Syahadah Pun Tak Boleh Ucap Taktik Popular Warga Asing Thailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam


“Syahadah pun tak boleh ucap..”- Taktik Popular Warga Asing tThailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam! Penampilan berkopiah, memegang tasbih sambil mengusung tin tertera tabung masjid namun mereka ini tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah.
Itu antara taktik popular warga asing Thailand yang gemar menyamar sebagai orang Islam untuk meraih simpati orang ramai termasuk ketika Ramadan.
Difahamkan pengemis nomad ini akan cuba meniru penampilan masyarakat Islam tempatan serta meraih simpati masyarakat yang suka menderma terutama ketika bulan mulia ini.
Wajah Seakan akan Orang Melayu
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Rosnah Sardi berkata, taktik itu bagaimanapun terbongkar apabila mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah sebaik ditahan.
“Mungkin wajah mereka seakan-akan orang Melayu atau Islam. Namun pegawai JKM mempunyai keupayaan mengesan taktik golongan ini yang mengeksploitasi agama Islam kononnya bagi mendapatkan derma tahfiz atau masjid di Narathiwat Thailand,” katanya.
Pengemis
Menurutnya, bandar raya Johor Bahru terus menjadi tumpuan pengemis nomad warga asing yang muncul beramai-ramai terutama ketika Ramadan.
“Kemunculan pengemis warga asing membabitkan warga Indonesia dan Thailand ini ada kaitan dengan faktor derma lumayan diperoleh antara RM100 hingga RM200 sehari.
“Senario kebanjiran pengemis ini juga dipengaruhi keadaan bandar raya Kuala Lumpur yang padat ketika ini menyebabkan pengemis import ini berhijrah ke selatan tanah air.
“Antara tumpuan golongan ini membabitkan bazar Ramadan, pasar malam di sekitar bandar ini, pusat beli belah dan masjid berikutan lokasi strategik ini sering dikunjungi termasuk warga Singapura yang datang berbelanja,” katanya.
Menurutnya, kegiatan pengemis di bandar raya ini tidak pernah menemui titik noktah sebaliknya terus dibanjiri golongan itu yang berstatus pengemis kaya.
Buktinya statistik pengemis diselamatkan di negeri ini memperlihatkan angka besar berdasarkan jumlah operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi dilaksanakan setiap masa.
“Kami melaksanakan operasi berjadual atau serbuan mengejut sebaik menerima aduan orang ramai yang terlihat aktiviti berkenaan.
“Pada 2016 saja, sebanyak 230 kes pengemis diselamatkan membabitkan 366 operasi. Pada tahun 2017 pula, ia mencatatkan 220 kes dengan bilangan operasi secara bersepadu sebanyak 210,” katanya.
Rosnah berkata, bagi tahun 2018, lebih 200 pengemis diselamatkan membabitkan operasi bersepadu bersama agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pejabat agama.
Prosedur Operasi
Menurutnya, mengambil kira pandangan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), pihaknya tidak akan mengejar pihak berkenaan sekiranya melarikan diri.
“Namun mereka yang diselamatkan akan melalui prosedur operasi standard (SOP) termasuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan golongan diselamatkan itu ditempatkan di institusi JKM bagi menjalankan siasatan selama 30 hari.
“Kami juga bergantung kepada keputusan hakim sama ada memerintahkan untuk penjagaan golongan diselamatkan itu, memulangkan kepada keluarga atau ditempatkan di institusi pemulihan,” katanya.
The post “Syahadah pun tak boleh ucap..”- Taktik Popular Warga Asing Thailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/syahadah-pun-tak-boleh-ucap-taktik-popular-warga-asing-tthailand-gemar-menyamar-sebagai-orang-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syahadah Pun Tak Boleh Ucap

Syahadah Pun Tak Boleh Ucap

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 270 hits
Mohd Sabran Md Sani PENAMPILAN berkopiah memegang tasbih sambil mengusung tin tertera tabung masjid namun mereka ini tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah Itu antara taktik popular warga asing Thailand yang gemar menyamar sebagai orang ...
Tanjungbungah Bot Nelayan Diusahakan Warga Asing Ditahan

Tanjungbungah Bot Nelayan Diusahakan Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 331 hits
GEORGETOWN 17 Mei Sebuah bot nelayan jenis fiber ditahan pada jarak lebih kurang 1 3 batu nautika dari Timur Tanjung Bungah Pulau Pinang ditahan oleh bot peronda milik Maritim MalaysiaPulau Pinang pada jam 4 43 petang Pengarah Maritim Neger...
3 Maut Tercampak Ke Bawah Jambatan 11 Cedera Selepas Kereta Suv Seludup Warga Asing Terbabas

3 Maut Tercampak Ke Bawah Jambatan 11 Cedera Selepas Kereta Suv Seludup Warga Asing Terbabas

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 539 hits
Tiga lelaki maut manakala 11 lagi penumpang yang lain cedera termasuk tujuh parah selepas kenderaan Nissan X Trail yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 190 6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di susur keluar Plaza Tol Bukit Merah Ba...
Raja Maha Vajiralongkorn Dinobatkan Sebagai Rama X Thailand

Raja Maha Vajiralongkorn Dinobatkan Sebagai Rama X Thailand

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 334 hits
Vajiralongkorn 66 tahun mengenakan pakaian kebesaran berlapis emas dan menerima mahkota Kemenangan berlapis emas seberat 7 3 kilogram yang kemudian dipakai di kepalanya sebelum menyampaikan titah pertama sebagai raja
Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1399 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua moga puasa tahun ni lebih bermakna Walaupun masih terlalu awal kita di bulan penuh Al ...
Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi Begini

Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi Begini

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 223 hits
Saudi jual iqama seumur hidup Permit khas Arab Saudi ditawarkan pada harga sehingga RM890 816JEDDAH 13 Ramadan 1440H Sabtu Kerajaan Arab Saudi dilaporkan meluluskan pengeluaran iqama khas seumur hidup dengan mengenakan bayaran SR800 000 sem...
Kes Bunuh Jururawat Dua Warga Asing Ditahan

Kes Bunuh Jururawat Dua Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1367 hits
Kes Bunuh Jururawat Dua Warga Asing Ditahan oleh polis untuk membantu siasatan Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamaru...
Jawatankuasa Pun Tak Boleh Kah Aktiviti Yang Melibatkan Pihak Bukan Islam Dibuat Di Ruang Yang Lain

Jawatankuasa Pun Tak Boleh Kah Aktiviti Yang Melibatkan Pihak Bukan Islam Dibuat Di Ruang Yang Lain

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 342 hits
Cina tu hanya ikut protokol yang dibuat oleh Jawatankuasa bukan dia minta pun berucap mesti dalam ruang utama solat Ini juga bukan soal hukum boleh atau tidak boleh Tidak juga samada ucapan politik atau tidak Tetapi sesuatu itu lebih lagi j...
Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Sindiket Caj Rm15 000 Bawa Masuk Warga Bangladesh Ke Malaysia Tumpas

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib

Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List