8 Restoran Halal Yang Boleh Anda Singgah Di Pulau Jeju Korea Selatan


Semakin ramai rakyat Malaysia yang gemar untuk bercuti ke Pulau Jeju iaitu pulau terbesar di Semenanjung Korea Selatan.
Mana taknya, Jeju memiliki pelbagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang sesuai dikunjungi sepanjang empat musim.
 

 
Malah, kemudahan untuk mendapatkan makanan halal di sana juga tidak sukar kerana pulau ini sememangnya menawarkan beberapa restoran halal yang boleh dikunjungi oleh pelancong Muslim.
Berikut senarai restoran mesra-Muslim yang terdapat di Pulau Jeju untuk anda kunjungi bagi menjamu selera:-
 
#1. Daewonga
 

 
Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan makanan laut segar yang baru ditangkap oleh penyelam wanita Haenyeo yang sangat terkenal di Jeju.
Menu wajib yang mesti korang cuba adalah sup abalon atau ‘haemul cheongbol’ yang bermaksud stimbot makanan laut mereka yang berharga 60,000KRW tapi lengkap dengan abalon, kerang, ketam, sotong dan semuanya disatukan dalam sebuah periuk dengan kaldu kimchi!
 

 
Rasa supnya sangat sempurna kerana tidak terlalu pedas dan ramuan semua makanan laut segar itu sebati dengan kuahnya yang membuatkan anda tak berhenti menikmatinya.
Setelah sup bercampur dengan semua rasa makanan laut, tambahkan satu paket ramen untuk lebih enjoy!
Walaupun mungkin harganya agak mahal namun setiap periuk boleh dinikmati sekitar 3-4 orang dan ia sangat berbaloi jika dikongsi bersama.
 

 
Di Daewonga anda juga dibenarkan untuk mendirikan solat di restoran tersebut.
Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Selasa dan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 9.30 malam.
Alamat: 62-1 Donam-dong, Cheju, Jeju, Korea Selatan
 
#2. Bagdad Halal Jeju
 

 
Bagdad Halal Jeju merupakan restoran India pertama yang dibuka di pulau ini.
Disahkan oleh Islamic Centre of Jeju, Bagdad merupakan salah satu tempat makan paling popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong Muslim.
 

 
Pilihan sajian yang terkenal adalah menu set termasuk samosa, ayam tandoori, roti naan, butter naan dan hidangan pencuci mulutnya iaitu Mango Lassi.
Bagdad juga menyajikan hidangan bagi penggemar vegetarian.
 

 
Restoran ini dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam.
Alamat: 38 Seogwang-ro 32-gil, Ido 2(i)-dong, Cheju, Jeju, Korea Selatan
 
#3. Cheonhaecheon
 

 
Bagi anda yang gemarkan hidangan shabu-shabu Korea, Cheonhaecheon adalah restoran yang tepat untuk anda!
 

 
Di sini ia menyajikan bufet daging halal yang diperakui oleh Pusat Kebudayaan Islam Jeju dan berharga 34,000 KRW setiap orang.
 

 
Bukan sahaja mereka mempunyai potongan daging yang berlainan, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut seperti abalon, udang karang, udang dan ketam.
Setiap meja diberikan 2 jenis sup berbeza iaitu sup asli dan kimchi.
 

 
Cheonhaecheon juga mempunyai bahagian makanan yang dimasak dan mereka mempunyai ayam goreng Korea, tteokbokki dan juga takoyaki.
Ia dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.
Alamat: 25 Halladaehang-ro, Nohyeong-dong, Cheju, Jeju, Korea Selatan
 
#4. Mulmegaol
 

 
Restoran ini terkenal selepas disiarkan di televisyen tempatan sebagai restoran yang ‘paling jujur’ dan sangat popular dengan menu berasaskan herba dan teh tradisional Korea.
 

 
Mulmegaol menyajikan variasi hidangan sampingan bagi penggemar vegetarian seperti Lotus Leaf Rice yang dikenali sebagai ‘Yeoipbab’ dan ‘Perilla Seed Sujebi’.
 

 
Selain itu, anda juga boleh mencuba menu istimewa lain seperti penkek, salad, tofu, rice wrapped cookies dan yogurt beras tradisional Jeju yang dipanggil ‘Shindari’.
 

 
Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang sahaja.
Alamat: 67 Beondaedong-gil, Aewol-eup, Cheju, Jeju, Korea Selatan
 
#5. Uribong Sikdang
 

 
Restoran ini terletak berhampiran Pelabuhan Seongsan di mana anda akan turun apabila tiba di Jeju.
 

 
Uribong Sikdang terkenal dengan hotpot makanan laut dan makarel panggang tetapi jangan anda lupa untuk memesan juga braised beltfish dan penkek makanan lautnya yang memang sedap.
 

 
Ia dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.
Alamat: 157-1 Seongsan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo, Jeju, Korea Selatan
 
#6. Bada Janchi
 

 
Restoran ini khusus dalam penyediaan makanan laut terutamanya ikan.
Ia hanya menggunakan bahan dan ramuan Korea untuk memastikan makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya segar dan sedap.
 

 
Menu wajib yang anda kena cuba di sini ialah ‘Galchi-jorim’ atau braised cutlassfish yang berharga 38,000KRW.
 

 
Selain itu, pengunjung Muslim boleh menikmati pelbagai hidangan berasaskan ikan seperti ikan panggang, bubur dan ikan rebus.
 

 
Menariknya di Bada Janchi yang dikategorikan sebagai restoran Mesra-Muslim ini turut menyediakan bilik solat.
Ia dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 9.30 malam.
Alamat: 1221-22 Samdo 2(i)-dong, Cheju, Jeju, Korea Selatan
 
#7. Tamra Badang
 

 
Restoran ini dibuka pada Disember 2014 dan menghidangkan makanan khusus bagi masakan tempatan Jeju yang sungguh lazat.
Tamra Badang juga sangat terkenal dengan sup ikan pedasnya yang dikenali sebagai ‘Haemultang’.
 

 
Lokasinya juga mudah untuk diakses hanya 3.7 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju dan hanya 12 minit jika anda menaiki teksi.
Restoran ini turut menawarkan pemandangan laut yang cantik dan sangat menenangkan.
 
#8. Seopji Haenyeouijip
 

 
Restoran ini terkenal di Pulau Jeju untuk sajian bubur nasi dengan abalon dan merupakan salah satu hidangan kegemaran pelancong jika ke sini.
 

 
Menu lain yang wajib anda cuba adalah ‘Gengi Juk’, bubur nasi dicampur dengan daging ketam yang dicincang halus.
 

 
Restoran ini juga menawarkan pemandangan pantai yang sangat indah.
Alamat:  93-15, Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seongwi-po-si, Jeju, Korea Selatan
 
Sumber: Rileklah.com
The post 8 Restoran Halal Yang Boleh Anda Singgah Di Pulau Jeju, Korea Selatan! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/8-restoran-halal-yang-boleh-anda-singgah-di-pulau-jeju-korea-selatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda

7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 590 hits
Jika selama ini anda peminat tegar apa sahaja dari negara Korea tentu apabila sudah jauh jauh terbang ke sana untuk bercuti pasti anda ingin makanan orang sana kan Bandar Seoul yang merupakan tumpuan ramai buat pelancong antarabangsa sekara...
5 Aturan Unik Di Dunia Hiburan Korea Selatan Samakah Dengan Indonesia

5 Aturan Unik Di Dunia Hiburan Korea Selatan Samakah Dengan Indonesia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 230 hits
Industri hiburan Korea Selatan memang selalu memikat dari KPop hingga KDrama Ternyata di balik suksesnya industri hiburan Korea Selatan ada aturan unik yang jarang ditemui di negara lain
Korea Selatan Asean Jalin Kerjasama Baharu Di Sidang Kemuncak Busan

Korea Selatan Asean Jalin Kerjasama Baharu Di Sidang Kemuncak Busan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 331 hits
Korea Selatan Asean jalin kerjasama baharu di Sidang Kemuncak Busan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 201
8 Restoran Halal Di Tokyo

8 Restoran Halal Di Tokyo

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 497 hits
Siapa kata sukar untuk mendapatkan makanan halal jika melancong ke Jepun Mungkin itu suatu ketika dahulu Ketika industri pelancongan halal masih belum berkembang Namun kini dengan trend percutian ala backpacker ke negara negara termasuk neg...
Saintis Beri Amaran Kesan Buruk Projek Tambakan Laut Di Selatan Pulau Pinang

Saintis Beri Amaran Kesan Buruk Projek Tambakan Laut Di Selatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Beberapa saintis memberi amaran projek mega tambakan laut di selatan Pulau Pinang akan menjejaskan habitat ikan pesisir pantai kerana kekeruhan air laut akan menyebabkan haiwan sumber protein itu mencari habitat baharu untuk me...
Korea Selatan Diserang Demam Khinzir Afrika

Korea Selatan Diserang Demam Khinzir Afrika

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 273 hits
Korea Selatan semalam melaporkan kes pertamanya bagi demam khinzir Afrika menjadi negara terbaharu yang diserang oleh penyakit itu yang telah membunuh khinzir dari China ke Korea Utara menyebabkan kenaikan harga dagingnya di seluruh dunia L...
Kat Mana Boleh Dapatkan Khidmat Mengurut Seluruh Badan Di Pulau Langkawi

Kat Mana Boleh Dapatkan Khidmat Mengurut Seluruh Badan Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 308 hits
Pernah rasa tak selesa pada urat atay otot badan Contohnya rasa tegang otot atau urat atau bahagian sambungan kat bawah tulang belikat di bahu Rasa seperti lenguh Kadang kala rasa macam pedih dan ada kalanya rasa macam panas Semua rasa itu ...
Indonesia Korea Selatan Teken Kerja Sama Teknik Pemindahan Ibu Kota

Indonesia Korea Selatan Teken Kerja Sama Teknik Pemindahan Ibu Kota

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 262 hits
Presiden Joko Widodo mengadakan pertemuan bilateral dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae In di sela sela pelaksanaan ASEAN Republic of Korea Summit Dalam pertemuan tersebut Moon Jae In menawarkan kerja sama dalam pemindahan ibu kota negar...
Warga Indonesia Yang Mau Liburan Ke Korea Selatan Bisa Dapat Diskon Atraksi Wisata Begini Caranya

Warga Indonesia Yang Mau Liburan Ke Korea Selatan Bisa Dapat Diskon Atraksi Wisata Begini Caranya

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 422 hits
Kamu bisa mendapatkan banyak keuntungan kalau liburan ke Korea Selatan pada tanggal 2 6 Desember
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Consultant

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar