Sediakan 8 Makanan Popular Ramadan Di Rumah



Kredit: Gambar stok oleh YSK1/Shutterstock Sudah tiga minggu setelah umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dan dalam tiga minggu ini juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar ramadan untuk mencari makanan kegemaran mereka untuk berbuka.
Namun begitu, dalam banyak-banyak makanan yang anda, adakah anda tahu apakah makanan wajib cuba pada bulan Ramadan ini? Pasti anda sedang menggaru-garu kepala mencari jawapannya. Tak perlu sakit kepala fikir kerana itulah tujuan saya menulis artikel ini!

Makanan Kegemaran Bazar Ramadan Entah kenapa, pada bulan Ramadan, makanan-makanan yang selalunya kita tidak akan beli atau kita lihat ada barisan panjang menunggu untuk membeli makanan tersebut akan menjadi cukup popular semasa bulan Ramadan.
Saya cuba untuk dapatkan penjelasan di sebalik kenyataan ini tetapi malangnya, tiada jawapan yang dapat ditemui. Kemungkinan makanan ini menjadi kegilaan atau rebutan semasa bulan Ramadan kerana pada masa inilah nafsu kita untuk makanan yang berat, berlemak itu cukup tinggi. Mestilah setelah berpuasa seharian, kita nak kumpul tenaga untuk keesokan hari pula, betul tak?

Malasnya Nak Bersesak-Sesak
Pernah tak anda betul-betul mengidam nak makan sesuatu yang hanya muncul pada bulan Ramadan tetapi setelah bersesak-sesak ke bazar Ramadan terdekat, penat cari tempat letak kereta, tengok-tengok gerai yang menjual makanan tersebut sudah tutup ataupun kehabisan makanan. Memang buat hilang mood sahaja.
Oleh sebab saya pun pernah rasai perasaan terkilan begitu, saya berazam nak kongsi dengan anda resepi-resepi makanan popular bulan Ramadan igauan anda yang cukup ringkas dan mudah sehinggakan boleh saja disediakan di dapur anda terus. Ha, terasa bersemangat balik tak? Kalau ya, teruskan membaca di bawah!

1.Ayam Percik Tak perlu ada pemanggang. Guna periuk nasi pun boleh!
Siapa yang tak suka ayam percik? Kalau ada, inilah masa untuk ubah persepsi anda! Ayam percik, kalau disediakan dengan betul, memang cukup mantap apabila makan dengan nasi putih panas-panas. Tambah pula dengan kuah sambal percik, silap haribulan memang tak menyempat anda nak berdiet menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri!
Resepi yang saya nak kongsikan di sini, memang cukup senang. Anda tak perlu susah-susah cari pemanggang bagai. Memadailah ada periuk nasi elektrik. Tak percaya? Cuba dulu resepi di bawah.
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong 8)1 inci halia, dihiris nipis4 ulas bawang putih, dihiris2 biji bawang besar, dihiris1 batang cili merah, dihiris3 batang cili kering, dipotong 32 batang serai, dititik 1 helai daun kunyit, dihiris nipis2 helai daun limau purut, dicarik1 cawan santan2 sudu besar gula merah1 sudu teh garam Cara-Cara:
1. Bersihkan ayam dan cuci sebersih-bersihnya. Tuskan air lebihan dan ketepikan.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk serbaguna. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam periuk.
3. Hidupkan periuk dan tetapkan pada opsyen ‘tekanan tinggi’. Tutupkan periuk dan tekan punat untuk mula masak. Biarkan selama 30-45 minit.
4. Buka penutup dengan hati-hati dan biarkan sedikit laluan udara untuk pastikan wap keluar dahulu. Tunggu selama 2 minit sebelum membuka sepenuhnya.


2. Roti John Kredit: ohbulan.com Walaupun tiada sesiapapun tahu dari mana sajian roti ini mendapat namanya tetapi roti John tetap menjadi buruan rakyat Malaysia setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Memang cukup memuaskan apabila kita dapat berbuka dengan roti yang padat dengan telur dan isi daging atau ayam bersama limpah sos cili, mayonis dan semestinya kuah keju. Wah, terliur terus saya selepas baca ayat tadi.
Namun begitu, kalau ada resepi untuk anda buat di rumah lagi bagus kerana memang anda akan pastikan roti John yang anda sediakan itu betul-betul kaw. Tiada istilah tak cukup isi atau tak cukup telur kalau anda sendiri yang buat. Berita baik untuk anda, saya ada satu resepi roti John yang 100 peratus akan buat anda mahu makan lagi dan lagi.
Bahan-Bahan:
300g isi ayam/daging cincang1 biji bawang besar, dipotong dadu2 biji bawang merah, dipotong dadu1/2 sudu besar serbuk kari ayam, dibancuh dengan 1/2 cawan air1/4 sudu teh serbuk ketumbar1 sudu besar gula1 sudu teh garam4 biji telur, dipukul4 roti hotdog, dibelah tengah300g keju parut (campuran mozarella, cheddar dan parmesan)120g kobis parut
Cara-Cara:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak, masukkan 2 sudu bawang besar dan tumis hingga sedikit layu.
2. Masukkan bancuhan kari ayam dan serbuk ketumbar. Tumis kilas selama 2 minit.
3. Masukkan isi ayam, bawang besar dan bawang merah. Kacau rata dan masak selama 5 minit hingga bawang layu dan isi ayam masak.
4. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan padamkan api lalu ketepikan.
5. Masukkan sedikit telur yang sudah dipukul dan letakkan inti yang disediakan ditengah-tengah telur. Kacau sebati.
6. Panaskan kuali. Masukkan satu sudu besar minyak dan ratakan. Letakkan 3 sudu besar inti dan bentukkan mengikut saiz roti yang digunakan.
7. Letak sedikit hirisan kobis dan tabur keju secukupnya. Tunggu hingga keju cair dan inti masak. Angkat kuali dan tolak perlahan lapisan inti ke atas roti
8. Letakkan sos cili, mayonis dan sos keju. Lipat roti dan ulang langkah hingga kesemua roti digunakan.


3. Kebab Kredit: Gambar stok oleh Food Impressions/Shutterstock Satu sebab saya cukup suka makan kebab sebagai juadah berbuka adalah disebabkan sajian ini tidak begitu berat hinggakan akan membuat saya berasa terlalu kenyang sampai perlu melingkar seperti ular sawa baru makan.
Oleh sebab itulah, bukan sahaja saya, malah geng kaki kebab akan mencari sajian kegemaran mereka ini di setiap bazar yang dikunjungi. Namun begitu, tidak semua gerai kebab mampu menyediakan kebab sepertimana yang anda mahu. Cubalah resepi di bawah. Selepas ini, tak perlu susah-susah ke hulu dan ke hilir demi kebab idaman anda.
Bahan-Bahan:
4 keping daging burger , dicincang kasar1 biji bawang Holland, dipotong dadu2 biji bawang merah, dipotong dadu3 ulas bawang putih, dipotong dadu1/2 biji kobis, diparut1/2 biji timun, diparut2 biji tomato, dipotong dadu2 batang cili merah, dihiris nipis4 batang cili padi, dihiris nipis4 keping roti pita, dibelah tengah300g keju parut1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada hitam
Cara-Cara:
1.Panaskan dua sudu besar minyak di dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan bawang-bawang yang dipotong dadu dan hirisan cili lalu tumis hingga naik bau.
2. Masukkan daging burger yang dicincang kasar, goreng selama 3-5 minit. Masukkan tomato yang dipotong dadu. Kacau selama 2 minit. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Setelah daging burger siap dimasak, angkat dan ketepikan.
3. Dalam roti pita, masukkan dua sudu besar daging yang digoreng, sesudu kobis, sesudu timun dan sesudu keju parut yang ditabur di bukaan roti pita.
4. Masukkan roti pita yang siap ke dalam ketuhar gelombang pada suhu 180 darjah celsius selama 2 minit untuk keju mencair dan meleleh. Boleh letakkan apa-apa sos yang kena dengan citarasa anda.


4. Nasi Tomato Kredit: Food52
Tidak sah pengalaman puasa saya tanpa hidangan nasi tomato. Siapa yang boleh menahan diri daripada menikmati sepinggan nasi gebu yang mempunyai rasa asid tomato yang diseimbangkan dengan wangian rempah-ratus yang digunakan? Dihidangkan pula dengan lauk ayam masak merah, memang tak bergeraklah saya dari meja makan.

Rahsia nasi tomato yang sedap bergantung pada jenis beras, jenis rempah dan sukatan tomato puri yang anda guna. Kalau nak jumpa resepi yang betul-betul ideal memang boleh makan masa bertahun. Untuk tolong anda jimat masa dan tenaga, saya kongsilah resepi nasi tomato kegemaran saya. Memang menjadi dan paling penting, sedap sampai satu pinggan pun tak cukup!

Bahan-Bahan:
2 cawan beras Basmati4 cawan air4 sudu besar minyak sapi1 sudu besar minyak sayuran2 bji bunga lawang1 batang kulit kayu manis, dibelah dua1 sudu besar buah pelaga1/2 tin susu cair1 cawan susu segar1 tin puri tomato1 genggam daun ketumbar, dihiris nipis1 helai daun pandan, disimpul1 1/2 sudu teh garam
Bahan Kisar:
5 ulas bawang putih1 biji bawang besar3 biji bawang merah1 inci halia
Cara-Cara:
1.Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali atas api sederhana besar. Tumis bahan kisar hingga sedikit layu. Masukkan beras, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam periuk nasi, masukkan beras yang digoreng bersama-sama rempah ratus. Masukkan susu cair dan air. Kacau rata.
3. Masukkan garam dan daun pandan. Tutup periuk nasi dan tekan butang untuk masak.
4. Sesekali, buka dan kacau nasi. Apabila nasi sudah masak, tabur hirisan daun ketumbar.

5. Murtabak Kredit: purrfectbliss.com
Murtabak, kalau disediakan dengan betul, memang sedap! Saya, sejujurnya, bukanlah peminat murtabak. Kalau tiada pun tidak mengapa kerana murtabak yang saya pernah cuba selama ni kurang memuaskan, Ada yang doh terlalu teballah, isi kuranglah, rasa telur tak cukuplah.
Jadi, saya pun berazam untuk cari resepi murtabak yang betul-betul boleh dipercayai agar saya dapat cuba dan nikmati hidangan ini pada bulan puasa kali ini. Nasib saya memang baik kerana saya terjumpa satu resepi murtabak yang akan membuatkan anda berhenti membeli murtabak di bazar kerana resepi ini menjadikan proses penyediaan murtabak begitu senang dan ringkas. Paling penting, anda boleh ubah sukatan isi agar sesuai dengan citarasa anda.
Bahan-Bahan:
a) Kulit Murtabak
4 cawan tepung gandum1 biji telur1 sudu besar susu pekat2 sudu besar marjerin1 1/2 cawan air garam
b) Inti Murtabak
300g daging kisar2 biji bawang besar. dicincang6 ulas bawang putih, dicincang4 sudu besar rempah kari daging
Cara-Cara:
a) Kulit Murtabak
Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk. Kacau rata.Masukkan susu pekat dan kacau rata. kacau hingga tepung tidak melekat di tangan.Masukkan air garam sikit demi sikit. Sukatan terbaik adalah 1/2 cawan air. Jika tidak, anda perlu bereksperimen agar dapat rasa masin yang anda mahu.Uli hingga doh lembut dan licin. Biarkan selama 10 minit lagi dan uli.Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, Biar rehat selama 2-3 jam. Kulit lebih gebu dan lembut jika disimpan semalaman.
b) Inti Murtabak
Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu dalam kuali yang dipanaskan atas api sederhana besar. Tumis hingga naik bau.Masukkan daging cincang dan rempah kari daging. Untuk rasa daging yang lebih kuat. Perap daging cincang dalam rempah daging selama 30 minit sebelum masak. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau selalu selama 5 – 10 minit hingga daging sedikit kering. Jika anda sukakan murtabak mempunyai ini yang sedikit berkuah, boleh berhenti masak apabila air daging memekat. Ketepikan.
c) Membuat Murtabak
Canaikan doh roti dengan menyapu sedikit minyak hingga menjadi doh nipis. Letakkan 3 sudu besar inti atau sebanyak mana anda mahu. Lipat menjadi bentuk segi empat tepat. Picit hujung doh untuk pastikan inti takkan terkeluar.Atas kuali leper atau kuali sederhana besar, minyakkan permukaan kuali dan panaskan kuali atas api sederhana besar.Letakkan murtabak dan goreng setiap bahagian selama 3-5 minit. Sesekali periksa jika bahagian yang digoreng sudah garing atau tidak. Jika ya, terbalikkan.
6. Popia Basah Kredit: Resepi Viral
Popia basah, baik sebagai sajian berbuka mahupun moreh, memang sentiasa sedap dimakan, khusus sekali bila betul-betul disalut dengan kuah pedas manis yang diberi sekali. Memang tertutup mata apabila makannya!
Namun begitu, membeli popia basah di bazar, ada kalanya, tak memuaskan. Ada saja yang tak kena. Tak cukup isilah, tak cukup kuahlah. Macam-macam! Apa penyelesaiannya? Buat sendirilah.
Bahan-Bahan:
a) Kulit Popia
(120g) 2 cawan tepung gandum1 biji telur (telur putih sahaja)(177ml) 3/4 cawan air2 sudu besar cuka1/2 sudu teh garam b) Sos
15 batang cili kering, dibuang biji, direbus dan dikisar bersama 1 cawan air.1 biji bawang besar, dihiris nipis5 ulas bawang putih, dicincang2 sudu besar gula perang1 sudu besar gula pasir (jika perlu)1 sudu teh kicap manis3 sudu besar minyak untuk menumis
c) Inti Popia
250g sengkuang, dikupas kulit dan disagat memanjang.1 genggam taugeh, bersihkan dan buang akar1/2 biji kobis, diracik halus1 batang lobak merah, dihiris panjangsegenggam udang, dibuang kepala dan ekor lalu dihiris kecil1 biji bawang besar, dicincang halus4 ulas bawang putih, dicincang halus1 sudu teh udang kering, ditumbuk halus1 sudu teh garam3 sudu besar minyak Cara-Cara:
a) Kulit Popia
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati. Jika adunan pekat, tambah 1-2 sudu besar air. Tutup dan biar rehat sekurangnya, 30 minit.Selepas 30 minit, panaskan kuali leper atas api sederhana besar.Ambil segenggam adunan dan ratakan di atas kuali. Pastikan kuali tidak terlalu panas semasa membuat langkah ini.Biarkan kulit popia masak dalam 2-3 minit. Angkat perlahan-lahan kulit popia dari tepi.Ulang langkah ini hingga habis doh.
b) Sos
Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana besar. Tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak. Proses ini mengambil masa selama 10 minit. Masukkan gula dan kicap manis. Kacau dan biar mereneh hingga pekat.Masukkan garam dan kacau rata. Padamkan api dan ketepikan.
c) Inti Popia
Panaskan dua sudu besar minyak dalam periuk atas api sederhana besar. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan kobis dan lobak merah. Goreng hingga layu.Masukkan taugeh, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau rata. Padamkan api dan ketepikan.

7. Ikan Bakar kredit: cookpad.com
Semasa berbuka puasa, anda mahu makanan yang panas-panas disediakan. Baru berselera semasa berbuka nanti. Antara makanan kegemaran yang dicari semasa bulan Ramadan ialah ikan bakar.
Pada masa inilah, ikan bakar senang didapati pada harga yang berpatutan. Kalau pada hari biasa, memang tak dapatlah ikan bakar RM 10. Namun begitu, kalau setiap hari belanja RM10 untuk ikan bersaiz kecil. Lebih baik anda sediakan sendiri. Lagi murah, lagi bersih, lagi puas.

Bahan-Bahan:
a) Ikan Bakar
1 ekor ikan siakap, dicuci, dibuang sisik dan dibelah tengah1 sudu teh pati asam jawa, dicampur dengan 1/4 cawan air.1 batang serai, diketuk1 inci halia, dihiris
Bahan Kisar:
3 cili merah3 cili kering3 cili api 3 biji bawang merah1 ulas bawang putih1 batang serai1 sudu teh garam
b) Air Asam Jawa
1 biji bawang besar, dipotong dadu1 biji tomato, dipotong dadu4 batang cili padi hijau, dihiris1 biji limau nipis, diperah jus.1 sudu teh garam Bahan Kisar:
3 biji bawang merah3 batang cili padi2 batang cili merah2 sudu besar pes asam jawa, dibancuh 1/2 cawan air.1 inci belacan, dibakar dahulu1 sudu besar gula Cara-Cara:
a) Ikan Bakar
Bersihkan ikan dan cuci ikan dengan sedikit garam kasar dan asam jawa. Sapu di bahagian luar dan dalam ikan. Boleh juga menggunakan buah limau. Ini untuk menghilangkan bau hanyir ikanPanaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan bahan kisar. Tumis selama 5-10 minit hingga naik minyak.Masukkan serai, 1 sudu teh garam, halia dan air asam jawa. kacau seketika. Padam api dan ketepikan.Lapikkan dulang pembakar dengan kertas aluminium. Letakkan ikan di atas kertas. Tuang sambal yang disediakan pada seluruh ikan.Panaskan ketuhar pada suhu tinggi atau 200 darjah selsius. Boleh panaskan ketuhar awal semasa mencuci ikan dan menyediakan sambal.Masukkan ikan ke dalam ketuhar dan bakar selama 25-30 minit. b) Air Asam Jawa
Kisar semua bahan kisar secara kasar. Masukkan bahan yang dikisar kasar ke dalam sebuah mangkuk.Masukkan buah tomato dan bawang besar yang dipotong dadu serta hirisan cili hijau.Masukkan perahan jus limau nipis. Jika terlalu pekat, masukkan 1 sudu besar air masak. Kacau rata.
8. Ayam Penyet Kredit: goblock.com Saya memang hantu ayam penyet. Dalam seminggu, memang wajib makan 2-3 kali. Memang tak sihat tapi macam mana saya nak tolak godaan ayam berisi lembap dan berkulit rangup dilimpahi sambal berapi? Bukan saya seorang saja berasa begitu. Ramai lagi yang berada di bawah pukauan hidangan enak ini.
Keinginan saya untuk makan ayam penyet semakin memuncak sejak berpuasa. Boleh terasa di tekak rasa panas sambalnya. Daripada asyik membeli di luar, saya cuba sediakan di rumah dan resepi yang saya nak kongsi ini memang resepi terbaik untuk dibuat bila mengidam nak makan ayam penyet. Cepat dan senang nak dibuat.
Bahan-Bahan:
a) Ayam
1 ekor ayam, dipotong 81/2 sudu besar jintan manis1/2 sudu besar jintan putih2 sudu besar ketumbar1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar serbuk kunyit4 ulas bawang putih, dihiris1 inci halia, dihiris1/4 cawan air1 sudu teh garam1/2 cawan tepung beras1 biji telur b) Sambal Penyet
10 batang cili padi10 batang cili merah5 biji bawang merah, dibelah 410 ulas bawang putih, dihiris5 biji tomato, dibelah 43 inci belacan, dibakar2 sudu besar ikan bilis3 sudu besar gula3 biji limau nipis, diperah jus
Cara-Cara:
a) Ayam
Cuci ayam bersih-bersih dan rebus dalam periuk atas api sederhana. Rbus ayam selama 20 minit hingga empuk.Apabila ayam sudah empuk, angkat keluar ayam dan letak di dalam besen.Dalam kuali atas api kecil. tumis darat jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga wangi. Ketepikan.Masukkan bahan yang ditumis ke dalam pengisar dan masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah, halia, bawang putih dan garam.Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus.Lumurkan rempah yang dikisar atas ayam yang direbus. Perap ayam selama 2 jam.Apabila sudah lama disimpan, keluarkan ayam dan sediakan celuran.Dalam mangkuk, masukkan tepung beras dan telur. Kacau rata. Masukkan 1 sudu teh garam, jika perlu.Celupkan ayam dalam campuran tepung dan telur lalu goreng dalam kuali berisi minyak atas api sederhana besar. Goreng ayam sehingga menjadi kuning keemasan.
b) Sambal
Masukkan 3 sudu besar minyak dalam kuali yang dipanaskan atas api sederhana besar. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.Masukkan cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato. Tumis hingga lembut. Angkat dan biarkan sejuk selama 2 minit.Masukkan ikan bilis, bahan ditumis dan belacan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.Dalam kuali yang sama, masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum.Masukkan gula dan garam. Masukkan jus limau. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
Bazar di Rumah! Anda semangat tak nak sediakan kesemua makanan ini? Oleh sebab minggu ini ialah minggu terakhir kita berpuasa, jangan lepaskan peluang untuk menikmati puas-puas kesemua makanan ini. Nanti kena tunggu bulan puasa tahun depan pula supaya dapat rasa perasaan berbuka dengan makanan ini. Kalau tidak, sediakan saja pada bila-bila masa anda teringin nak makan.
Selamat mencuba!
The post Sediakan 8 Makanan Popular Ramadan di Rumah! appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/sediakan-8-makanan-popular-ramadan-di-rumah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Dap Anjur Program Isi Minyak Percuma Untuk Penghantar Makanan Bermotorsikal Sempena Ramadan

Mp Dap Anjur Program Isi Minyak Percuma Untuk Penghantar Makanan Bermotorsikal Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 443 hits
Bukan boleh puak puak ni kalau ada idea baru Kalau dulu Dap ni pujaan hatiku malah di Penang satu ketika dahulu PKR pun tak dapat banyak tempat seperti ahli Pas Bila dah benci langsung apa sahaja yang dibuat oleh Dap salah belaka Tu la dia ...
Datang Rumah Orang Kena Beradab Sikap Individu Longgok Makanan Baju Tak Hormat Gelandangan

Datang Rumah Orang Kena Beradab Sikap Individu Longgok Makanan Baju Tak Hormat Gelandangan

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 448 hits
Datang Rumah Orang Kena Beradab Bukan Biadab Kesal Sikap Individu Longgok Makanan Baju Tak Hormat Gelandangan Amalan tolong menolong sangat digalakkan terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini yang menawarkan ganjaran pahala yang berlipat gan...
9 Makanan Popular Mesti Cuba Di Thailand

9 Makanan Popular Mesti Cuba Di Thailand

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1278 hits
9 Makanan popular mesti cuba di Thailand Selain sentiasa memperkenalkan produk terbaru sebagai destinasi percutian yang sesuai untuk semua peringkat usia dan minat Thailand juga terkenal dengan pelancongan gastronomi Sewaktu berjalan jalan ...
4 Tempat Penyumbang Sampah Makanan Terbesar Selama Ramadan Sedih Justru Banyak Makanan Kebuang

4 Tempat Penyumbang Sampah Makanan Terbesar Selama Ramadan Sedih Justru Banyak Makanan Kebuang

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 255 hits
Padahal bulan Ramadan itu intinya menahan diri jadi miris aja kalau ternyata di bulan suci ini nyatanya lebih banyak makanan yang dibuang buang
Perginya Ibu Anak Di Penghujung Ramadan Hajat Nak Cat Rumah Sempena Raya Tak Sampai

Perginya Ibu Anak Di Penghujung Ramadan Hajat Nak Cat Rumah Sempena Raya Tak Sampai

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 508 hits
Ajal dan maut di tangan Allah Siapalah kita untuk melawan ketentuannya Dalam girangnya menyambut Syawal keluarga ini berduka kehilangan isteri dan anak sekali gus Keterujaan sebuah keluarga membeli cat untuk memperindahkan kediaman sempena ...
Selama Ramadan Pasien Rumah Sakit Jiwa Jambi Ikut Berpuasa

Selama Ramadan Pasien Rumah Sakit Jiwa Jambi Ikut Berpuasa

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 196 hits
Namun demikian Singgih menjelaskan tidak ada paksaan terhadap pasien di RSJ itu untuk menjalani ibadah puasa Ibadah puasa tersebut dilakukan bagi pasien yang hendak berpuasa saja
Umat Islam Bazirkan 4 600 Tan Makanan Sepanjang Ramadan

Umat Islam Bazirkan 4 600 Tan Makanan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 295 hits
SHAH ALAM Sekitar 4 600 tan makanan yang masih elok terbuang di seluruh Semenanjung Malaysia pada Ramadan Menyifatkannya sebagai membazir Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkata jumlah itu meningkat kira kira 15 hing...
Baby Sadoo Jenama Makanan Bayi Mudah Sedia Dan Suap Untuk Di Rumah Dan Travel

Baby Sadoo Jenama Makanan Bayi Mudah Sedia Dan Suap Untuk Di Rumah Dan Travel

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 816 hits
BABY SADOO Jenama Makanan Bayi Mudah Sedia Dan Suap Untuk Di Rumah Dan Travel Salam Ramadhan semua Hmmm korang dah masak ke belum tu Daku macam biasa masak yang apa yang anak suka makan je lagipun bulan puasa ni tak berapa lapar sangat Time...
Saya Sepatutnya Balik Ibu Meninggal Dunia Selepas Sediakan Makanan Untuk Anaknya Yang Tak Pulang Sambut Hari Ibu

Saya Sepatutnya Balik Ibu Meninggal Dunia Selepas Sediakan Makanan Untuk Anaknya Yang Tak Pulang Sambut Hari Ibu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 383 hits
The ReporterPemilik syarikat perniagaan perkhidmatan pengebumian di Taiwan Lau baru baru ini berkongsi mengenai satu kes yang diuruskan di Facebook yang mungkin tidak akan dilupakannya membuatkan ramai netizen yang mengalir air mata Menurut...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily

Morning View Kundasang