8 Restoran Halal Di Tokyo



 
Siapa kata sukar untuk mendapatkan makanan halal jika melancong ke Jepun?
Mungkin itu suatu ketika dahulu. Ketika industri pelancongan halal masih belum berkembang.
Namun kini, dengan trend percutian ala backpacker ke negara-negara termasuk negara Asia dan barat, sektor pelancongan halal telah menjadi suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara bukan Islam.
Banyak negara kini dilihat mengambil pelbagai inisiatif dan program di peringkat nasional bagi menarik kedatangan pelancong Muslim ke negara masing-masing termasuk Jepun.
Antara yang dilakukan adalah dengan memperbanyakkan restoran yang menyediakan makanan halal, penyediaan surau dan tempat solat serta pelbagai lagi kemudahan mesra Muslim bagi menarik lebih ramai pelancong beragama Islam ke negara itu.
Justeru, di sini kami ingin kongsikan dengan para pembaca SalamToday mengenai restoran-restoran di Jepun yang menyediakan makanan halal untuk panduan anda yang berhasrat berkunjung ke negara matahari terbit itu.
Restoran-restoran ini adalah sebahagian daripada kira-kira 96 bua restoran di Tokyo yang tersenarai dalam buku panduan berjudul “Tokyo Muslim Travelers’ Guide 2019-2020” yang dikeluarkan oleh Tokyo “Tourism” baru-baru ini.
 
Halal Wagyu & Sushi Akasaka Saryo Ouka  

 
Merupakan sebuah kafe stail Jepun halal pertama di Tokyo. Restoran ini menghidangkan kuih-muih Jepun dan sushi halal serta daging wagyu halal, dan tidak menghidangkan minuman beralkohol. Pemiliknya merupakan seorang Jepun yang beragama Islam. Bilik solat turut disediakan untuk pelanggan.
 
Alamat: Sankaido Building, B1F, 1-9-13, Akasaka, Minato City.
Akses: Tameike-sanno (subway)
 
Khan Kebab Biryani  

 
Biryani “authentic” dengan aroma rempah-ratus yang menyelerakan dengan lebih 30 pilihan kari India. Biryani yang dihidangkan disediakan daripada beras basmati dan sup pedas yang distim di dalam periuk khas. Menawarkan makanan India dan Pakistan.
 
Alamat: Hakuhinkan Building 6F, 8-8-11, Ginza, Chuo City.
Akses: Ginza (subway), Shimbashi (JR, subway)
 
Aladdin  

 
Menyediakan makanan Iran dan Arab selama lebih 10 tahun. Antara yang boleh dinikmati adalah roti naan, nasi, kebab dan kari.
 
Alamat: Yasuda Building 2F, 3-2-6 Nishi-Azabu, Minato City
Akses: Roppongi (subway)
 
Nishiazabu Sumiyakiya  

 
Menyediakan makanan barbeku ala Korea dan daging wagyu yang halal, serta yakiniku – daging panggang yang diproses dan disediakan mengikut syariat Islam dan turut mendapat sijil halal. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Alamat: 3-20-16, Nishi-Azabu Annex, Minato City.
Akses: Roppongi (subway)
 
Curry House Coco Ichibanya Halal Shinjuku Kabukicho  

 
Merupakan sebuah rangkaian restoran yang pakar dalam masakan nasi kari Jepun. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz nasi, tahap kepedasan dan pelbagai topping yang disediakan dalam lebih 40 pilihan. Turut disediakan adalah menu vegetarian.
 
Alamat: Kabukicho Shotengai Shinkokumiai Building, 1-19-3, Kabukicho, Shinjuku City
Akses: Seibu Shinjuku (seibu)
 
Shinjuku Gyoen Ramen Ouka  

 
Menawarkan bahan-bahan berkualiti, daging dan bahan perisa yang halal serta sayur-sayuran yang segar. Restoran ini turut menghidangkan menu-menu vegetarian selain hidangan utamanya, ramen.
 
Alamat: 1-11-7, Shinjuku, Shinjuku City.
Akses: Shinjuku-gyoenmae (subway)
 
Cafeteria Spice Jaya  

 
Menggunapakai pengalaman dalam menyediakan pelbagai jenis masakan untuk pelancong luar yang datang dari pelbagai negara, pemilik restoran ini membuka perniagaan yang berkonsepkan kafeteria. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan dari pelbagai negara, terutamanya Asia Tenggara pada harga yang berpatutan. Antara menu yang dihidangkan termasuk laksa, nasi goreng, kari hijau, chicken pho, samosa dan karipap.
 
Alamat: 4-26-14-103, Floral Ueno Matsugaya, 1st Floor, Matsugaya, Taito City
Akses: Iriya (subway), Asakusa (subway, Tobu, TX)
 
Malaychan Satu  

 
Bagi yang rindukan masakan Malaysia, anda boleh berkunjung ke restoran Malaychan Satu. Ia menyediakan pelbagai makanan Malaysia seperti kari ayam, nasi goreng, roti jala, kari kepala ikan, sate, ikan bakar dan banyak lagi.
 
Alamat: 3-22-6, Nishi-ikebukuro, Toshima City
Akses: Ikebukuro (JR, subway, seibu, tobu)
 
Sumber:  Salamtoday.com
The post 8 Restoran Halal Di Tokyo appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/8-restoran-halal-di-tokyo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Menperin Agus Gumiwang Soal Sertifikasi Halal

Kata Menperin Agus Gumiwang Soal Sertifikasi Halal

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 208 hits
Menteri Sosial Agus Gumiwang masih menimbang permintaan industri terkait sertifikasi kacamata halal Hingga kini permintaan sertifikasi halal tersebut masih dalam pembahasan dengan berbagai pihak Beberapa produk memang membutuhkan fleksibili...
Segalanya Halal Bila Jadi Kerajaan

Segalanya Halal Bila Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 229 hits
Menuduh parti yang memperjuangkan Islam parti berusaha menyatukan orang Melayu parti yang berjuang untuk kemerdekaan negara parti yang memajukan negara ini sebagai merbahaya tidak ada masalah apabila sudah menjadi kerajaan Tabur duit untuk ...
Akhirnya Chatime Berjaya Dapatkan Sijil Pengesahan Halal Dari Jakim

Akhirnya Chatime Berjaya Dapatkan Sijil Pengesahan Halal Dari Jakim

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 447 hits
Menyebut tentang Chatime mungkin ramai yang sudah cukup kenai dengan jenama air minuman yang terkenal dengan menu bubble milk tea Pada minggu ini selepas beberapa tahun beroperasi di Malaysia jenama ini berjaya mendapatkan menerima Sijil Pe...
Pendatang Haram Yang Halal

Pendatang Haram Yang Halal

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 372 hits
Siapa yang membenarkan mereka hidup selesa adalakanya lebih mewah dari kita Jawapannya KITA FIKIR DAN RENUNGKAN Bila Penbiru Menulis
5467 Aktiviti Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal Ppim 07 11 2019

5467 Aktiviti Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal Ppim 07 11 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 400 hits
Setiausaha Penerangan PPIM En Zulkefli Mohamad mewakili PPIM dalam menghadiri Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal anjuran Standards Malaysia bertempat di Sama Sama Hotel KLIA Sepang
Resepi Dimsum Ekspres Simple Amp Sedap Confirm Jadi Confirm Halal

Resepi Dimsum Ekspres Simple Amp Sedap Confirm Jadi Confirm Halal

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 572 hits
Bagi yang suka masakan Cina mesti dimsum ni salah satu favourite anda Ia sebenarnya merupakan sejenis kuih muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayuran atau makanan laut Biasanya kita boleh tengok dekat kedai ianya dikukus dalam b...
Bertemu Wapres Ma Ruf Amin Ismi Laporkan Rencana Pembangunan Kek Halal

Bertemu Wapres Ma Ruf Amin Ismi Laporkan Rencana Pembangunan Kek Halal

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 250 hits
Menurut Ma ruf kata dia sangat mendukung untuk pengembangan ekonomi syariah Sehingga kata dia keberadaan KEK halal akan memperkuat rencana Pemerintah dalam pengembangan ekonomi syariah
Pu Syed Nasihat Zul Najuwa Nikah Segera Agar Halal

Pu Syed Nasihat Zul Najuwa Nikah Segera Agar Halal

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 603 hits
MALAYSIAKINIPencetus Ummah Syed menasihati Zul Ariffin dan Intan Najuwa agar segera bernikah selepas imej kedua dua pelakon terbabit bergambar mesra menjadi tular di media sosial Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata de...
5461 Aktiviti Jemputan Sebagai Penceramah Undangan Bagi Program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal Ppim 06 11 2019

5461 Aktiviti Jemputan Sebagai Penceramah Undangan Bagi Program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal Ppim 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 498 hits
Telah berlangsung program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal anjuran Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM Pengarah Latihan Penyelidikan PPIM Dr Izham Nayan telah dijemput sebagai penceramah undanga...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi