Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut Terbaik Di Klang


Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang | Kalau bab makan, memang laju je kinah. Mana la badan tak tembun. Eh eh salahkan makanan padahal malas nak excersice hihi. Ok lah kite sambung  semula cerita pasal tempat makan best di Klang. Baru-baru ni kinah ajak Yop makan seafood, teringin pulak nak makan seafood kat kedai. Poyo je kan, padahal boleh je masak kat rumah. Ala, sekali sekala kite gantung kuali tambah pulak makan dengan kawan-kawan feeling tu lain la sikit.

Kalau korang nak tahu, kedai makan yang best di Klang yang kinah maksudkan ialah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang. So, korang yang dah penat shopping bolehlah singgah makan dulu kat sini. InsyaAllah, gendang gendut tali kecapi lepas makan confirm puas hati.

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangRestoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangMasa kinah pergi ni, pada waktu malam. Jadi, soal parking tak menjadi masalah, sebab GM Klang pun dah tutup masa kinah sampai. Kinah tengok memang kawasan di sini sangat strategik lagipun berhadapan dengan pusat membeli belah kan Hmm memang kena sangat la. Nak cari restoran ni pun mudah je, kedainya tepi jalan je.

Untuk pengetahuan korang, Restoran Sisik Ikan Bakar sebelum ni dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Kalau korang nak tahu, pengasas dan pemilik restoran ini difahamkann berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Melaka. Disebabkan itu, sedikit sebanyak terzahir dalam cara memasak dan juga nama bagi setiap hidangan di sini.

Restoran Sisik Ikan Bakar dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan asli Melayu manakala untuk makanan laut bakar pula bermula pada pukul 5.00 petang hingga 12.30 malam.

Mengapa Restoran Sisik Ikan Bakar Menjadi Pilihan KamiRestoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangLihatlah meja kami, penuh dengan makanan, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Lauk apa yang kami pesan, nanti kinah cerita kemudian. Kami memilih Restoran Sisik Ikan Bakar kerana sebelum kami ke sini, kami dah google terlebih dahulu kat mana kedai makanan laut terbaik di Klang, akhirnya Restoran Sisik menjadi pilihan. Lagipun makanan laut mereka semuanya segar sampai rambang mata kami nak pilih yang mana untuk hidangan kami pada malam tu.

Aneka Pilihan Makanan Laut Segar Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangTengoklah gambar di atas, ada banyak pilihan tau antaranya ada ikan Jenahak, Cencaru, ikan pari dan macam lagi jenis ikan. Selain tu, sotong putih, ketam, lala, pepahat, kerang pun ada. Korang cuma pilih je nak yang mana satu.

Kemudian bila dah selesai pilih makanan laut untuk dimasak, korang boleh pilih sama ada nak bakar, ataupun korang nak masak ala masakan Melayu asli macam kami pun boleh. Tukang masak sentiasa bersedia untuk menyediakan hidangan yang korang pilih tu.

Tadaaa ni la dia hidangan pilihan kami. Haaa penuh meja weh sampai tak tau nak makan yang mana dulu. Kita susun dulu cantik-cantik, tangkap gambar sebab nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Klang ni.
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Antara Hidangan Menjadi Pilihan KamiJom kinah belanja gambar hidangan yang kami pilih pada malam tu. Semuanya nampak menyelerakan nyum nyum....
Udang goreng berempahSambal LalaSotong Bakar MaduSeafood SinggangIkan Lampam Bakar Tempoyak (Pais)Kailan Ikan Masin
Selain lauk pauk yang kami pilih ni, tak lengkap pulak kalau tak ada ulam-ulaman. Ni lah rahsia awet muda kami cewah hahahha. Dah ada ulam, mesti lah kena ada sambal belacan dan paling kinah suka sambal tempoyak. Orang Perak kome, tempoyak berpisah tiada hehe. Sambal tempoyak dia memang padu.
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangMenu Nasi Lemak Buluh Perindu Menu Istimewa Restoran Sisik Ikan BakarNasi lemak buluh perinduSiapa sini suka makan nasi lemak? Hahh bagi penggemar nasi lemak, korang kena cuba Nasi lemak buluh perindu di Restoran Sisik Ikan Bakar ni tau. Kebanyakan yang datang makan kat sini, nasi lemak buluh perindu menjadi pilihan utama. Apa yang istimewanya dengan nasi lemak buluh perindu ni, nasi ini dimasak dengan menggunakan daun pandan dan dibungkus pula dengan daun pisang kemudian dikukus di dalam buluh menjadikan rasanya lebih enak dan wangi. Makan nasi lemak panas-panas memang marvelous huhu betul ke ejaan tu 😅
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangDigandingkan pula dengan lauk seperti sambal udang, paru berlada, ayam masak merah dan rendang ayam menjadikan nasi lemak buluh perindu ni bertambah sedap hingga ke butir nasi yang terakhir. Korang boleh pilih nak lauk yang mana. Kinah kalau makan nasi lemak selalu ambik sambal paru je. Lauk favourite tu heheh.

Harga Makanan Laut Restoran Sisik Ikan BakarRestoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangHarga makanan yang ada di sini adalah harga standard dan mengikut harga semasa. Jadi, korang yang datang ke sini bersama keluarga, kinah sarankan korang buat pesanan mengikut pakej yang disediakan kerana bagi kinah lebih jimat dan mudah jika korang tak tahu nak buat pesanan apa. Hahaha kinah selalu macam tu, selalu blur tak tahu nak makan apa. Jadi, bila ada set macam ni, lebih mudah kita buat pilihan.

Keselesaan dan Kebersihan Restoran Sisik Ikan BakarSoal keselesaan dan kebersihan di sini kinah bagi 5 bintang. Kerusi dan meja yang disediakan pun banyak dan lebih teratur. Jadi tak ada masalah kalau korang datang ke sini dengan bilangan yang agak ramai. Keadaan kedai pun luas dan selesa. Bawa anak kecil pun tak risau. Tahap kebersihan pun bagus.

Review Kinah Mengenai Restoran Sisik Ikan BakarKepada penggemar masakan warisan Melayu, Restoran Sisik Ikan Bakar perlu menjadi sasaran utama kerana banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Kinah ni memang suka makan masakan yang pedas, bila dah tau tempat makan best di Klang ni, nampaknya ke sini lagi la kami nampaknya nanti. Kinah memang recommend korang datang makan di sini. Memang puas hati

Kami sudah, korang bila lagi heheh


Alamat Restoran Sisik Ikan BakarBerhadapan GM Klang Wholesale CityNo 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan (Restoran Sisik)
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi
Facebook :https://www.facebook.com/restoransisikInstagram:https://instagram.com/restoransisik
Whatapps :https://wa.me/+60192263004​ ​https://wa.me/+60162240474

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2019/10/restoran-sisik-ikan-bakar-kedai-makan-seafood-terbaik-di-klang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda

7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 574 hits
Jika selama ini anda peminat tegar apa sahaja dari negara Korea tentu apabila sudah jauh jauh terbang ke sana untuk bercuti pasti anda ingin makanan orang sana kan Bandar Seoul yang merupakan tumpuan ramai buat pelancong antarabangsa sekara...
Nak Cari Produk Makanan Laut Premium Jom Seafood La Tempatnya

Nak Cari Produk Makanan Laut Premium Jom Seafood La Tempatnya

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 435 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari tu Maha ada promote kepada korang satu sesi memasak secara langsung dekat Facebook Mahamahu Kalau siapa perasan tu akan nampak lah bagaimana s...
Adik Beradik 10 11 Tahun Didakwa Bakar 11 Buah Rumah 1 Kedai Sebab Suka Tengok Bomba Datang Padam Api

Adik Beradik 10 11 Tahun Didakwa Bakar 11 Buah Rumah 1 Kedai Sebab Suka Tengok Bomba Datang Padam Api

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 371 hits
Siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong Tumpat sejak Jun lalu akhirnya terjawab apabila pihak polis telah memanggil dua orang kanak kanak berusia 10 dan 11 tahun dan juga merupakan adik beradik bagi membantu siasatan Tan...
Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku

Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 964 hits
Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku Rata rata dekat Malaysia ni memang ramai yang suka membela haiwan peliharaan seperti kucing Zaza sendiri pun pernah bela berbelas ekor kucing dahulu dan sekarang hanya tinggal empat saja selepa...
Lan S Corner Ikan Bakar Tanjung Bungah Pulau Pinang

Lan S Corner Ikan Bakar Tanjung Bungah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 2162 hits
Kalau korang ada di Tanjung Bungah Pulau Pinang jangan lupa untuk singgah di Lan s Corner Ikan Bakar Mula beroperasi seawal jam 5 petang Setiap hari kecuali hari Selasa cuti Tapi kalau cuti umun dan cuti sekolah Selasa pun diorang buka Lan ...
Pertamina Ajak Konsumen Gunakan Bahan Bakar Diesel Terbaik Ini Keuntungannya

Pertamina Ajak Konsumen Gunakan Bahan Bakar Diesel Terbaik Ini Keuntungannya

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 217 hits
Kandungan sulfur atau belerang yang rendah 300 500 ppm saja Jumlah tersebut tidak sampai 10 persen dari solar biasa Dengan sulfur yang rendah mesin juga akan lebih awet Karena dengan sulfur yang tinggi kandungan as am yang tinggi akan membu...
5508 Kejam Belum Sempat Ppim Runding Ahlong Bakar Kedai Tv Ppim 20 11 2019

5508 Kejam Belum Sempat Ppim Runding Ahlong Bakar Kedai Tv Ppim 20 11 2019

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 324 hits
Bayaran dituntut secara harian peniaga kecil pula menjadi sasaran Pinjaman RM1200 pada asalnya menjerat mangsa sehingga dipaksa melunaskan RM600 sehari Lebih mengejutkan PPIM apabila 2 hari selepas aduan dibuat sebahagian kedai milik mangsa...
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 981 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense