7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda


Jika selama ini anda peminat tegar apa sahaja dari negara Korea, tentu apabila sudah jauh-jauh terbang ke sana untuk bercuti, pasti anda ingin makanan orang sana kan? Bandar Seoul yang merupakan tumpuan ramai buat pelancong antarabangsa sekarang mempunyai pelbagai restoran halal, jadi tak perlu lagi khuatir tentang apa anda hendak makan di sana!
 
EID – 이드 Halal Korean Food  

 
Jika anda pernah ke Seoul atau hendak pergi dan sudah membuat kajian tentang tempat mana nak makan, tentu anda pernah dengar tentang restoran ini. Di restoran EID, banchan (hidangan sampingan yang sering datang bersama makanan yang disajikan) boleh ditambah secara percuma! Penulis kami sendiri telah pergi ke sana untuk mencuba makanan tradisional Korea di restoran ini. Besstt!
Seperti kebanyakan restoran halal di Seoul, EID terletak di Itaewon, kawasan yang terkenal dengan makanan halal.
 
Waktu Perniagaan: Selasa – Ahad (11:30 pagi – 9:00 malam). Tutup pada setiap hari Isnin
Harga: Dari ₩8,000 – ₩12,000.
Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
 
Cara Untuk ke EID: Restoran ini terletak berhampiran masjid Seoul Central Mosque. Dari jalan belakang masjid, anda hanya perlu berjalan terus, Eid akan berada di sebelah kiri anda.
 
 
Makan Halal Korean Restaurant  

 
Restoran yang dibuka pada awal tahun 2015 ini terkenal dengan makanan tradisional Korea seperti bulgogi (hidangan daging popular di Korea), dakdoritang (ayam berkuah pedas) dan mulnaengmyeon (sejenis mi yang dihidangkan sejuk…mesti cuba semasa musim panas!) dan banyak lagi! Makan Halal Korean Restaurant ini terletak tidak jauh dari restoran EID di Itaewon juga.
 

 
dakdoritang makan halal korean restaurant seoul itaewon hhwt Dakdoritang – ayam berkuah pedas
 

 
Samgyetang makan halal korea restaurant itaewon seoul hhwt Samgyetang – Sup ayam ginseng
 

 
bulgogi dosirak makan halal korea restaurant itaewon seoul Bulgogi dosirak
Waktu Perniagaan: Isnin dan Rabu – Ahad (10:30 pagi – 10:00 malam). Tutup pada setiap hari Selasa.
Harga: Dari ₩8,000 – ₩12,000.
Alamat: 52, Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911
 
Cara Untuk ke Makan Halal Korean Restaurant: Restoran ini terletak di hadapan masjid Seoul Central Mosque, dan juga berdekatan dengan restoran EID.
 
BoA Guesthouse – Dosirak Halal!  

 
Walaupun sebenarnya sebuah rumah tumpangan, BoA Travel House ini mempunyai 8 jenis dosirak yang halal termasuk dosirak jajangmyeon (mi bersos hitam)! Anda juga boleh mencuba tteokbokki (sejenis kuih diperbuat dari beras) dan ayam goreng! Jika anda peminat drama Korea, anda pasti tahu bahawa ayam goreng Korea sangat sedap! Menu penuh boleh dilihat di sini.
BoA Travel House ini terletak di Hongdae, sebuah kawasan yang sangat popular di Seoul, jadi anda tak perlu risau, pasti akan dapat makan di sini
 

 
half chicken jajangmyeon dosirak boa travel house seoul hongdae Japchae (mi kentang manis) dosirak, ayam kicap dan jajangmyeon.
 
Cara Memesan: Tinggalkan pesanan makanan anda di laman Facebook mereka, nyatakan waktu anda ingin mengambil makanan dan berikan alamat penginapan anda di Seoul.
Harga: ₩7,000 untuk setiap dosirak jika anda menginap di rumah tumpangan mereka, atau ₩8,000 bagi pesanan dari tetamu yang lain. Harga untuk hidangan sampingan berbeza mengikut makanan.
Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836
 
Cara Untuk ke BoA Guesthouse:
 
Exit4 at Hongik Univ. Station.                      Go straight towards “K2” store
Exit 4 dari Hongik Univ. Station (Airport Railroad, line 2) 2. Jalan terus menuju ke kedai “K2” Cross at the crosswalk in front of LG Electronics Inc.                         Keep walking around 30M for GS25 convenience store.
Lintas jalan di hadapan LG Electronics Inc. 4. Jalan lebih kurang 30M ke kedai serbaguna GS25 Turn left at Bizeun(빚은, rice-cake shop, The Premium Riceteria)                              Then, you’ll see BoA travel house on your left
Pusing kiri di Bizeun (빚은, rice-cake shop, The Premium Riceteria) 6. BoA travel house akan berada di sebelah kiri anda  
Dongmun (Nami Island)  

 
Ok..Pulau Nami mungkin bukan di Seoul, tetapi ianya sebuah tempat yang anda mesti kunjungi sewaktu anda bercuti di Korea! Anda juga boleh merasa makanan Korea yang sejati di pulau ini Dong Mun adalah restoran keempat yang diberi sijil halal di Korea, dan mereka mempunyai pelbagai makanan tradisional Korea dan juga makanan dari benua Asia yang lain seperti pho dari Vietnam!
 

 

 
Octopus Bibimbab dong moon nami island korea Bibimbab sotong
 
Dong Mun mempunyai pelbagai variasi bibimpap (nasi campur Korea), jajangmyeon dan bulgogi. Setelah penat bersiar-siar di sekitar Pulau Nami, bolehlah berkunjung ke Dong Mun untuk berehat dan mengisi perut anda yang pasti lapar
Waktu Perniagaan: 10:00 pagi – 7:00 malam (hari minggu dan musim sejuk), 10:00 pagi – 8:00 malam (hujung minggu dan musim-musim lain)
Harga: Dari ₩10,000 – ₩12,000
Alamat: 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chun-cheon-si, Gang-won-do
 
Yang Good BBQ – Yeoksam  

 

 
Jika anda pernah mengidam nak makan BBQ Korea yang halal, kami faham perasaan anda! Bukan senang kan nak mencari BBQ yang halal di Seoul. Alangkah seronoknya kami apabila boleh merasa masakan BBQ Korea yang sebenar di Yang Good!
Cubalah kambing yang telah diperap dengan sos manis Korea. Sedaaaappp! Jika perut anda masih belum penuh, Yang Good juga ada sup kambing, deonjang-jjigae (sup kacang soya yang telah ditapai), mulnaengmyeon dan juga hidangan Korea yang lain. Singgahlah di sini untuk makan malam selepas membeli-belah di Gangnam atau minum kopi di Garosugil!
 
Waktu Perniagaan: 3:00 petang – 2:00 pagi
Harga: ₩11,000 – ₩30,000
Alamat: Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15. 서울특별시 강남구 논현로95길 15
 
Cara Untuk ke Yang Good BBQ: Yeoksam (Line 2). Sila lawat yanggood01 untuk arahan yang lebih terang untuk ke Yang Good BBQ
 

 
Namiok – Gyeonggi-do (Berhampiran Pulau Nami)  

 
Jika anda akan mengunjungi Pulau Nami, bolehlah ke Namiok juga untuk Dakgalbi (ayam goreng pedas)! Bayangkan ayam goreng yang diperap dengan gochujang (sambal versi Korea), bersama kobis, tteokbokki dan nasi dihidangkan atas pinggan panas yang ‘sizzling’! Kami pun terliur!
 

 
Waktu Perniagaan: 9:00 pagi – 8:00 malam
Harga: ₩10,000 – ₩18,000
Alamat:  786-2 Eupnae-ri, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea (경기도 가평군 가평읍 읍내리 786-2)
 
Cara Untuk ke Namiok: Kira-kira 15 minit dari terminal feri Pulau Nami jika menaiki kereta. Kami cadangkan mengambil teksi ke sana. Tunjukkan sahaja alamat Namiok dalam bahasa Korea kepada pemandu teksi anda.
 
Murree Muslim Food마리무슬림푸드 – Itaewon  

 

 
Sebelum restoran-restoran seperti EID dan Makan Halal Korea dibuka, restoran inilah yang kerap kami kunjungi. Walaupun Murree lebih mahal sedikit dibandingkan dengan restoran lain, menu di sini adalah menu yang paling lengkap dari segi makanan tradisional Korea, dengan hidangan seperti samgyetang (sup ayam gimseng), kimchi bokkeumbap (nasi goreng kimchi), bulgogi, kimchi jeon (lempeng kimchi) dan banyak lagi! Yang paling best? Banchan di sini juga boleh ditambah secara percuma!
 

 
Waktu Perniagaan: 10:30 pagi – 11:00 malam
Harga: ₩10,000 – ₩30,000
Alamat: 140-7 Itaewon-Dong, Yongsan-gu, Seoul 140-858
 
Cara ke Murree: Itaewon (Line 6) – Exit 3. Jalan terus dan pusing kanan apabila anda berada di kedai Kebab. Kemudian, jalan menaiki bukit melalui Salam Bakery, dan pusing kiri di simpang bukit. Murree akan berada di sebelah kanan anda, bersebelahan dengan sederet rumah kedai yang menghala ke masjid Seoul Central Mosque. (Terima kasih kepada kayoskookies.com untuk panduan ke restoran ini!)
 
 
*Pasar Borong Ikan Noryangjin 노량진수산시장 (Tidak ditanggung halal)
 

 
Jika anda peminat makanan laut, anda MESTI kunjungi pasar borong ikan Noryangjin untuk menikmati makanan laut yang segar – stail orang Korea! Udang galah, abalone, dan makanan laut lain yang pelik-pelik boleh didapati di sini. Kalau tak nak makan pun, boleh lihat sahaja gaya orang Korea membeli-belah di pasar.
*Restoran-restoran di pasar ini tidak ditanggung halal. Sila kunjungi mengikut budi bicara sendiri.
 

 

 
Apabila anda sampai di pasar ini, pergi terus ke tingkat satu untuk memilih hidangan anda, dan jangan lupa untuk tawar-menawar! Bila sudah membuat pilihan, naik ke tingkat dua untuk makanan anda dimasak di dalam restoran. Anda boleh memilih masakan stim, gril atau mentah! Bayaran akan dikenakan untuk penyediaaan makanan.
 

 

 
Cadangan kami:
 
Maeuntang매운탕 (Sup ikan pedas) –Buat pesanan untuk sup ini di restoran!
Jeonbok 전복 (Abalone) – Cubalah abalone stim, cara penyediaan abalone kegemaran kami.
Ikan seperti selar kuning atau ikan flounder – Sashimi (Mentah, atau dalam bahasa Korea, Hoe, disebut seperti ‘hway’ 회)
Garibi 가리비(Scallop) – Gril
Ge게(Ketam) – Stim
 
Waktu Perniagaan: 1:30 pagi – 10:00 malam
 
Harga:  Bergantung kepada jenis hidangan. Hidangan paling mahal mungkin sekali ketam raja, yang boleh mencapai harga ₩85,000, tidak termasuk cas penyediaan – tapi ketam ni sangat berbaloi walaupun mahal!
Alamat: 688, Nodeul-ro, Dongjak-gu, Seoul 서울특별시 동작구 노들로 688 (노량진동)
Cara ke Noryangjin: Noryangjin (Line 1) – Exit 1. Lintas menggunakan jejantas, dan anda akan menjumpai tempat letak kereta terbuka. Turun tangga dan ikut bau ikan!
 
Frasa Berguna:
 
Kami faham betapa susahnya untuk mencari makanan halal selain dari di kawasan Itaewon. Sebab itulah, kami telah menyediakan beberapa ayat-ayat berguna untuk ada untuk digunakan semasa membuat pesanan makanan!
 
Adakah hidangan ini mempunyai daging / ham? – yi yorineun gogi/haem notgoisseoyo 이요리는 고기/햄 놓고있오요?
Tolong jangan letak daging / ham – gogi/haem notjimaseyo고기/햄 놓지마세요
Tolong keluarkan daging / ham – gogi/haem paejuseyo고기/햄 빼주세요
Saya tidak makan daging – naneun gogireul an meogeoyo나는 고기를 안먹어요
Saya tidak boleh makan daging – naneun gogireul mot meogeoyo.나는 고기를 못 먹어요
Jika anda telah menjumpai restoran halal yang lain di Korea Selatan, kongsikanlah bersama kami dengan meninggalkan komen di bawah! Kongsikan juga panduan makanan halal di Korea ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda!
 
Sumber: Have Halal Will Travel
The post 7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/7-restoran-makanan-halal-di-korea-yang-anda-mesti-cuba-semasa-percutian-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Restoran Halal Yang Boleh Anda Singgah Di Pulau Jeju Korea Selatan

8 Restoran Halal Yang Boleh Anda Singgah Di Pulau Jeju Korea Selatan

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 556 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia yang gemar untuk bercuti ke Pulau Jeju iaitu pulau terbesar di Semenanjung Korea Selatan Mana taknya Jeju memiliki pelbagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang sesuai dikunjungi sepanjang empat musim Mala...
5 Restoran Halal Wajib Cuba Di Tokyo Ramen Tempura Semuanya Ada

5 Restoran Halal Wajib Cuba Di Tokyo Ramen Tempura Semuanya Ada

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 547 hits
Dengan bilangan pelancong Muslim ke bandar Tokyo yang kian meningkat sejak kebelakangan ini mencari tempat tempat makan bersijil halal di Tokyo kini jauh lebih mudah Ingin nikmati masakan Jepun seperti sushi udon dan ramen Berikut adalah an...
Restoran Steamboat Halal Murah Di Lumut

Restoran Steamboat Halal Murah Di Lumut

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1352 hits
Setiap kali saya dan keluarga bercuti di Teluk Batik atau Lumut salah satu restoran atau tempat makan yang sering menjadi pilihan ialah Restoran Lumut Ikan Bakar dan Steamboat Restoran ini terletak di jalan utama ke Lumut Jalan Iskandar Sha...
Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral Chun Di Ioicity Mall Putrajaya

Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral Chun Di Ioicity Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 830 hits
Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral Chun di iOiCity Mall Putrajaya Cerita hari Selasa lepas sebenarnya Aku ke Putrajaya lepas settle main ATV dan bermalam di Kemensah untuk mesyuarat Settle mesyuarat baru dapat borak borak sekejap dengan Linda ...
8 Restoran Halal Di Tokyo

8 Restoran Halal Di Tokyo

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 483 hits
Siapa kata sukar untuk mendapatkan makanan halal jika melancong ke Jepun Mungkin itu suatu ketika dahulu Ketika industri pelancongan halal masih belum berkembang Namun kini dengan trend percutian ala backpacker ke negara negara termasuk neg...
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut Terbaik Di Klang

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut Terbaik Di Klang

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 517 hits
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut Terbaik Di Klang Kalau bab makan memang laju je kinah Mana la badan tak tembun Eh eh salahkan makanan padahal malas nak excersice hihi Ok lah kite sambung semula cerita pasal tempat makan best di...
Label Halal Sekadar Muslihat Youtuber Korea Dedah Kisah Di Myeong Dong Street

Label Halal Sekadar Muslihat Youtuber Korea Dedah Kisah Di Myeong Dong Street

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 360 hits
DI MANA sahaja anda bercuti sudah pasti anda ingin berkunjung dan mencuba sesuatu yang istimewa di negara yang anda kunjungi Selain melawat tempat tempat menarik makanan juga antara yang akan menjadi tumpuan utama setiap pelancong Namun ada...
Banyak Peminat Industri Makanan Halal Punya Potensi Paling Besar

Banyak Peminat Industri Makanan Halal Punya Potensi Paling Besar

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 331 hits
Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo mengungkapkan potensi industri makanan halal pada 2023 mencapai USD 1 8 triliun Seiring dengan terus bertambahnya jumlah penduduk muslim di dunia yang saat ini telah mencapai 1 84 miliar atau sekitar 24...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat