8 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya Rileks Media


Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. Hadis Riwayat Ahmad Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Hadis Riwayat Muslim. Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
4 – Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. Hadis Riwayat Bukhari
5 – Lafaz Tasbih
Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. Hadis Riwayat Muslim
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. Hadis Riwayat Bukhari
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
7 – Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.Hadis Riwayat al-Thabarani
8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Hadis Riwayat Muslim
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.
Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.
(Sumber: Tazkirah. net oleh Tim Tazkirah)
Source link
The post 8 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/8-amalan-boleh-dilakukan-dalam-masa-satu-minit-tetapi-besar-ganjarannya-rileks-media-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Amalan Ibu Ini Yang Mengajar Dua Anaknya Hafaz Al Quran Di Usia Setahun Lebih Boleh Diamalkan Rileks Media

4 Amalan Ibu Ini Yang Mengajar Dua Anaknya Hafaz Al Quran Di Usia Setahun Lebih Boleh Diamalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 381 hits
Anak yang sering kali diperdengarkan bacaan al Quran sejak kecil berpotensi untuk celik al Quran dengan mudah Amalan ini jika dibuat berterusan sangat elok Jadikan amalan ini kebiasaan dalam diri anak anak Apa yang dikongsikan oleh Puan Sit...
Makan Roti Pun Boleh Kurus Tips Dari Doktor Ini Bagaimana Pilih Roti Yang Sesuai Untuk Berdiet Rileks Media

Makan Roti Pun Boleh Kurus Tips Dari Doktor Ini Bagaimana Pilih Roti Yang Sesuai Untuk Berdiet Rileks Media

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 673 hits
Ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal tidak kira lelaki atau wanita Namun begitu tidak ramai yang sanggup berdiet atau tidak sedar sebenarnya mereka sedang melakukan diet yang salah Selalu kita lihat roti seringkali menjadi menu u...
Tapak Tangan Berpeluh Banyak Sampai Tak Boleh Buat Kerja Ini Puncanya Rileks Media

Tapak Tangan Berpeluh Banyak Sampai Tak Boleh Buat Kerja Ini Puncanya Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 352 hits
Doktor tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja Kenapa ya Nak pegang pen lama lama pun susah apatah lagi kalau pakai sarung kaki atau stokin Sampai sepanjang masa nak kena lap sebab selalu basah dan berpeluh Ada ...
Daun Oregano Bukan Guna Untuk Masakan Je Tapi Boleh Jadi Penawar Batuk Rileks Media

Daun Oregano Bukan Guna Untuk Masakan Je Tapi Boleh Jadi Penawar Batuk Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 615 hits
Bila musim musim hujan begini biasanya kesihatan keluarga sering juga terganggu Sering batuk dan selesema umpamanya Selain perlu makan ubat yang disarankan doktor untuk merawatnya ada baiknya mencuba dengan rawatan menggunakan daun oregano ...
Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik Rileks Media

Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 468 hits
Penjagaan wajah yang rapi dan teratur adalah kunci kepada memiliki kulit wajah yang licin dan bersinar Umumnya wanita akan mendapatkan khidmat di spa kecantikan untuk merawat wajah agar kekal cantik dan sihat Namun semua itu memerlukan kos ...
Kalau Sapu Di Muka Boleh Hilang Kulit Kusam Serta Jeragat Syaratnya Guna Masker Scrub 2 In 1 Ini Rileks Media

Kalau Sapu Di Muka Boleh Hilang Kulit Kusam Serta Jeragat Syaratnya Guna Masker Scrub 2 In 1 Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 377 hits
Soda Bikarbonat banyak manfaatnya baik dalam pembuatan kek mahupun kecantikan Kalau nak kulit wajah berseri dan bebas jerawat bolehlah gunakan bahan ini Nota Penting Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal Kulit sensitif sila e...
9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 354 hits
HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA Rasulullah s a w bersabda Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah pada har...
Daun Ini Boleh Rawat Batuk Demam Dan Masalah Pencernaan Boleh Cuba Sendiri Rileks Media

Daun Ini Boleh Rawat Batuk Demam Dan Masalah Pencernaan Boleh Cuba Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 405 hits
Daun thyme adalah satu di antara rempah yang dapat dipakai sebagai hiasan atau bahkan juga pemberi rasa serta aroma khas pada makanan Thyme nyatanya juga memberi khasiat kesihatan pada tu buh Sekarang ini thyme banyak dipakai oleh beberapa ...
Jemu Minum Air Masak Boleh Gilir Minum Dengan 7 Minuman Yang Sihat Ini Rileks Media

Jemu Minum Air Masak Boleh Gilir Minum Dengan 7 Minuman Yang Sihat Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 406 hits
Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penya kit Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu Selain d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner