9 Makanan Popular Mesti Cuba Di Thailand



9 Makanan popular mesti cuba di Thailand | Selain sentiasa memperkenalkan produk terbaru sebagai destinasi percutian yang sesuai untuk semua peringkat usia dan minat, Thailand juga terkenal dengan pelancongan gastronomi.
Sewaktu berjalan-jalan di Phuket, aku nampak orang beratur panjang di satu kedai kecil di jalan besar luar The Royal Paradise Hotel & Spa, Patong Beach. Ramai betul menunggu giliran. Aku tak join lah sebab tak halal. Pastinya ia menjadi indikator rasa dan kualiti makanan yang dijual walaupun hanya kedai beshe beshe

Dahulu aku sendiri pun suka ke Betong, Thailand, ketika pulang ke kampung suami di Baling. Yang pasti, tomyam akan menjadi hidangan utama. Jika di tempat sendiri selalu mendapat 'tomyam serai' tapi di Betong, kalau kita nak tomyam ayam memang akan dapat tomyam ayam dan harganya pun lebih murah. Puas makan. Sewaktu di Sungai Golok pula aku pertama kali mencuba tomyam ikan siakap, sedapnyalah... teringat sampai hari ini. Cubalah masak anak siakap, kalau saiz bapak dia kurang aumm lah kot

Bebaru ini sempat berkenalan dengan saudara jauh yang berasal dari Thailand. Mengusahakan kedai makan di Tak Bai, kami mengambil peluang singkat itu untuk 'menderanya' memasak beberapa makanan Thailand. Merasalah kami makan sepuasnya Miang Kham yang dah lama tak jumpa tu... entah kat mana cousins aku cari daun kadok sebeban. Sempat juga mereka memasak tomyam. Katanya, set untuk seorang di kedainya hanya berharga RM7 yang termasuk tomyam RM5, Telur dadar RM1, nasi putih RM1, ulam dan air suam percuma. Haa... mu kalu gi Pengkalan Kubur, lajaklah naik sampan singgit tu ke seberang sana pi cari kedai Kak Jang Pia. Jika di KL harga miang kham tu RM10 satu set (10 bunjut), di sana nak jual RM1 pun payah sebab ramai yang menjual, katanya


Identiti masakan ThailandMasakan Thailand banyak yang pedas. Bahan-bahan utamanya cili, lengkuas, bawang, daun limau purut, daun ketumbar, limau nipis dan sos ikan (nampla). Tourism Authorithy of Thailand juga telah mengeluarkan buku The Micheline Guide untuk memudahkan pemburu masakan asli Thailand mencari restoran di Bangkok, Phuket dan Phang-Nga. Perati bebaik jangan main telan je

Seperti kebanyakan pelancong, sebelum bertolak lagi kita dah senaraikan apa yang nak di makan ketika di Thailand. Ada banyak makanan dan minuman termasuk ais krim kelapa yang sedap tapi ai nak senaraikan sembilan sahaja. Bolehlah cuba memasak untuk berbuka petang nanti. Sedap oih! Bahan-bahan asas pun yang biasa ada di dapur kita. 

1) Tomyam Udang (Tom Yum Goong)Walaupun aku tak berapa suka udang tapi bila ke Thailand aku akan order Tom Yum Goong. Udang bersaiz sederhana/besar sebagai trademark, semua rasa ada dalam satu mangkuk: masam, manis, masin dan pedas

Selain udang, sup akan dicampur dengan cendawan dan tomato. Ada dua jenis tomyam, kalau nak yang bersantan/krim (tomyam putih) kita minta tom yum gung nam kohn atau tom yum gung nam sai, tanpa santan tapi lebih masam

Foto kammanmarket.com2) Salad Betik (Som Tum)Som tum mudah didapati di pasar malam terutamanya di sebelah utara dan pantai timur Malaysia. Rasanya pedas masam manis dan sedap dimakan dengan lauk yang lebih manis seperti kari ayam hijau atau kurma ayam/daging.

Bahan utama dah tentulah betik tua yang dihiris memanjang, dicampur dengan beberapa bahan lain yang mudah didapati di dapur kita. Namun ada juga versi yang ditambah ketam. Yang itu kalau nak order kita cakap, "som tam boo"

Foto https://www.youtube.com/watch?v=jwFjQhOG16Y
3. Pad ThaiPhad Thai ialah sejenis kue tiaw goreng yang dimasak dengan bawang putih, lada putih, sos ikan. Cara menghidangkannya pula ialah dengan meletakkan kacang tanah, udang kering, daun bawang, taugeh, hirisan limau nipis dan kepingan cili kering di atas kue tiaw halus yang telah digoreng.


Foto kaiandthekitchen.com
4. Kari Ayam Hijau (Gaeng Keow Wan Kai)
Jika hendak mencuba makanan Siam, jangan lupakan yang ini juga. Mengikut resipi asal yang aku belajar sewaktu Kursus Thai Cooking Made Easy di Thai Embassy tahun lepas, rasanya sedikit manis kerana dimasukkan gula Melaka. Bahan sampingannya terung atau rebung. Resipi di sini.

Foto rasamalaysia.com
5. Kanom Jeen
Ia menggunakan bihun sebagai bahan utama. Direndam, rebus dan ditoskan.

Kuah dibuat pelbagai jenis seperti kanom jeen nam ya (kari bebola ikan), kanom jeen nam prik (pes cili pedas manis) dan kanom jeen gang keow wan gai (kari ayam hijau).

Ada yang kata "namya" dari selatan Thai yang paling popular. Ia dihidang sekali dengan telur rebus, sayur segar seperti taugeh, kacang panjang, daun selasih dan timun.

Foto copymydinner.com
6. Telur dadar (Kai Jiew Moo Saap)Telur dadar Thai ni berbeza sikit. Makan sekali mesti nak lagi. Sungguh

Di restoran halal biasanya telur dicampur dengan sos ikan dan udang. Ya Allah sedap giler... kalah telur dadar yang husband aku buat hahahah..


7. Miang KhamMiang Kham bermaksud sekali makan. Ia adalah sejenis snek yang biasa terdapat di Thailand dan Laos. Dipekenalkan ke istana King Rama V oleh Princess Dara Rasmi

Bahan-bahan untuk menyediakan miang kham bukanlah yang pelik pelik, hampir semuanya ada di dapur cuma sos yang akan menentukan sedap atau tidaknya snek tersebut. Udang kering, halia, bawang merah, limau nipis, cili padi, kelapa yang digoreng dan kacang tanah dihiris kecil dan dimasukkan sedikit setiap satu bahan ke dalam daun kaduk lalu dilipat. Terus makan camtu jer

Mengikut pengalaman, tidak semua restoran menjual miang kham. Jika anda pergi ke Hatyai sila cari di pasar pagi yang besar tu


Miang kham yang lengkap

8. Pulut mangga (Mango with sticky rice)
Sesiapa yang ke Thailand tapi tak cuba makan pulut mangga ibarat tak lengkap perjalanannya ke sana. Gitu.

Banyak dijual di kaki lima kedai, ada yang meletakkan setengah biji mangga dan ada pula yang bagi sebiji. Kenyang makan pulut sekepal kalau dapat mangga terlajak manis. Aku pernah dapat mangga masam, santan pun sedikit berbau dan yang tak boleh blah si penjual tu pun bermuka masam. Terpaksa OT agaknya

Foto wasnita.com
9. Cha Yen (teh ais)Teh ais ini sedap sebab selain menggunakan susu pekat manis ia juga ditambah susu sejat. Kalau nak buat sendiri kena pastikan menggunakan serbuk teh dari Thailand. Barulah dapat rasa sebenar

Foto finansialku.com
Inilah sebahagian makanan popular di Thailand. Untuk mengetahui di mana untuk mendapatkan makanan halal di Bangkok sila gunakan butang search kat atas tu. Entry tu diterbitkan beberapa tahun lepas tetapi masih relevan. Sekarang ni lagilah banyak restoran halal baru telah beroperasi.


***
Kalau berjalan seorang aku biasanya tak makan banana pancake yang orang dok sebut sebut tu kerana terlalu berminyak dan terlajak manis. Aku dahlah manis. eh


© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/05/9-makanan-popular-mesti-cuba-di-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Kuih Muih Bulan Puasa Sedap Anda Mesti Cuba

7 Kuih Muih Bulan Puasa Sedap Anda Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1456 hits
Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan bazar Ramadhan merupakan syurga makanan yang ditunggu setiap setahun sekali Beraneka menu makanan yang terdapat di bazar Ramadhan yang mampu membuatkan anda rambang mata untuk membelinya Bukan sahaja terda...
Sediakan 8 Makanan Popular Ramadan Di Rumah

Sediakan 8 Makanan Popular Ramadan Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 576 hits
Kredit Gambar stok oleh YSK1 Shutterstock Sudah tiga minggu setelah umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dan dalam tiga minggu ini juga ramai yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar ramadan untuk mencari makanan kegem...
Syahadah Pun Tak Boleh Ucap Taktik Popular Warga Asing Thailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam

Syahadah Pun Tak Boleh Ucap Taktik Popular Warga Asing Thailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 694 hits
Syahadah pun tak boleh ucap Taktik Popular Warga Asing tThailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam Penampilan berkopiah memegang tasbih sambil mengusung tin tertera tabung masjid namun mereka ini tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah I...
Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap Dan Patut Cuba

Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap Dan Patut Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 2047 hits
Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap Dan Patut Cuba Assalamualaikum Mood nak buat biskut raya dah datang Suami pun dah mula bertanya nak beli atau nak buat macam tahun sebelumnya Masih lagi bersemangat nak buat biskut raya sendiri th...
Pesan Ustazah Ibu Ayah Mesti Seimbang Tegas Sangat Anak Rasa Ada Harimau Dalam Rumah

Pesan Ustazah Ibu Ayah Mesti Seimbang Tegas Sangat Anak Rasa Ada Harimau Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 477 hits
Pesanan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini wajar dijadikan panduan dalam mendidik generasi soleh dan solehah Seimbang dari semua aspek sangat penting Beliau dalam seminar Ibu Bapa Versatile Merealisasikan Geneasi Soleh Solehah belia...
Cuba Renungkan

Cuba Renungkan

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 390 hits
Assalammualaikum wbtCUBA RENUNGKANTidur dalam keadaan menahan lapar itu menyakitkanDan tidak boleh tidur pun sebenarnyaBerlainan pula ketika mahu beribadahMengurangkan rasa kenyang itu lebih memberi rasa keselesaanMeredakan rasa kemarahan i...
Wajah Azzahra Ada Iras Arif Aafiyah Bila Besar Mesti Cantik Persis Ibunya

Wajah Azzahra Ada Iras Arif Aafiyah Bila Besar Mesti Cantik Persis Ibunya

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 362 hits
Ramadan yang cukup bermakna buat Tya Ariffin apabila naik pangkat dan bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata setelah dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Mei lalu View this post on Instagram A post shared by on May 10 2019 at 11 0...
Ramadhan Buffet Ancasa Hotel Spa Yang Mesti Dicuba

Ramadhan Buffet Ancasa Hotel Spa Yang Mesti Dicuba

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 468 hits
Assalamualaikum Selamat Berpuasa semua Korang berbuka dekat mana Hari ini Bella sangat teruja kerana dijemput Ancasa Hotel Spa untuk bersama sama berbuka dan berkongsi keceriaan berbuka di bulan Ramadhan yang mulia ini bersama anak anak Pus...
Cuba Korang Bayangkan Ada Iklan Di Dalam Status Whatsapp

Cuba Korang Bayangkan Ada Iklan Di Dalam Status Whatsapp

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 253 hits
Aplikasi WhatsApp merupakan satu medium sosial yang boleh dikatakan sebagai keperluan bagi semua orang bagi terus berhubung dan mendapatkan perkongsian sumber maklumat dengan cepat WhatsApp juga menjadi kegunaan semua orang kerana ia bebas ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint