Virus Selesema Babi Dikesan Pada Ternakan Tiada Risiko Jangkiti Manusia Jabatan Veterinar


KUALA LUMPUR, 1 Julai  — Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengesan sampel yang seropositif virus Swine Influenza H1N1 (SIV H1N1) atau selsema babi pada ternakan babi komersial dan babi hutan menerusi program survelan kebangsaan yang dijalankan.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan bagaimanapun ternakan babi yang seropositif itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serta tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.
“Keputusan ujian bagi virus novel 2009 H1N1 pandemic (H1N1 pdm09 ) adalah negatif terhadap semua sampel berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui DVS dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia telah mengambil tindakan pencegahan penyakit rentas sempadan daripada memasuki negara dengan melaksanakan pelbagai aktiviti.
Antaranya meneruskan larangan pengimportan babi dan produk babi dari negara terjangkit dan berisiko dijangkiti, aktiviti pencegahan di pintu masuk utama negara yang membabitkan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan ke atas babi serta produk babi dari negara berisiko.
Turut dilaksanakan kempen kesedaran awam kepada penternak mengenai penyakit babi di semua negeri dan penternak diminta meningkatkan biosekuriti ladang melalui tindakan pencegahan seperti tidak melawat ladang yang terjangkit.
Menurut kenyataan itu, survelan klinikal dan pensampelan terus dijalankan di semua ladang babi komersial dan babi hutan termasuk di pintu masuk negara yang mana sampel diambil akan diuji di makmal DVS.
“Jika terdapat sampel positif, ujian lanjut untuk menentukan strain H1N1pdm09 virus dan G4 EA H1N1 akan dijalankan selain pihak kementerian akan bertindak menyelaras dengan pelbagai agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa berkaitan bagi memperkemaskan aspek kawalan bersepadu bagi menghalang kemasukan/penularan penyakit itu,” katanya.
Kenyataan itu menyebut industri babi di Malaysia ketika ini mempunyai populasi sebanyak 1,748,547 ekor bernilai RM5 bilion yang diternak di 614 ladang komersial melibatkan kira-kira 5,000 pekerja yang terbabit secara langsung dalam industri ternakan babi.
SIV H1N1 merupakan virus avian influenza yang beradaptasi dan bermutasi menjadi virus babi dan terdapat tiga strain H1N1 yang telah dikenal pasti iaitu SIV H1N1, H1N1pdm09 virus dan G4 EA H1N1.
SIV H1N1 biasa ditemukan pada babi dan sangat endemik dalam kalangan negara pengeluar babi di dunia seperti Amerika, Mexico, dan China yang menyebabkan jangkitan dengan kadar morbiditi tinggi tetapi kematian rendah.
Pada 2009, virus influenza swine subtip yang baharu iaitu novel 2009 H1N1 Pandemic (H1N1pdm09 virus) dijumpai pada manusia di Mexico tetapi dianggap masih kurang berbahaya kerana boleh dikawal melalui pemberian vaksin selesema bermusim H1N1 pada manusia berbanding G4 EA H1N1 yang bersifat lebih patogenik dan berbahaya serta tidak boleh dicegah melalui vaksin sedia ada.

1 JULAI 2020| KENYATAAN MEDIAKESIAPSIAGAAN TERHADAP ANCAMAN WABAK SWINE INFLUENZA (SELSEMA BABI) PADA TERNAKAN BABI DI MALAYSIA#dvsmalaysia#dvsawesome#zerocovid19#kitajagakita#staysafe
Posted by Jabatan Perkhidmatan Veterinar on Wednesday, July 1, 2020
Sumber: BERNAMA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
The post Virus Selesema Babi Dikesan Pada Ternakan, Tiada Risiko Jangkiti Manusia – Jabatan Veterinar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/02/virus-selesema-babi-dikesan-pada-ternakan-tiada-risiko-jangkiti-manusia-jabatan-veterinar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus G4 Selesema Babi Baharu Di China Mampu Cetus Pandemik Seperti Covid 19

Virus G4 Selesema Babi Baharu Di China Mampu Cetus Pandemik Seperti Covid 19

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 450 hits
Pakar kesihatan kini sedang memantau secara teliti strain baharu influenza yang tiba tiba muncul yang mana menurut para saintis dibawa oleh babi dan secara genetik ia serupa dengan Selesema Babi Jenis selesema yang baharu itu mengakibatkan ...
Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia

Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 449 hits
Sejenis selesema babi yang berpotensi menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan wabak lain telah dikenal pasti oleh para saintis Virus berkenaan yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1 dikesan melalui analisis daripada 30 000 sampel...
22 000 Babi Di Ntt Mati Terserang Virus Asf

22 000 Babi Di Ntt Mati Terserang Virus Asf

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 369 hits
Ia mengatakan bahwa selama ini Dinas Peternakan NTT sudah membentuk tim khusus dan mengawasi peredaran daging babi namun pihaknya kesulitan karena memang pihaknya tak bisa memantau satu persatu warga yang membeli daging babi
Selsema Babi Dikesan Di Malaysia

Selsema Babi Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 340 hits
Virus selesema babi dikesan pada ternakan tiada risiko jangkiti manusia Jabatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengesan sampel yang seropositif virus Swine Influenza H1N1 atau selsema babi pada ternakan babi komersial dan ba...
Virus Selesema Berpotensi Jadi Pandemik Ditemui Di China

Virus Selesema Berpotensi Jadi Pandemik Ditemui Di China

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 295 hits
SEJENIS virus selesema yang berpotensi merebak menjadi pandemik ditemui di China Saintis mengesan virus tersebut berpunca daripada babi tetapi boleh menjangkiti manusia Mereka bimbang ia mungkin bermutasi menjangkiti daripada seorang ke seo...
Covid 19 Kembali Jangkiti Warga Kabupaten Di Pegunungan Tengah Papua

Covid 19 Kembali Jangkiti Warga Kabupaten Di Pegunungan Tengah Papua

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 267 hits
Kondisi pasien sakit ringan hingga sedang dan masih terus dalam pemantauan katanya seraya menambahkan dengan adanya warga yang positif Covid 19 di Kabupaten Puncak Jaya itu maka pandemi tersebut sudah menyebar di 16 kabupaten di Papua
Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 266 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Lemah Antibodi Risiko Covid 19

Lemah Antibodi Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 226 hits
LEMAH ANTIBODI RISIKO COVID 19 Kadar pesakit yang telah sembuh dari jangkitan COVID 19 tidak mampu untuk melindungi pesakit tersebut daripada jangkitan kedua Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebiasaannya yang t...
Georgetown Penemuan Tulang Manusia Polis Tunggu Dna Keluarga

Georgetown Penemuan Tulang Manusia Polis Tunggu Dna Keluarga

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 510 hits
Penemuan tulang manusia longgokan pakaian dipercayai berkait kes kehilangan Anna JenkinsPolis mengesyaki penemuan tulang manusia oleh seorang lelaki pada 24 Jun lalu mempunyai hubung kait dengan salah satu kes orang hilang melibatkan warga ...
Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Nasi Konjak Bagus Untuk Diet Dan Kesihatan

Holiday Inn Johor Bahru City Centre Launches Exclusive Holiday Adventure Deal For School Holidays

Lirik Lagu Di Saat Aku Mencintaimu Dadali Dyrga

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

James Jacob Pengujung Pengerindu Chord

Layan Cucur Bawang Untuk Menu Tengahari