Gambar Itik Atau Arnab Jawapan Yang Anda Berikan Bakal Dedahkan Rahsia Personaliti Diri Anda Yang Sebenar
Gambar ini merupakan ilusi optik yang pertama digunakan dalam sebuah majalah Jerman pada tahun 1892 dibawah tajuk “Kaninchen und Ente” – “ Arnab dan Itik”.
Pakar psikologi telah menggunakan gambar ini lebih dari 100 tahun. Ia mendedahkan bagaimana cara otak anda berfungsi, apa yang anda nampak bila tengok gambar tersebut; arnab atau itik?
Jawapan seseorang menunjukkan bagaimana perasaan mereka pada saat itu dan ianya juga dipengaruhi oleh masa pada tahun tertentu. Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan kepada kanak – kanak pada musim bunga dan mereka mengatakan gambar tersebut menunjukkan imej arnab apabila dilakukan pada bulan oktober dan mereka mengatakan melihat imej itik.
Jika anda nampak ITIK , anda seorang yang
Sopan-santun dan penyayang
Kadangkala punya sikap pelik (lucu)
Jujur dalam banyak perkara
Anda faham perkara yang tersirat dalam sesuatu perkara
Anda tak mudah bergaduh dengan pasangan , kerana anda faham ddengan dalam setiap perbualan , setiap mesej yang anda baca dan hadam, anda faham maksunya walaupun ditulis/dicakap dalam cara yang buruk.
Anda pandai cari cara keluar dari masalah.
Anda berfikir di luar kotak
Andalah penyelesai masalah dalam geng member awak.
Setiap perbuatan anda kemungkinan besar ada sebab tersirat di belakangnya
Anda pendiam , kerana anda tahu , tak perlu buka mulut banyak untuk menzahirkan sesuatu niat
Anda introvert
Kemungkinan besar andalah yang paling bijak dalam geng/keluarga awak
Anda pandai merungkai simpulan tali kasut yang susah.
Anda belajar kos engineering
Anda single dan tak kisah pun dengan status anda kerana anda tahu, couple yang terzahir tak semestinya bahagia.
Jika anda nampak ARNAB , anda mungkin
Berjiwa muda dan segar
Boleh terima dengan persekitaran baru
Tidak sukakan peraturan dan gemar bergerak sendiri
Mempunyai sikap simpati yang tinggi
Sukakan perhatian pada diri anda
Banyak kawan, tapi tak semuanya anggap anda kawan sebenar, kemungkinan besar mereka ada grup whatapps lain tanpa anda di dalamnya
Syok sendiri, tapi kawan kat belakang semua mengutuk
Extrovert
Tak mudah ambil hati
Amat berlebih-lebih baik dengan member, tapi dengan ahli keluarga sendiri layan macam hampeh
Kemungkinan besar anda paling bodoh dalam keluarga awak, tapi bergaya memang tak kalah.
Suka pakai baju warna terang
Kebarangkalian untuk bercinta lebih darii seorang itu tinggi. Golongan ni bukan tak setia, tapi dia suka cuba benda baru. Ada sebablah logo playboy tu kepala arnab.
Kalau anda nampak dua-dua, menurut kajian, anda amat GENIUS !
Anda dapat nampak peluang dalam sengsara , dan mudah cari jalan keluar untuk masalah tanpa susah payah.
Kepala anda kreatif, dia mampu proses dan bandingkan maklumat dengan cepat.
Anda mudah berubah hati, jenis golongan ni, cat rumah silap-silap sekerat warna lain-sekerat warna lain
Kebanyakan golongan ini susah nak lekat berumah tangga. Setiap calon baginya ada kelemahan. juga ada kebaikan.
Sesuai jadi ketua projek, tapi tak sesuai jadi menteri, nanti habis kepala kita dia kencing.
Golongan ni pandai congak sifir dan banyak yang kidal
Buruk lukisannya, tapi kalau jual lukisan tu kat muzium, mau harga juta juta!
Kebanyakkan tak makan gaji, bisnesman belaka ni .
Tak suka makan di kedai yang sama setiap hari , jadi kalau nak makan KFC pun sebulan sekali je pergi, bila tukar menu.
Apa apa pun, ini semua hanya kajian psikologi, boleh jadi betul , tapi tak mungkin betul 100% Janganlah bergaduh laki bini semata-mata kerana suami jawab arnab. Tak mungkin manusia dapat dikategorikan semudah ini selagi manusia ada akal , yang terletak di prefrontal cortex. 🙂
Kredit roti planta.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/02/gambar-itik-atau-arnab-jawapan-yang.html