9 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Kp Kesihatan


Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menyenaraikan beberapa produk kosmetik yang dikesan oleh KKM mengandungi racun berjadual.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
 
2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
 
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut: Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.  
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.  
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Sumber: KKM
The post 9 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/15/9-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual-kp-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Keluar Notis Larangan Penggunaan 9 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Kkm Keluar Notis Larangan Penggunaan 9 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 315 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia keluar arahan larangan terhadap penggunaan sembilan produk kosmetik di mana dua daripadanya merupakan jenama yang terkenal di Malaysia Arahan ini dikeluarkan setelah Bahagian Regulatori Farmasi Negara mengesan
Terkini Sembilan Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Merkuri Hydroquinone

Terkini Sembilan Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Merkuri Hydroquinone

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 360 hits
Penjual dan pengedar produk kosmetik terlibat perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta merta kerana penjualan dan pengedaran produk produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Foto ...
Earth Home Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia

Earth Home Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 375 hits
Earth Home Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia Earth Corporation Jepun yang merupakan peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga baru sahaja memperkenalkan produk bertaraf dunianya ...
Bertuah Bergelar Ibu Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Tengok Anak Hilang Stres

Bertuah Bergelar Ibu Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Tengok Anak Hilang Stres

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 312 hits
Untuk menghindari masalah kesihatan kita perlu menjaga aspek pemakanan atau bersenam Tapi 1 perkara yang ramai tidak tahu menjadi ibu juga sebenarnya dapat memperbaiki tahap kesihatan Kelebihan menjadi ibu Pastinya anda tidak percaya bahawa...
Jenis Makanan Yang Mengandungi Tinggi Omega 3

Jenis Makanan Yang Mengandungi Tinggi Omega 3

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 528 hits
Assalamualaikum Hi Semua Jenis Makanan Yang Mengandungi Tinggi Omega 3Nak sihat tubuh badan nak kurus nak awet muda dan nak bertambah bijak semuanya bergantung pada jenis pemakanan yang kita ambil Untuk pengetahuan anda tubuh manusia boleh ...
Virus Selesema Babi Dikesan Pada Ternakan Tiada Risiko Jangkiti Manusia Jabatan Veterinar

Virus Selesema Babi Dikesan Pada Ternakan Tiada Risiko Jangkiti Manusia Jabatan Veterinar

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR 1 Julai Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengesan sampel yang seropositif virus Swine Influenza H1N1 atau selsema babi pada ternakan babi komersial dan babi hutan menerusi program survelan kebangsaan yang dijalankan Dalam s...
Jabatan Kesihatan Perak Siasat Kes Individu Langgar Arahan Kuarantin

Jabatan Kesihatan Perak Siasat Kes Individu Langgar Arahan Kuarantin

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 300 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memulakan siasatan mengenai individu yang disyaki gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah seperti yang tular di media sosial Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pihaknya mengambil ma...
Jaga Kesihatan Mental Anda Awas Dengan Public Shaming Di Media Sosial

Jaga Kesihatan Mental Anda Awas Dengan Public Shaming Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 207 hits
Masalah seperti stres dan kemurungan semakin hari semakin menjadi bual mulut orang ramai terutamanya di media sosial Masyarakat umum semakin mengetahui bahawa masalah ini memang wujud dan perlu diambil perhatian Namun kesedaran bahawa masal...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak