau rakyat sedang
Prk Cameron Highlands Tu Duit Minyak Bukan Sogok

Prk Cameron Highlands Tu Duit Minyak Bukan Sogok

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 512 hits
PRK Cameron Highlands Tu duit minyak bukan sogokSunday 2019SITI NURSYAHIDAH ABU BAKARCAMERON HIGHLANDS PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular di media sosial merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Persediaan Persekolahan

Leadership Styles Quiz Discover Your Unique Leadership Blueprint